Masjid Lapan Kubah Digelar Masjid Russia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival yang berlangsung pada 24 hingga 28 Oktober 2019 di daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Lokasi pertama yang menjadi persinggahan serta tempat untuk Hans dan rakan-rakan media lain menunaikan solat Subuh ialah Masjid Lapan Kubah yang terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh. Apa yang menariknya ialah Masjid Lapan Kubah ini digelar sebagai Masjid Russia di kalangan penduduk tempatan disini disebabkan seni bina kubahnya yang seakan-akan sama seperti St Basil Cathedral yang terdapat di Moscow, Rusia.


Idea tentang pembinaan masjid ini sebenarnya telah dicetuskan oleh ahli Parlimen Besut iaitu Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira tujuh tahun yang lalu. Masjid Lapan Kubah ini telah didirikan betul-betul di atas kawasan sawah padi yang berada di tengah Kampung Lapan Kotak ini dengan kos pembinaan sebanyak RM4 juta. Lebih membanggakan ialah kos pembinaan masjid ini diperoleh hasil daripada sumbangan derma orang ramai.


Masjid Lapan Kubah yang kini menjadi sebagai salah satu masjid ikonik di Terengganu telah berjaya menarik perhatian ramai pihak serta pengunjung bukan sahaja di dalam negeri Terengganu sendiri bahkan pengunjung dari luar untuk berkunjung ke sini bagi menunaikan solat serta merakam kenangan indah dengan bergambar di hadapan masjid.


Masjid Lapan Kubah ini dibina di atas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar dengan kebijaksanaan arkitek tempatan sendiri serta menggunakan 100 peratus tenaga kerja tempatan. Mampu menampung 500 orang jemaah pada satu-satu masa, pembinaan masjid ini untuk menggantikan masjid kayu terdahulu yang telah berusia lebih 100 tahun dan kelihatan usang adalah satu tindakan yang positif bukan sahaja dari sudut keselesaan untuk beribadat tetapi juga menambah peluang ekonomi kepada penduduk di sekitar masjid.


Cuma Hans mencadangkan kepada ahli jawatankuasa Masjid Lapan Kubah, penduduk Kampung Lapan Kotak serta pihak Tourism Terengganu sendiri untuk sama-sama duduk berbincang bagi mencari sebarang idea yang lebih menarik untuk membangunkan lagi kawasan di sekeliling masjid serta kawasan sekitarnya di dalam usaha memberikan pulangan hasil ekonomi yang lebih baik kepada penduduk sekitar. 


Sayang sebab masjid sudah cantik dan memang mempunyai daya tarikan tersendiri untuk menarik kedatangan pelancong. Jadi, kena rebut peluang keemasan disini dengan cuba mencari dan mewujudkan tarikan-tarikan lain yang bersesuaian untuk menjadikan Masjid Lapan Kubah bukan sekadar tempat untuk beribadah dan bergambar semata-mata.


Kepada sesiapa yang berkunjung ke negeri Terengganu terutamanya di kawasan Jerteh, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Masjid Lapan Kubah ini untuk bersolat disamping merakam kenangan serta menikmati sendiri keindahan kawasan yang ditawarkan di sekitar 'Masjid Rusia' ini.

P/S : Antara Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Dibaca Sepanjang Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival Adalah Seperti Dibawah:

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Subhanaallah cantiknya senibina masjid ni Hans, kak ana suka sangat kalau bercuti di Ganu ni sebab banyak masjid di sepanjang perjalanan dan unik2 pula kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang unik
      hehehehe
      nanti kalau ke terengganu silalah singgah solat dekat masjid nih

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama