Marrybrown Berbaloi Puasa Memang Sangat Berbaloi

Assalammualaikum dan Salam Ramadan buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Seperti biasa bulan Ramadan untuk tahun 2020 ini begitu berbeza berbanding Ramadan lain yang pernah Hans hadapi sebelum ini. Ramadan kali ini memberikan Hans banyak pengalaman baru dimana selain daripada berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan virus Covid-19, Hans juga perlu bekerja setiap hari bermula daripada 1 Ramadan sehingga 30 Ramadan kerana terlibat di dalam sebuah program keagamaan yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Oasis. Jadi, memang setiap hari Hans akan berbuka di tempat kerja dan menu wajib selalunya adalah menu berasaskan nasi. Bersyukur dengan rezeki yang diperoleh tetapi pada waktu yang sama biasa lah, anak tekak ini teringin juga benda lain selain nasi.


Nak dijadikan cerita, Hans yang merupakan salah seorang penggemar burger daripada Marrybrown telah mendapat satu info yang menggembirakan. Hans dapat tahu yang Marrybrown sekarang tengah sakan membuat promosi hebat sempena bulan Ramadan kali ini yang dipanggil sebagai Marrybrown Berbaloi Puasa. Lebih menarik perhatian Hans apabila Hans terpandang pula salah satu promosi yang ditawarkan iaitu Set Hotouch Burger Combo yang menawarkan dua biji burger, dua set wedges dan dua minuman dengan harga cuma RM20.00 sahaja. Hans memang tanpa membuang masa terus merebut peluang yang ada depan mata ini. Mana boleh sia-siakan tawaran hebat daripada Marrybrown ini. Sudah lah sedap! Banyak benda dapat! Harga pun sangat murah dan berbaloi!
.

Sebenarnya anda ada dua cara untuk mendapatkan set-set kesukaan anda yang ditawarkan sempena Promosi Marrybrown Berbaloi Puasa ini iaitu sama ada mengunjungi cawangan Marrybrown yang berdekatan dengan rumah anda atau melalui talian dengan menggunakan aplikasi Grab Food atau Food Panda. Memandangkan Hans sememangnya sangat sibuk dengan kerjaya buat masa ini maka Hans memilih untuk mendapatkan Set Hotouch Burger Combo ini dengan memanfaatkan teknologi Grab Food. Seperti biasa kalau pada bulan puasa yang lepas-lepas, kalau anda nak berbuka puasa di Marrybrown mesti kena reserved meja dahulu kan? Begitu juga lah apabila menempah dengan Grab Food dimana Hans memesan makanan ini pada waktu pagi dan menetapkan waktu penghantaran pada waktu petang sekitar pukul 6.00 petang. Jadi, pastikan kalau anda nak menempah set Marrybrown Berbaloi Puasa pilihan anda melalui aplikasi Grab Food untuk melakukannya pada waktu pagi atau anda akan terlepas menikmati menu promosi yang menyelerakan ini.
.

Memang tidak dapat dinafikan lagi mahu pun disangkal berkenaan rasa menu Hotouch Burger dari Marrybrown ini. Rasa burger yang cukup menyelerakan tambah-tambah apabila dinikmati secara panas. Isi daging burger yang tebal, lembut dan semestinya sedap juga membuatkan Hans berasa sangat bersyukur dapat berbuka puasa dengan menikmati hidangan yang lain daripada kebiasaan. Memang tidak rasa menyesal langsung menolak makanan percuma di tempat kerja kerana rasa Hotouch Burger ini yang sungguh memikat dan menyelerakan. Paling seronok tu sebab Hans baru habiskan sebiji burger yang sedap tetapi sudah kenyang. Jadi, burger yang lagi satu itu boleh Hans simpan untuk makan lepas tarawih atau jadikan sebagai menu sahur Hans selepas ini. Jimat dan sangat berbaloi!


Sebenarnya, bukan sahaja menu burger yang ditawarkan sempena Promosi Marrybrown Berbaloi Puasa ini. Tetapi, ada pelbagai menu lain seperti nasi lemak dan ayam goreng. Lebih menarik anda boleh memilih 3 Promosi Istimewa yang ditawarkan sempena Marrybrown Berbaloi Puasa ini yang sememangnya bakal menguntungkan anda dan keluarga kerana bukan sekadar harganya yang luar biasa murah tetapi kuantiti jumlah makanan yang diberikan sangat banyak dan mampu mengenyangkan anda dan ahli keluarga anda yang ramai. Jadi, Hans kongsikan dengan anda semua berkenaan 3 promosi istimewa yang ditawarkan oleh Marrybrown Berbaloi Promo seperti di bawah:

1) FAMILY MEALS (DELIVERY & TAKEAWAY)
Set Berbaloi A (2-3 Pax): 
RM24.90

Set Berbaloi B (5-6 Pax): 
RM49.90

Set Berbaloi C (8-10 Pax): 
RM79.90


2) ISTIMEWA RAMADAN (DELIVERY SAHAJA)
Nasi Lemak MB Combo : 
RM20

MB Hotouch Burger Combo : 
RM20

MB Lucky Plate Combo : 
RM22


3) BUY 1 FREE 1 (TAKE AWAY SAHAJA)
Promosi ini terhad kepada 3 penebusan untuk satu transaksi. Antara menu menarik dan laris yang anda boleh tebus adalah seperti dibawah:

1) Bubur Ayam MB
2) Cheesy Wedges
3) 6 Keping Chicken Nuggets
4) Chicken Sausage Burger
5) Mushroom Soup
.
Jadi, Hans sarankan buat anda yang merupakan peminat Marrybrown atau ingin sesekali bertukar selera untuk segera merebut peluang keemasan ini kerana Promosi Marrybrown Berbaloi Puasa ini hanya berlangsung mulai sekarang sehingga 23 Mei 2020 sahaja. Rugi sangat kalau anda tidak mencuba menu-menu yang terdapat di dalam promosi istimewa sempena bulan Ramadan pada tahun 2020 ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi hebat ini, anda boleh layari laman sesawang dan sosial media Marrybrown seperti yang Hans kongsikan dibawah ini. Selamat Berbuka Puasa!


Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

#Marrybrown #MarrybrownMY #MBBerbaloiPuasa #SomethingDifferent #SenangJeOrderMB


30 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Terbaek. Sedap ni..

    Jemput join segmen ya 😊

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    BalasPadam
  2. teringin pulak nak try..selalu berbuka makan nasi je..nasi lemak pun ada..

    BalasPadam
  3. Memang suka juga burger Marrybrown.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedapkan
      Hans memang suka burger kalau dari Marrybrown
      selalunya memang tak mengecewakan

      Padam
  4. ayam gorengnya setanding kfc hot n spicy x bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hans suka makan burger dengan bubur dia
      kalau ayam dia tak sure
      tapi so far sedap jer lah makan
      hahaha

      Padam
  5. wak mamam kepci jeeeew., hehehe

    BalasPadam
  6. sedap ...kalu dpt free lagi sedap

    BalasPadam
  7. Mantap itu program buy one get one, Hans .... 👌

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang mantap
      orang sekarang cakap MANTUL
      hehehe

      Padam
  8. Wow sedap semua juadah berbuka puasa marrybrown

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang menyelerakan
      cuba lah order hari nih :)

      Padam
  9. nnt nak try burger dye pulak la. ayam dah try hari tu

    BalasPadam
  10. tak perasan MB ni bt promo. Kedainya dekat je, mungkin sbb iklan dia tak nampak sangat. boleh usha2 plak lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      yer yer
      dia buat promo
      aiman beli lah
      sedap tau

      Padam
  11. Cheq memang suka Hotouch burger Marrybrown. Tak pernah mengecewakan. Bubur ayam dia pun best 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe sama macam hans
      kalau marrybrown mmg hans suka burger dgn bubur dia
      sodap!!

      Padam
  12. aaaa sedapnyaaa...teringin pulak nak berbuka dengan MB! kena beli jugak ni nanti..

    BalasPadam
  13. Sedap ni. Memang kenyang makan..alamak, teringin pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      sedap-sedap
      order lah esok
      sempat lagi

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama