Anak Yatim Diraikan Oleh Persatuan Hotel Malaysia Dan Kelab KIWANIS Bukit Kiara

Walaupun Hari Raya Aidilfitri sudah berada di penghujung namun ianya masih disambut meriah apabila seramai 70 orang kanak-kanak dari empat buah rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang telah diraikan pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh tetamu kehormat, Yang Behormat Michelle Ng, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor di Summit Hotel USJ baru-baru ini.


Majlis ini telah dianjurkan oleh Malaysian Association of Hotels (MAH) - Selangor Chapter dan KIWANIS Club Bukit Kiara (KCBK) dimana majlis sambutan hari raya ini telah disambut oleh kanak-kanak ini bersama dan tetamu jemputan dengan penuh semangat bagi meraikan perpaduan Malaysia dengan mengenakan pelbagai pakaian berwarna-warni yang mewakili etnik yang berbeza di Malaysia.


Datin Jasmine Abdullah Heng, Pengerusi MAH Selangor Chapter berkata organisasi ini telah bekerjasama dengan KCBK di dalam usaha untuk menjadikan masyarakat yang kurang bernasib baik berasa istimewa dan dihargai.


Beliau turut menyatakan sebagai sebuah organisasi yang mengambil berat tentang hal tersebut, mereka juga sangat aktif di dalam mendekatkan diri dengan masyarakat. Selama lebih satu dekad, MAH Selangor Chapter telah berjaya mengumpul dana dan menyumbang kepada beberapa organisasi kebajikan yang lain. Bukan itu sahaja kerana usaha mereka ini turut memberi kesan positif kepada keuntungan yang diperoleh oleh hotel-hotel yang menjadi ahli mereka.


Dengan seramai 130 ahli hotel yang menjadi sebahagian daripada MAH peringkat kebangsaan, MAH Selangor Chapter akan terus maju di dalam usaha untuk membantu masyarakat. Sementara itu, Presiden KCBK, Loke Kah Peng pula berkata masyarakat akan terus bekerjasama dengan MAH Selangor untuk menjangkau lebih ramai orang yang secara tidak langsung akan menjadikan ia sebagai satu kelainan di dalam masyarakat. Menurut beliau lagi, KCBK adalah sebahagian daripada KIWANIS International dimana matlamat mereka adalah untuk berkhidmat kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang yang saksama untuk mereka berkembang secara positif dan bakal menjadi pemimpin masa depan untuk negara Malaysia.


Pada masa lalu, KCBK turut bekerjasama dengan wad paediatrik kanak-kanak Institut Jantung Negara untuk membantu kanak-kanak yang didiagnosis dengan pelbagai penyakit jantung, memberi bantuan kepada Masyarakat Orang Asli dari segi penyediaan air bersih untuk kegunaan seharian, membantu keperluan pelbagai rumah anak yatim piatu dan rumah warga emas sebagai sebahagian daripada Projek KIWANIS International dan UNICEF 'Projek ELIMINASI' di mana ia membiayai imunisasi buat wanita untuk mencegah penyakit Maternal Neonatal Tetanus.


Pada majlis tersebut juga, kanak-kanak dan tetamu turut dijamu dengan hidangan masakan Malaysia yang cukup lazat sambil dihiburkan oleh persembahan badut secara langsung dan juga persembahan silap mata. Selain itu, kanak-kanak ini turut berasa gembira apabila mereka diberi duit raya dan beg cenderahati yang ditaja oleh The Top Penang. Kanak-kanak seramai 70 orang ini merupakan mereka yang dijaga oleh Pusat Jagaan Beribuan Kasih, Pusat Jagaan Rahoma, Pure Life dan Victory Children..

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم