Produk Terbaru Erase By Mkhan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berpeluang untuk menghadiri majlis pelancaran produk terbaru yang jugamerupakan produk kedua daripada Mkhan iaitu Erase yang berlangsung dengan cukup meriah di Ampang Glass House.


Erase merupakan produk pemutih yang dihasilkan daripada 100 peratus bahan organik yang mengadungi SPF50 serta Vitamin C yang sememang bagus dan sesuai digunakan tidak kira oleh wanita mahu pun lelaki yang mementingkan produk yang memberi manfaat kepada kulit mereka tanpa kesan sampingan. Nama Erase ini juga dipilih sebagai nama produk kerana ia bukan sahaja berfungsi terhadap kulit wajah sahaja. Sebaliknya ia mampu membantu kulit-kulit di seluruh tubuh anda bermula pada bahagian atas sehingga bawah untuk tampil lebih sihat dan menyerlah.


Hans agak tertarik apabila mengetahui produk Erase ini dihasilkan menggunakan 100 peratus bahan organik. Jadi, Hans mengambil inisiatif untuk melihat apakah kandungan bahan-bahan organik yang digunakan dan pada Hans produk ini sememangnya mempunyai fungsi dan khasiat yang sangat bagus terhadap kulit si pengguna agar lebih sihat dan awet muda seperti:


1) Vitamin E:
- Mencegah penuaan.
- Memulihkan kulit yang terpapar sinar matahari.
- Merawat kulit kering kerana cuaca dingin.

2) Madu:
- Mencerahkan kulit.
- Mengatasi penuaan.
- Memperbaiki warna kulit.

3) Ginseng:
- Mengurangkan kedut dan garis halus.
- Anti penuaan dan menegangkan kulit.
- Bagus untuk kulit sensitif dan berminyak.

4) Susu Kambing:
- Melembutkan dan melembabkan kulit.
- Meregenerasi kulit.
- Mengatasi jerawat.

5) UVA Protection
- Mencegah kanser kulit.
- Mencegah sunburn.
- Anti penuaan.

6) UVB Protection
- Menghalang proses sintesin melanin.
- Membantu melambatkan proses degenerasi sel.
- Pemulihan kulit.

7) Jojoba Oil
- Meningkatkan kesan Essential Oil (EO).
- Membantu melembabkan kulit kering.
- Melegakan masalah ekzema dan psoriasis.


Menurut Myra Khan yang merupakan pengasas Mkhan, pihak mereka telah melantik selebriti Uyaina sebagai duta produk terbaru Erase ini dimana mereka melihat Uyaina menepati ciri-ciri yang dicari mereka iaitu sebagai seorang muslimah yang lembut, bagus serta positif dilihat oleh orang ramai. Apa yang lebih menarik, Uyaina sebenarnya bukan sekadar semberono menerima tawaran menjadi duta ini disebabkan beliau sendiri mempunyai masalah kulit yang agak sensitif.


Uyaina menyatakan dirinya telah mencuba sendiri produk ini dimana percubaan pertamanya adalah pada bahagian kulit tangan dan kaki terlebih dahulu. Selepas melihat kesan yang positif maka Uyaina mencuba pula di bahagian muka. Hasilnya sangat positif dan ini yang menjadi titik tolak kepada penerimaan Uyaina untuk menerima tawaran sebagai duta produk Erase. Uyaina sendiri turut menyatakan produk yang tiada bahan merkuri ini sangat bagus terutama buat mereka yang mempunyai masalah lingkaran hitam di bahagian bawah mata.


Produk Erase diyatakan oleh Mkhan sebagai selamat untuk digunakan oleh pengguna dewasa mahu pun kanak-kanak. Erase boleh dibeli melalui laman sesawang Mkhan atau daripada stokis-stokis mereka yang terdapat di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat untuk mendapatkan atau menggunakan produk Erase ini, anda boleh melayari laman sesawang serta laman sosial Mkhan seperti yang Hans kongsikan di bawah:


Laman Sesawang:

Facebok:

Instagram:

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama