6 Sebab Filem Dokumentari M For Malaysia Wajib Anda Tonton

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem dokumentari yang sangat menarik berjudul M For Malaysia di MMcineplesex eCurve pada 16 September 2019 yang lepas.


Jadi, dibawah Hans senaraikan 6 sebab kenapa filem dokumentari M For Malaysia ini wajib anda tonton di pawagam pada minggu ini:

1) Filem ini memberikan anda peluang melihat dengan lebih dekat lagi sisi serta karakter Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang bukan sekadar tegas, berani dan kuat tetapi juga sisi humor yang bakal membuatkan anda ketawa melihat telatahnya nanti.

2) Disebalik kejayaan seorang lelaki itu berdirinya seorang wanita dibelakangnya. Filem dokumentari ini juga berjaya memaparkan sisi menarik serta karakter yang terdapat di dalam diri seorang isteri perdana menteri iaitu Tun Siti Hasmah yang ternyata bukan sekadar selamba tetapi melucukan. Kemunculan beliau di dalam filem ini sentiasa akan membuatkan anda terhibur dan jatuh hati dengan karakternya.

3) Apa yang membuatkan filem dokumentari ini kelihatan mahal ialah terdapatnya rakaman-rakaman yang tidak pernah didedahkan sebelum ini. Rakaman-rakaman ini jika dilihat pada zaman dahulu boleh ditakrifkan sebagai rakaman rahsia yang sensitif dan merbahaya untuk ditayang kepada umum. Namun, filem ini bukan sahaja membuatkan anda dapat menonton rakaman-rakaman menarik ini tetapi juga membiarkan anda membuat penilaian tersendiri tentang telahan atau kepercayaan anda sebelum ini dan apa yang anda rasa selepas selesai menonton.

4) Momen-momen belakang tabir yang dikongsikan di dalam filem dokumentari ini merupakan satu kekuatan yang paling utama dan sangat besar yang bakal membuatkan anda asyik menonton nanti. Walaupun semua rakyat Malaysia sudah mengetahui tentang keputusan pilihan raya namun menariknya filem dokumentari ini masih mampu menimbulkan rasa debaran kepada anda saat melihat momen-momen genting sewaktu kempen pilihan raya, malam pengumuman keputusan pilihan raya serta apa yang berlaku selepas pilihan raya.  

5) Filem dokumentari yang melibatkan kisah sejarah politik sememangnya akan dianggap sebagai propaganda oleh pihak yang tidak sependapat. Namun, perkara tersebut tidak terlalu ketara kerana filem ini juga turut sama membongkarkan perkara negatif yang pernah melanda Tun Dr Mahathir sebelum ini walaupun tidak kesemuanya. Filem ini juga dilihat bijak memaparkan kesatuan rakyat Malaysia sepanjang kempen dan pilihan raya berlangsung.

6) Sisi nakal filem dokumentari ini di dalam mengangkat watak utama untuk dipandang secara positif dan menjentik pihak yang bertentangan atau lawan berjaya diterjemahan melalui visual hasil kreatif pihak produksi di dalam memilih adegan-adegan penting yang berkualiti. Ianya merupakan hasil kerja yang cukup bijak dan boleh dipelajari oleh pihak-pihak yang ingin menghasilkan filem-filem berteraskan peristiwa ini lagi di masa akan datang.



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem dokumentari yang menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم