Oreo Chocolate Coated Memang Sedap

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Oreo iaitu jenama biskut terkemuka di dunia keluaran syarikat konfeksi terbesar Mondelēz International telah memperkenalkan varian produknya yang terbaru iaitu Oreo Chocolate Coated ke dalam pasaran Malaysia. Hans berkesempatan ke majlis pelancaran produk terbaru Oreo ini di The Grounds MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu off Jalan Universiti. 


Untuk maklumat anda semua, Oreo Chocolate Coated ini merupakan hasil kerjasama antara dua jenama milik Mondelēz Internasional yang disukai ramai iaitu Oreo dan Cadbury Dairy Milk. Biskut rangup Oreo disaluti dengan coklat Cadbury Dairy Milk yang halus lagi berkrim menghasilkan tekstur rangup dan berkrim yang secara tidak langsung mencipta satu pengalaman yang lebih nikmat dan mengasyikkan. Hans sendiri berkesempatan menjadi antara yang terawal menikmati Oreo terbaru ini memang rasanya sangat sedap. Tambahan lagi Hans memang peminat coklat. Jadi, memang seronok lah makan Oreo Chocolate Coated ini.


Selain itu, apa yang istimewanya kali ini ialah Oreo Chocolate Coated turut membawakan pembaharuan terhadap ritual ikonik “Putar, Rasa, Celup” (Twist, Lick, Dunk) bagi menikmati biskut berkenaan. Memandangkan biskut Oreo ini disaluti dengan coklat Cadbury Dairy Milk, satu ritual baru iaitu “Rasa, Ngap” (Lick It, Crunch It) telah diperkenalkan untuk Oreo Chocolate Coated. Kini, biskut ikonik tersebut bukan sahaja memberikan para peminatnya satu cara baru untuk menikmati biskut kegemaran mereka itu tetapi ia turut mencabar mereka agar sentiasa bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru. Serius anda wajib cuba produk terbaru Oreo ini. 


Pengurus Pemasaran Kanan, Biskut dan Makanan Ringan (Malaysia, Singapura, Thailand), Simon Crowther dalam ucapannya pada majlis pelancaran Oreo Chocolate Coated berkata, “Kami mahu mencipta satu produk yang mampu memecahkan acuan konvensional variasi produk kami yang lain sementara memastikan bahawa ia tetap menjadi pilihan pengguna apabila mereka mengidamkan makanan ringan. Sebagai sebuah jenama yang bangga dengan sifat keceriaannya, kami yakin bahawa pengenalan Oreo Chocolate Coated berupaya mendorong para peminatnya untuk kekal ceria dalam mencari cara yang lebih kreatif dan menyeronokkan untuk menikmati Oreo Chocalate Coated”.


Varian produk terbaru ini telah mendapat sambutan hangat di negara-negara di mana ia mula dilancarkan seperti Afrika Selatan, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan India. Oreo Chocolate Coated yang dihasilkan di Mesir mula memasuki pasaran Asia Tenggara, dengan Malaysia merupakan negara pertama yang menganjurkan majlis pelancaran untuk media. Oreo Chocolate Coated yang serba baru ini boleh didapati di bahagian produk coklat dan kaunter pembayaran di kedai-kedai runcit di seluruh negara pada harga RM2.70


Mondelēz International menerajui masa depan makanan ringan dengan slogan “Snacking Made Right” yang menyasarkan untuk menggalakkan para pengguna mengambil makanan ringan secara betul, dengan makanan ringan yang betul, dibuat dengan betul, pada masa yang betul. Mondelēz International percaya dalam sentiasa berfikiran ke hadapan serta berani untuk berinovasi dengan pantas dan cemerlang bagi memastikan mereka sentiasa berada di hadapan kehendak pasaran serta pengguna mereka.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Oreo Chocolate Coated yang serba baru, sila kunjungi laman sosial di bawah:

Facebook:
 OREO

Instagram:
 OREO

2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم