Restoran Lepau Tawarkan Makanan Tradisional Masyarakat Sarawak Yang Lazat

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 22 hingga 24 November 2019 yang lepas, Hans telah berkesempatan menyertai satu program menarik anjuran Tourism Malaysia Sentral dengan kerjasama Malaysia Airlines dan Sarawak Tourism Board dengan melawat daerah Kuching, Sarawak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Sarawak ini sememangnya menawarkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang cukup menakjubkan. Tambahan pula ini adalah kunjungan kali pertama Hans ke negeri Sarawak. Jadi, sememangnya Hans betul-betul teruja untuk mengetahui apakah lokasi pelancongan menarik yang menanti Hans di sekitar Kuching ini.


Jadi, memandangkan kepenatan berjalan di merata tempat makan Hans dibawa untuk menikmati makan malam di Restoran Lepau yang terletak di Jalan Ban hock. Apa yang menariknya, restoran ini menyediakan makanan tradisi urang ulu, dayak dan juga makanan terkenal lain di negeri Sarawak ini.

RESTORAN LEPAU

Alamat:
Lepau Restaurant,
Persiaran Ban Hock,
93400 Kuching,
Sarawak.

Hari Operasi:
Isnin - Sabtu

Waktu Operasi:
11.00 A.M - 2.30 P.M
6.00 P.M - 11.00 P.M

Telefon:
0128845383

Facebook:

 Nasi Bario Dibalut Daun Itun Sip
 Rupa Nasi Bario
 Umai Ikan, Pucuk Midin Dan Ayam Goreng
Udang Masak Merah
 Siakap 3 Rasa 
 Ayam Pansuh @ Manok Pansuh
 Sayur Midin
Sayur Pucuk Ubi
 Sayur Campur
Sup Terung Asam Bersama Ikan Salai

Serius! Memang sedap sampai semua makanan ini licin dikerjakan Hans dan rakan-rakan yang semeja. Tak cukup meja sendiri, Hans dan rakan-rakan siap import daripada meja rakan-rakan sebelah. Hahaha! Rasa setiap hidangan sememangnya mengejutkan kerana mempunyai rasa dan aroma yang unik dan memikat. Memang terus semangat Hans sebab seronok dapat makan makanan yang sedap-sedap. Kalau nanti Hans berpeluang datang lagi ke Kuching, memang Hans nak datang makan lagi dekat Restoran Lepau ni sebab ada banyak lagi menu-menu mereka yang sedap-sedap yang Hans belum sempat cuba. 


Jadi, kepada sesiapa yang berkunjung ke Kuching,Sarawak maka sudi-sudikan lah diri anda untuk mencuba hidangan-hidangan yang menyelerakan yang disediakan di Restoran Lepau ini. Jangan lepaskan peluang kerana memang banyak perkara menarik yang ditawarkan di sini. Jom ke Kuching,Sarawak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Lawatan Di Kuching, Sawarak Boleh Dilihat Pada Pautan Artikel Ini : 


10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sup terung asam dgn salai tu, fuhhh terbaik! tak pernah menghampakan, midin, umai semua ada keistemewaannya sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuma pergi Kuching hari tu tak sempat nak makan nasi goreng dabai dengan mee kolok. sedih! sob! sob!

      Padam
  2. waalaikumussalam. ya Allah. semuanya menu makanan menarik. belum ada rezeki nak sampai di sarawak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. menu dia sedap-sedap dan sihat lah
      seronok juga makan
      hehehe

      Padam
  3. sedap dia x boleh bawak bincang tu hans

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini adalah lokasi tempat makan paling sedap yang Hans makan sepanjang 3 hari 2 malam dekat Kuching hari tu

      Padam
  4. Hidangan Sarawak memang sedap. Tapi LeYa tak berapa suka Ayam Pansuh tu sebab cara masak die macsm tu ade bau ayam dia.. Yang lain macam Umai memang sedap.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama