D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam : Makan Banyak Harga Murah

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan untuk menjamu selera di sebuah restoran yang menyediakan pelbagai hidangan panggang dan barbeku yang sangat enak. Lokasi restoran ini terletak di Seksyen 13, Shah Alam.


Restoran yang Hans maksudkan ini ialah D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam yang menyediakan pelbagai juadah yang cukup istimewa buat sesiapa yang meminati hidangan yang dipanggang, barbeku atau steamboat dimana terdapat lebih 150 jenis hidangan yang ditawarkan buat para pengunjung pada setiap hari. Teruja tak?


D'KAYANGAN GRILL & BARBEQUE STEAMBOAT 

Alamat:
No 1,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor.

Waze:
Dkayangan Steamboat & Grill
(2 minit daripada Stadium Shah Alam)  

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat : 5.00 P.M hingga 11.30 P.M
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 3.00 P. M hingga 11.30 P.M   

Harga:
Dewasa : RM29.90 nett
Kanak-Kanak : RM19.50 nett

Whatsapps:
012-2971091 

Facebook:

Instagram:


Memang mudah untuk mencari lokasi D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam ini kerana ia betul-betul terletak bersebelahan dengan Acappella Suite Hotel, Shah Alam. Masa Hans sampai dekat restoran ini petang tadi pun memang sudah ramai pelanggan yang datang untuk makan disini. 


Inilah ruang tempat dimana segala jenis juadah berkumpul untuk dinikmati oleh para pelanggan D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam yang datang ke sini. Hans bila sampai sahaja dekat kawasan ini memang terus rambang mata sebab banyak juga menu-menu yang menarik perhatian Hans untuk dimakan pada kali ini.


D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam menyediakan masakan secara steambot dimana terdapat dua jenis pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk dinikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Hans memilih kuah tomyam sebagai kuah rebusan pada kunjungan pertama Hans disini. Memang puas hati sangat-sangat sebab rasa kuah tomyam disini boleh tahan sedap dan makanan laut yang disediakan juga segar-segar dan bersih. Hans memang pulun makan kepah dengan cendawan lah tadi sebab kedua-dua makanan ini adalah kegemaran Hans.


Selain itu, D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam turut menawarkan menu panggang atau grill perapan istimewa ayam, daging, udang, sosej, ikan dan sotong dimana jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah. Kalau anda datang ke sini memang wajib lah cuba semua. Memang terbaik!


Kalau sudah namanya panggang atau grill, rugi lah kalau anda tidak masak hidangan anda tanpa menggunakan sos yang disediakan di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam ini. Terdapat pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh chef yang bekerja disini seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.


D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam turut menawarkan aneka mee, telur dan telur burung puyuh untuk anda nikmati bersama dengan hidangan grill dan steamboat anda. Bagi Hans, memang unik apabila dapat melihat telur burung puyuh ada disini. Susah sebenarnya nak jumpa telur puyuh dimana-mana restoran steamboat yang Hans pernah makan sebelum ini.

 Aneka Buah-Buahan + Kuah Rojak
 Aneka Sayur-Sayuran

Kalau anda nak tahu, D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam turut terkenal di kalangan pelanggan setia mereka kerana mereka menyediakan pakej Sambutan Hari Jadi Berirama Disko. Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang keunikan ini atau teringin melakukan kejutan hari lahir buat ahli keluarga atau rakan-rakan anda, boleh berhubung terus dengan pihak restoran ini.


Dengan ruang makan yang luas dan santai, Restoran D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruangan terbuka. Terdapat juga kemudahan lain seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa serta tempat letak kereta yang luasLokasi restoran ini juga memang sesuai untuk anda jadikan sebagai tempat makan beramai-ramai bersama ahli keluarga mahu pun rakan-rakan kerana kawasannya tidak sibuk dan tenang daripada bunyi bising kenderaan.


Kepada sesiapa yang tidak tahu atau buntu untuk mencari lokasi makanan terbaru yang sedap, kuantiti makanan yang banyak serta harga yang murah, apa kata anda datang sendiri ke restoran D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam dan nikmati semua menu yang disediakan disini. Hans yakin setiap suapan yang menerjah masuk ke mulut anda bakal memberikan kegembiraan dan kemanisan yang tidak akan anda lupakan. Selamat menjamu selera di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam!

11 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم