APS Archery Excellent Centre : Jom Memanah Dan Membaling Kapak

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Jadi, aktiviti seterusnya pada hari ketiga Hans sempena Program Familiarization Fam Trip ini ialah melawat APS Archery Excellent Centre yang terletak di Selama, Perak. Kawasan ini bukan sahaja menawarkan kelas memanah yang menarik tetapi juga sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi team building yang menarik. Cuma untuk kedatangan Hans kali ini, Hans berpeluang mencuba memanah menggunakan busur yang cukup istimewa disini.


Seperti biasa, taklimat ringkas tentang cara penggunaan busur serta bagaimana untuk memanah tepat kepada sasaran diterangkan kepada Hans dan rakan-rakan sebelum bermulanya aktiviti memanah. Menariknya tentang APS Archery Excellent Centre ini ialah lokasi ini turut menjadi pilihan atlet dalam serta luar negara untuk datang berlatih disini di dalam tempoh waktu yang sangat lama. Jadi, disini sahaja anda sudah mendapat jawapan bahawa fasiliti yang disediakan disini sememangnya mempunyai kualiti serta kelasnya yang tersendiri. 


Jadi, Hans turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktiviti memanah disini. Apa yang Hans perasan setiap tempat memanah yang Hans pergi menyediakan busur yang berlainan dimana cara untuk memanah juga sedikit berbeza antara semua. Disini juga begitu dimana tali busurnya lebih kuat dan memerlukan cara yang betul untuk memanah. Alhamdulillah banyak anak panah yang mengenai sasaran. Hahaha!


Tetapi, satu permainan yang Hans rasa sangat unik dan seronok untuk dicuba di APS Archery Excellent Centre ialah permainan membaling kapak. Hans sebenarnya lupa apa nama sebenar permainan ini tetapi secara mudahnya ialah anda perlu membaling kapak dan pastikan ianya terpacak di kayu tersebut. Serius memang layan beb! Cara mudah untuk pastikan kapak anda melekat di papan itu, sila bayangkan insan-insan yang anda benci atau rasa nak pukul. In Sha Allah, pasti kapak anda elok sahaja terpacak dekat bahagian papan kayu tu. Hahaha!


Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan APS Archery Excellent Centre ini atau aktiviti pelancongan di Selama, anda boleh menghubungi mereka di laman sosial Facebook atau pun Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti dibawah:

Telefon (Majlis Daerah Selama):
010 3714548 (En. Razif)
0195217385 (En. Rofizlan)

Pejabat (Majlis Daerah Selama): 
05-8394201/2021 ext 119/120/121

Faks (Majlis Daerah Selama): 
05-8394377


Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba permainan menarik seperti membaling kapak atau memanah maka silalah berkunjung ke APS Archery Excellent Centre nanti. Jom ke Selama,Perak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم