SuperPark Malaysia Tawarkan 25 Jenis Permainan Indoor Yang Menarik

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman Hans memasuki SuperPark Malaysia dan bermain pelbagai permainan yang terdapat disini sewaktu mengikuti program anjuran Tourism Malaysia Sentral baru-baru ini.


Untuk pengetahuan anda, SuperPark ini sebenarnya berasal dari VoukattiFinland dimana pengasasnya ialah Mr. Taneli Sutinen. Sejak penubuhannya pada tahun 2012, SuperPark telah memiliki lesen dan mengendalikan lebih daripada 20 taman aktiviti SuperPark di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Apa yang lebih menarik ialah SuperPark Malaysia merupakan lokasi ketiga yang terdapat di  Asia.


SuperPark Malaysia

Alamat:
Unit 4-1,
Level 4 Avenue K Shopping Mall,
156 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 A.M hingga 9.00 P.M

Harga: 

Morning Mayhem (from 9.00 A.M - 1.00 P.M) 
RM45 

Middle Session (from 1.30 P.M - 5.30 P.M) 
RM55 

After 6 PM (from 6.00 P.M - 9.00 P.M) 
RM45 (Super Day) 
RM30 (Regular) 

One Day Ticket (from 9.00 A.M - 9.00 P.M) 
RM70 (Super Day) 
RM50 (Regular) 

Laman Web:

Facebook:

Instagram:


SuperPark Malaysia telah dilancarkan pada 6 Disember 2018 dimana ianya terletak di  Kuala Lumpur di atas tapak seluas 40,000 kaki persegi di Avenue K Shopping MallIstimewanya tentang Superpark Malaysia ini ialah ia menawarkan 25 jenis permainan Indoor yang menarik dan boleh dicuba bukan sahaja oleh kanak-kanak tetapi juga oleh orang dewasa. Kesemua permainan ini dibahagikan kepada tiga zon yang mempunyai tema menarik iaitu Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall.


Zon Adventure Area menawarkan permainan yang bersesuaian dengan kanak-kanak serta ibu bapa yang menemani mereka. Antara permainan yang ditawarkan di dalam zon ini ialah iWall, Flying Fox, Tube Slide, Pedal Car Track dan banyak lagi.


Zon Game Arena pula menawarkan permainan yang mempunyai jumlah markah dan ianya menarik untuk dimainkan oleh kanak-kanak, rakan-rakan mahu pun ahli keluarga yang pastinya membuatkan masing-masing saling bersaing untuk memperoleh jumlah markah yang paling tinggi. Permainan di zon ini bersesuaian dengan golongan remaja serta orang dewasa. Antara permainan yang ditawarkan di dalam zon ini ialah Baseball, Street Basketball dan RoboKeeper (AI goalkeeper).


Zon permainan terakhir ialah Freestyle Hall dimana ianya menawarkan permainan yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat usia terutama untuk golongan remaja dan dewasa. Antara permainan menarik yang ditawarkan di dalam zon ini ialah SuperClimb, Ninja Track, Skate and Scoot World, Trampoline Platform dan Skate Rink.


SuperPark Malaysia sememangnya sangat unik kerana semua permainan menarik ini disatukan dalam satu bumbung yang pasti menjanjikan pengalaman berharga buat semua pengunjung tidak kiralah dewasa mahu pun kanak-kanak. Jadi, tidak perlu risau tentang keadaan cuaca sama ada panas, hujan mahu pun jerebu kerana semua permainan ini dimainkan di dalam pusat membeli-belah. Hans sendiri berasa teruja dapat beberapa permainan yang menarik seperti trampolin, basketball dan banyak lagi permainan lain yang mengeluarkan peluh.


Bagi Hans sangat berbaloi jika anda membeli pas seharian untuk bermain di SuperPark Malaysia ini dimana anda boleh bermain dan kemudian keluar ke lokasi lain sebelum kembali semula ke Superpark Malaysia untuk kembali bermain sebarang permainan yang ada di dalam tempat ini. Asalkan anda jangan menanggalkan tag masuk yang dilekatkan ditangan anda.


Jadi, Hans memang menggalakkan untuk para pembaca terutama yang sudah berkeluarga untuk membawa anak-anak anda datang bermain di SuperPark Malaysia ini. Lokasi ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti buat pihak sekolah yang mengadakan rombongan kesini. Selain itu, anda juga boleh membuat kejutan dengan menyambut hari lahir anak anda di SuperPark Malaysia ini juga. Hans yakin sesiapa sahaja yang datang ke sini pasti akan teruja, terhibur dan gembira bermain setiap permainan yang terdapat di SuperPark Malaysia ini. Selamat bermain!

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم