Hanya RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa dikalangan para pembaca sekalian merupakan peminat makanan Jepun? Kalau anda penggemar makanan Jepun maka Hans yakin anda  pasti mengetahui dan mengenali menu Bento dan Onigiri yang sememangnya lazat dan mengenyangkan. Tetapi, anda percaya tak kalau Hans katakan anda boleh dapatkan  makanan Bento dan Onigiri ini hanya dengan harga RM1 sahaja untuk setiap satu?


Pasti anda terkejut kan? Hans tidak hairan jika anda terkejut besar mendengar berita ini kerana selalunya makanan Jepun sememangnya dijual dengan harga yang agak mahal disebabkan bahan-bahan serta cara penyediaannya yang mengambil masa dan tenaga. Tetapi, untuk kali ini anda wajib percaya dengan apa yang Hans ingin kongsikan dimana anda boleh membeli Bento dan Onigiri ini dengan harga cuma RM1 sahaja di cawangan myNEWS.com terpilih di seluruh Malaysia sempena meraikan bulan September yang penuh dengan hari-hari menarik ini.


Bagi yang kurang mengenali makanan Jepun seperti bento ini maka inilah masanya untuk anda mencuba menu ini dengan mendapatkannya di cawangan myNEWS berdekatan dengan segera. Untuk makluman anda, Bento merupakan satu hidangan lengkap dimana isi kandungannya adalah nasi, lauk serta sayur atau jeruk yang diletakkan di dalam satu bekas yang disusun rapi. Terdapat pelbagai jenis bento yang dijual di myNEWS yang boleh anda cuba. Seperti Hans sendiri sememangnya sangat menggemari Bento Jumbo Chicken Cutlet dan sewaktu Hans tiba di cawangan myNEWS berdekatan dengan Sunway Velocity, Alhamdulillah masih terdapat lagi Bento kesukaan Hans ini di cawangan tersebut. 


Onigiri pula merupakan nasi Jepun yang berbentuk segitiga dimana terdapat inti di bahagian dalam dan ianya dibalut dengan rumpai laut. Memang terdapat pelbagai jenis onigiri yang dijual di myNEWS seperti Salmon Teriyaki, Salmon Soy, Tobiko Kani Mayo dan Smoked Salmon With Cream Cheese. Memang semuanya sedap-sedap belaka. Paling seronok makan onigiri ini sebab saiznya yang besar dan memang buat Hans kenyang dalam jangka masa yang lama.


Sudah lah harga jualannya murah! Bento dan onigiri ini juga tergolong di dalam jenis makanan yang bukan sahaja enak tetapi penuh dengan khasiat yang baik untuk tubuh badan. Lebih menarik lagi kerana kedua-dua menu ini dihasilkan dan disediakan oleh pihak myNEWS sendiri setiap hari yang berjaya memastikan kesegaran serta kualiti makanan ini sentiasa terjamin.


Hans sendiri sebenarnya seronok dapat membeli bento dan onigiri di myNEWS ini kerana selain gembira dapat menikmati bento dan onigiri yang sedap, lokasi myNEWS sememangnya mudah dijumpai dan berjaya memberikan perkhidmatan yang mesra, selesa dan pantas untuk membantu Hans sendiri menjimatkan masa disebabkan Hans selalu terkejar-kejar waktu untuk kesana dan kesini.


Tetapi, tawaran RM1 ini bukannya pada setiap hari yer wahai para pembaca sekalian! Tawaran istimewa ini hanya berlangsung pada bulan September sahaja dimana promosi RM1 ini hanya berlangsung pada hari Selasa untuk Bento dan hari Khamis untuk Onigiri. Kalau anda membeli Bento dan Onigiri pada hari-hari lain maka harga jualannya adalah normal seperti kebiasaannya. Selain itu, Hans ingin tegaskan sekali lagi bahawa promosi RM1 untuk Bento dan Onigiri ini pula berlangsung di cawangan-cawangan myNEWS yang terpilih sahaja. Macam mana nak tahu cawangan myNEWS mana yang terlibat di dalam promosi RM1 nih?


Ini yang Hans nak kongsikan dengan anda semua ini. Apa yang perlu anda lakukan untuk merebut tawaran RM1 ini ialah:

1) Muat turun aplikasi myNEWS pada telefon pintar anda.
2) Kemudian anda perlu mendaftar akaun anda pada aplikasi myNEWS. 
3) Kad virtual anda dipaparkan menandakan anda sah menjadi ahli baru myNEWS.
4) Anda perlu tambah nilai e-dompet myNEWS anda.
5) Kemudian, anda boleh membeli Bento dan Onigiri pada harga RM1 sewaktu promosi berlangsung.
6) Kuantiti pembelian yang boleh anda beli adalah terhad kepada 2 bungkus untuk setiap resit.


Memang tidak rugi sebenarnya jika anda mendaftar sebagai ahli myNEWS kerana aplikasi ini memberikan anda pelbagai kelebihan seperti:

1) Dapat mengumpul mata ganjaran untuk setiap pembelian
2) Dapat menebus mata ganjaran untuk mendapatkan pelbagai produk myNEWS, kupon dan lain-lain.
3) Mata ganjaran juga boleh ditebus melalui pengumpulan setem dimana ia bergantung kepada promosi yang bersesuaian.
4) Anda juga berpeluang mendapat pelbagai kelebihan dan manfaat melalui Membership Rangking Level dimana semakin tinggi tahap anda maka sebanyak kelebihan yang anda peroleh sewaktu berbelanja di myNEWS.


Selain itu, kalau anda penggemar roti seperti Hans sememangnya anda akan suka pergi ke myNEWS kerana lokasi ini kini menawarkan roti segar jenama Maru Bakes yang dijual di cawangan-cawangan myNEWS terpilih istimewa untuk para peminat roti. Hans sebab memang suka sangat roti Maru Bakes ini jadi Hans borong sakan lah tempoh hari. Bukan setakat Bento dan Onigiri sahaja ada promosi, Maru Bakes juga menyediakan tawaran menarik buat anda yang berbelanja produk roti mereka di myNEWS dimana anda boleh menyemak tawaran istimewa tersebut di aplikasi myNEWS anda. 


Jadi, disini Hans kongsikan buat anda cawangan myNEWS yang terlibat di dalam promosi RM1 untuk bento dan onigiri ini. Pastikan anda menggunakan e-dompet aplikasi myNEWS anda sewaktu membayar untuk Bento dan Onigiri bagi mendapatkan harga promosi RM1 seperti yang dinyatakan sebentar tadi. Serius memang berbaloi sebab mana nak jumpa Bento dan Onigiri yang dijual dengan harga RM1 sahaja? Hanya di myNEWS sahaja anda boleh jumpa untuk bulan September 2019 ini.


BENTO TUESDAY RM1 :

ONIGIRI THURSDAY RM1 :

MARU BAKES :

Seperti biasalah kalau dah nama promosi maka harga pun tersangat lah murah. Apabila harga murah maka banyak lah yang tertarik untuk datang ke myNEWS dan membeli Bento dan Onigiri ini. Jadi, Hans sarankan buat para pembaca sekalian untuk datang awal ke cawangan-cawangan myNEWS terpilih untuk mendapatkan Bento atau Onigiri kesukaan anda sebelum ia habis dibeli oleh orang lain. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang serta laman sosial myNEWS seperti yang Hans kongsikan dibawah ini.


Laman Sesawang: 

Instagram: 

Facebook: 


113 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Fuff— Murahnya !! Saya akan install aplikasi MyNews sekarang jugak !! Tak boleh lepaskan peluang !!

    ردحذف
    الردود
    1. sila install kalau nak makan bento dan onigiri murah
      berbaloi-baloi beb

      حذف
  2. Wow sejak dah jadi duta ni makin mantap makan Onigiri dan Bento RM1 biar betik nak juga lah suka Bento tu sedap gilerrr...

    ردحذف
  3. Harga roti dia tak terlampau mahal, kira not bad lah, by the way saya pun peminat makanan Jepun ❤❤❤

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      harga berpatutan untuk roti
      tapi bento dengan onigiri masa promosi nih memang murah gila
      hehe

      حذف
  4. oh my mynews ada bento....best best...RM1 tu yg awesome...

    ردحذف
  5. Fav ! Murahnya rm1 ! Nnt nak try la download apps myNews tu

    ردحذف
    الردود
    1. download cepat-cepat
      promosi sampai bulan september jer
      karang melepas pula :)

      حذف
  6. Dah dapatkan dah onigiri hri tu dengan harga seringgit. Akhirnya ! Stok terhad nasib baik masa pergi tu stok ada lagi. Merasalh onigiri dgn harga seringgit. Suka perisa salmon teriyaki. Sedap !

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe
      nasib sempat kan
      kalau tidak melepas lah onigiri RM1
      sedap-sedap

      حذف
  7. الردود
    1. terima kasih
      selamat menikmati Bento dan Onigiri dengan harga RM1
      hehe

      حذف
  8. Lama dah teringin nk merasa onigiri tu tp kt area sini xde jual. Huhu...

    Murah btul tu.rugi la kalo x dptkn. Nk nk try la install apps ni. Nmpk mnrik

    ردحذف
  9. الردود
    1. yes
      memang murah sangat-sangat untuk harga promosi nih :)

      حذف
  10. Patut lah saya pergi tadi tak nampak pun harga promo untuk bento & onigiri tu. Hanya untuk hari Selasa & Khamis je rupa-rupanya. Tq for info👍

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      selasa dan khamis untuk bulan September 2019
      so Selasa nih pergi terjah balik kalau nak beli bento
      Khamis pula untuk onigiri
      hehehe

      حذف
  11. Selalu miss sebab ramai yg dah borong....

    ردحذف
  12. Menariknya.... terliur nengok semua makanan yg ada, nk kene try install lah apps tu ��

    ردحذف
    الردود
    1. install cepat sis
      boleh terjah myNEWS hari selasa dan khamis nih

      حذف
  13. Agak murah dan berbaloi harganya. Nanti ingat nakmpergi mynews. Cari onogiri ninlah hehe

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe
      jangan lupa install app myNEWS dulu yer kak ayu
      lepas tu terjah myNEWS cawangan terpilih hari Khamis nih kalau nak beli Onigiei

      حذف
  14. Omg!!!! Balik malaysia i nak cuba onigiri ni!!!

    ردحذف
  15. Wah wah wah! Favourite ni, bento & onigiri memang kegemaran saya. Memang kena cari ni.

    ردحذف
    الردود
    1. hah terbaik
      jangan lupa install apps myNEWS dulu yer
      hehehe

      حذف
  16. Wow. Onigiri ni antara faveret anak saya ni. Tq atas info ini.

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      sama-sama
      Onigiri hari khamis di cawangan myNEWS terpilih
      klik senarai tu untuk tengok mana yang dekat dengan rumah :)

      حذف
  17. الردود
    1. memang murah
      Onigiri tu kalau harga asal around RM4
      promosi nih jadi RM1 jer
      jimat :)

      حذف
  18. omai! memang suka bento die..tapi sedih sbb xde promosi ag kat cawangan sini..

    ردحذف
    الردود
    1. alahhhh
      yer ker
      meh datang KL
      berlambak cawangan dia buat promosi
      hehehe

      حذف
  19. Murah RM1 tu. Nk jd mynews member lah.

    ردحذف
  20. Wah menariknya deal ni.. tak pernah try onigiri.. boleh la try download apps ni..

    ردحذف
    الردود
    1. cuba lah try onigiri nanti
      mana tahu suka ker
      Hans suka Bento :)

      حذف
  21. Wow. Maju sudah mynews ada apps . SekarNg jgk aku download. Teringin merasa makanan jepun rm1 ni. Tapi halal tak?

    ردحذف
  22. Terbaik. Thanks atas perkongsian ✌️✌️

    ردحذف
  23. الردود
    1. yer betul tu
      sila berkunjung pada hari selasa untuk Bento dan khamis untuk Onigiri di cawangan myNEWS yang terpilih :)

      حذف
  24. الردود
    1. cuba jangan tak cuba fina
      jimat duit
      gaji pun lambat lagi dapat
      hahaha

      حذف
  25. SA selalu beli sebab kat basah opis mmg ada Mynews.com...pas tu baru ni plak dh bukak FM kat situ..jahanammm...makin makin teruk la pemalas SA lepas ni..semua beli je..dh banyak variety kan

    ردحذف
  26. sila-sila install
    tak rugi sebab selalu banyak promosi murah diorang buat dekat apps tu

    ردحذف
  27. الردود
    1. apa lagi abg Mat
      terjah lah myNEWS hari selasa dan khamis nih
      hehehe

      حذف
  28. yeahhh
    sila download apps myNEWS segera
    dan nikmati RM1 untuk bento dan onigiri pada setiap selasa dan rabu sepanjang September di cawangan myNEWS terpilih :)

    ردحذف
  29. Terbaiklah abe hans..boleh pi nnti

    ردحذف
  30. Semua food menggoda sangat ni. Nak kena ajak family cuba ni

    ردحذف
  31. wauu menarik la hans, boleh la bawak cik abam shopping sini

    ردحذف
    الردود
    1. sila bawa cik abam shopping hari selasa dan khamis yer
      haha

      حذف
  32. Dah download, tak sabar nak tunggu next day pulak...harituuu terlepasss

    ردحذف
  33. Wlaupun tak pernah merasa makanan Jepun, tapi lepas melihat REVIEW ni Confirm akan Cuba, Nampak Sedap ��, Terbaik Hans Kipidap ��������

    ردحذف
  34. Murahnya ni.. Mynews pun memang banyak dah kat shopping complex. Selesa utk beli brgn ringkas dan cepat.

    ردحذف
  35. Murahhhnyee...pulak tu memang suke makan onigiri ni.😍

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      bagai pucuk dicita ulam mendatang
      sila pergi myNEWS awal pagi khamis nih

      حذف
  36. Menarik.. tp apakan daya.. jauh sgt tempatnye.. hehe

    ردحذف
  37. Selalu nampak makanan ni dekat mynews TBS temoat saya kerja. Tak pernah cuba lagi sebab bila nak masuk mynews je, ramai je orang.

    Insyaallah nanti boleh cuba

    ردحذف
  38. Thanks for sharing this good deal... my kids love onigiri

    ردحذف
    الردود
    1. terbaik
      boleh belanja anak-anak makan onigiri Khamis nih

      حذف
  39. Thanks for di atas perkongsian maklumat...

    ردحذف
    الردود
    1. sama-sama
      selamat menjamu selera makan Bento dan Onigiri di myNEWS nanti :)

      حذف
  40. X pernah try lagi onigiri seumur hidup hihi

    ردحذف
    الردود
    1. jadi silalah cuba Khamis nih di myNEWS terpilih
      harga murah jadi kalau lepas makan tak minat maka tak lah rasa rugi sangat sebab RM1 jer
      hehehe

      حذف
  41. Terbaek... Pasti akan cuba nanti. .. :)

    ردحذف
    الردود
    1. kena cuba minggu nih sebelum bulan September berakhir :)

      حذف
  42. saya selalu singgah mynews ni untuk beli onigiri. murahnya bole dapat harga RM1!

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      onigiri RM1 setiap hari Khamis di bulan September
      pastikan cawangan yang terpilih macam dalam senarai tu
      hehehe

      حذف
  43. Wahhh murahnyaaa

    ردحذف
  44. murah betol seringgit, macam tak percaya hehe.. baru follow sini #3841

    ردحذف
  45. Wah murah tu. Anak I mmg suka onigiri.;)

    ردحذف
    الردود
    1. hah
      dah boleh belanja anak makan onigiri khamis nih
      hehehe

      حذف
  46. baru tahu my news ada jual onigiri

    ردحذف
  47. Kena singgah nampaknya ni.murah sangat tu

    ردحذف
  48. Sgt berbaloi. Murah pulak tu. Thanks for information hans..

    ردحذف
  49. bento tu nmpk menarik. kena try ni. hehe

    ردحذف
  50. bestnyaa. okay baru install dan daftar ahli. thanks for sharing, Hans !

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم