New Year Eve BBQ Buffet Dinner Di Hilton Garden Inn Puchong

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah menerima jemputan daripada Hilton Garden Inn Puchong untuk mencuba pelbagai jenis hidangan yang disediakan di dalam pakej New Year Eve BBQ Buffet Dinner bersempena dengan sambutan tahun baru yang bakal tiba tidak lama lagi. 


Untuk pengetahuan semua, New Year Eve BBQ Buffet Dinner ini menampilkan sebanyak 30 hidangan yang cukup menyelerakan yang merupakan kombinasi sajian Melayu, Asia dan Barat (Western British) dimana ia bakal disediakan oleh kumpulan kulinari yang cukup hebat yang diketuai oleh Chef Shadieq Romainor. Antara hidangan utama yang wajib anda cuba ialah Mee Rebus Kambing yang akan disediakan di hadapan anda sewaktu berkunjung Hilton Garden Inn nanti.


NEW YEAR EVE BBQ BUFFET DINNER
HILTON GARDEN INN PUCHONG

Alamat:
Jalan DM2,
Desa Millennia,
47150 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh:
31 Disember 2019

Waktu:
7.00 P.M - 10.00 P.M
10.00 P.M - 1.00 A.M (Countdown Party)

Harga:
RM110++ (Seorang)
RM95++ (Untuk Tempahan Sebelum 1 Disember 2019)

Telefon:
+60380841299

Email
KULPU_FB@hilton.com

Laman Sesawang:
www.hilton.com

Facebook:
gardeninnpuchong

Antara hidangan yang menarik perhatian Hans dapat dilihat pada satu sudut yang diberi nama Barbecue Station dimana terdapat tiga menu yang disediakan untuk Hans merasa sendiri kelazatannya. Tiga menu yang Hans maksudkan tersebut ialah Marinated Slice Chicken Tight, Marinated Lamb Shoulder dan Marinated Salmon. Ketiga-tiga menu ini telah Hans cuba dan kesemuanya sedap-sedap belaka. Lebih sedap apabila ianya dinikmati dengan tiga jenis sos yang turut disediakan di Barbecue Station ini. Tetapi, antara ketiga-tiga ini, Hans sangat teruja menikmati Marinated Salmon dimana walaupun isi ikan salmon ini dimasak garing tetapi ianya tidak kering. Malahan rasa isinya masih segar dan sangat sedap dimakan sama ada dengan sos, nasi atau dimakan begitu sahaja.

Marinated Lamb Shoulder
Marinated Salmon
Marinated Slice Chicken Tight
Hot Dog & Potatoes
Mixed Vegetables


Hidangan-hidangan utama yang disediakan sempena New Year Eve BBQ Buffet Dinner ini juga bukannya biasan-biasa dimana terdapat empat jenis sajian lauk-pauk utama yang boleh dinikmati bersama dengan dua jenis pilihan nasi iaitu Spicy Mediterranean Rice dan Steam White Rice serta dua jenis menu sayuran iaitu Stir Fried Baby Kailan with Cashew Nut and Garlic Flake dan Saute Brussel Sprout with Sundried Tomato and Crispy Turkey Slice. Menu lauk-pauknya pula terdiri daripada Slow Roast Boneless Beef, Forestiere Chicken Breasts, Sweet & Sour Sea Bass dan Salted Egg Butter Prawn. Sebagai peminat sayur-sayuran, Hans sangat suka dengan rasa setiap menu sayuran yang disediakan di Hilton Garden Inn Puchong ini. Manakala untuk lauk pauknya pula, Hans telah mencuba semua dan setiap menu kena dengan citarasa Hans. Tetapi, yang paling berjaya menambat hati Hans ialah Salted Egg Butter Prawn ddan Forestiere Chicken Breasts yang memang menggiurkan. Serius sangat seronok dimakan bersama nasi. 

Salted Egg Butter Prawn
Sweet & Sour Sea Bass
Slow Roast Boneless Beef
Forestiere Chicken Breasts
Stir Fried Baby Kailan with Cashew Nut and Garlic Flake 
Saute Brussel Sprout with Sundried Tomato and Crispy Turkey Slice

Gambas Al Ajillo


Selain itu, Hans juga berpeluang untuk mencuba satu menu Starter yang menarik iaitu Gambas Al Ajillo dimana udangnya yang direndam dengan minyak zaitun dan dinikmati dengan kepingan roti garing memberikan satu gabungan rasa yang sangat indah. Susah nak digambarkan dengan kata-kata kerana rasanya unik sehingga membuatkan Hans menikmatinya berulang kali. Hahaha! Sedap weh!



Kepada anda yang menyukai pencuci mulut seperti kek maka anda pasti akan berpuas hati dengan aneka kek yang disediakan oleh Hilton Garden Inn Puchong sempena New Year Eve BBQ Buffet Dinner ini. Boleh dikatakan keseluruhan kek yang disediakan disini seperti Black Forest Cake, Raspberry Cheese Cake, Red Velvet, Orange Delight, Milk Tea Tiramisu, Butterscotch Muffin, Chocolate Chip Cookies, Oat Meal Cookies dan Assorted Fresh Cut Fruit bukan sahaja sedap rasanya tetapi juga didatangkan dengan kondisi kek yang lembut serta persembahan yang penuh dengan tarikan tersendiri. Jarang sebenarnya untuk menemui aneka pencuci mulut yang sedap-sedap belaka tetapi nampaknya ia bukan sesuatu yang mustahil untuk New Year Eve BBQ Buffet Dinner ini. Serius, anda wajib cuba kesemuanya sebab memang terbaik sangat!  

Black Forest Cake
Raspberry Cheese Cake
Milk Tea Tiramisu
Butterscotch Muffin
Red Velvet & Orange Delight

Berita baik buat anda semua dimana bermula pada 1 Disember sehingga 20 Disember 2019, setiap Hotel Hilton yang terdapat di Malaysia akan menawarkan hadiah menarik berupa percutian 3 Hari 2 Malam berserta bufet sarapan pagi kepada seorang pemenang bertuah. Jadi, anda berpeluang untuk memenangi hadiah ini hanya dengan menekan butang like pada halaman Facebook hotel, berkongsi siaran serta meninggalkan komen berkenaan pengalaman menikmati makanan yang paling memberi kesan buat anda bersama dengan orang yang tersayang bersempena dengan musim cuti persekolahan ini.


Jadi, Hans merasakan para pembaca sekalian terutama yang kaki makan seperti Hans perlu untuk datang sendiri ke Hilton Garden Inn Puchong ini dan nikmati sendiri pelbagai jenis sajian yang sangat menyelerakan pada sambutan tahun baru anda nanti. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mencuba semua makanan yang disediakan di New Year Eve BBQ Buffet Dinner ini kerana serius anda memang akan rugi besar jika melepaskan peluang keemasan ini. Selamat menjamu selera!


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم