Anugerah The Jewels Of Muslim World 2019 Milik Rakyat Malaysia Dato'Sri Mahadi Badrul Zaman

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan bertemu dengan seorang rakyat Malaysia yang telah membanggakan negara tercinta Malaysia apabila telah dianugerahkan dengan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 daripada majalah The OIC Today. Insan yang Hans maksudkan disini ialah Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group (FGG).


Memang satu peluang keemasan buat Hans apabila dapat beramah mesra dan menemu ramah orang hebat seperti Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman ini sewaktu Hans hadir ke Pameran Dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah memasuki edisi ke-9 penganjurannya pada tahun ini yang berlangsung dengan cukup meriah di Kuala Lumpur Convention Centre pada 5 September 2019 yang lepas. 


Lebih menarik Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman juga merupakan salah seorang speaker di Majlis 9th Muslim World Biz dimana untuk beliau berkongsi pelbagai perkara, tips menarik serta pengalamannya dengan memilih tajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" untuk sesi perkongsian beliau di hadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam selama satu jam bermula pada pukul 3.45 petang dan berakhir pada pukul 4.45 petang.


Hans agak kagum dengan keperibadian yang ditunjukkan oleh Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman ini yang sentiasa merendah diri dan bersemangat waja di dalam usaha untuk membantu ramai pihak untuk meraih kejayaan seperti yang dimilikinya kini. Walaupun sudah bergelar jutawan pada usia yang muda selepas menceburi dunia kewangan selama 16 tahun namun beliau tetap mempunyai sifat ingin membantu insan-insan lain. 


Hans juga turut berasa terkejut apabila mengetahui beliau sudah berjaya mencapai kebanyakan impian besarnya sewaktu usianya baru menginjak 21 tahun. Sememangnya, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman merupakan salah seorang individu yang sangat sesuai untuk dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat kita khususnya anak muda masa kini agar mencontohi kejayaan yang diraihnya.  


Selain itu, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman turut memanfaatkan Pameran dan Persidangan Muslim World Biz edisi ke-9 yang berlangsung pada 4 September sehingga 6 September 2019 ini untuk memperkenalkan organisasi Financial Genius Group (FGG) kepada  delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan, usahawan, gergasi industri serta masyarakat Malaysia khususnya dengan menyertai pameran yang diadakan. 


Hans berharap agar usaha murni Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman serta Financial Genius Group (FGG) ini dapat membantu lebih ramai pihak di luar sana yang secara tidak langsung akan menjadi batu loncatan buat mereka untuk melebarkan pengaruh dan lebih dikenali di peringkat global sebagai sebuah organisasi perancangan kewangan terbaik dunia. 



2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم