Tanda-Tanda Telur Anda Telah Rosak

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans yakin 99.99% daripada kita semua pasti sangat sukakan telur kerana ia bukan sahaja menawarkan rasa yang sedap tetapi juga mudah dimasak dan dimakan. Nak rebus boleh! Nak goreng boleh! Nak makan separuh masak pun boleh! Nak makan mentah pun boleh (ini untuk siapa yang nak bina badan lah). Tetapi, pernah atau tidak anda terfikir satu perkara. Adakah telur yang anda makan itu berada di dalam keadaan yang baik atau sebenarnya telah rosak?


Sebagai peminat telur, Hans sangat tertarik untuk berkongsi info menarik ini dengan semua dimana terdapat 6 tanda-tanda telur telah rosak yang anda perlu ambil tahu bagi mengelakkan anda termakan dan seterusnya menyelamatkan anda daripada virus Salmonella yang boleh menyebabkan anda demam, muntah, cirit-birit dan adakalanya boleh menyebabkan seseorang yang lemah antibodinya meninggal dunia.


6 TANDA-TANDA TELUR TELAH ROSAK

1) Telur terapung di dalam air : Ini menandakan bahawa telur ini merupakan telur yang lama.

2) Kulit telur retak : Anda wajib buang telur jika kulit telur sudah retak untuk elakkan masalah keracunan.

3) Kulit telur berlendir : Ini menandakan bahawa terdapat bakteria pada telur tersebut.

4) Berbau busuk dan hanyir : Sudah terang lagi bersuluh bahawa telur tersebut telah rosak.

5) Warna putih telur berubah : Telur bukannya seperti sesumpah yang boleh berubah warna. Jadi, jika berubah warna maka itu menandakan telur anda telah rosak.

6) Tarikh tamat tempoh : Setiap telur yang dijual mempunyai tarikh luputnya sendiri. Jadi, pastikan kuantiti telur yang anda beli berpadanan dengan penggunaan bulanan anda supaya telur tersebut tidak rosak kerana berada terlalu lama di dalam peti ais.


CARA-CARA UNTUK MENGETAHUI UMUR TELUR ANDA

1) Isikan air di dalam bekas atau balang berkaca yang jernih.

2) Masukkan telur anda ke dalam air tersebut.

3) Telur akan berubah posisi selepas direndam dimana:

i) Telur yang tenggelam sepenuhnya : Telur yang baru

ii) Telur yang masih tenggelam tetapi bahagian belakang naik ke atas sedikit : Telur yang berusia 1 minggu

iii) Telur yang tenggelam tetapi berdiri menegak di dalam air : Telur yang basi (berusia di dalam 2 minggu hingga 3 minggu)

iv) Telur yang terapung di atas air : Telur yang telah rosak dan tidak boleh dimakan.

Jadi, diharapkan perkongsian Hans kali ini dapat membantu anda untuk memastikan agar telur-telur anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan anda sendiri dapat menikmati hidangan telur yang sihat dan bersih daripada bakteria Salmonella yang membahayakan. 


44 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kalau dapat telur yang busuk ya rabbi, sampai kesudah tak makan hihi

    ردحذف
    الردود
    1. ngeri owhh kalau telur busuk
      pergghhhh bau dia tak leh tahan

      حذف
  2. Bila baca tentang tanda-tanda telur rosak ini teringat kat mangsa puding telur yang meninggal tu... Innalillahiwainnailaihiraajiuun.

    ردحذف
  3. bahaya..boleh mendatangkan kesan yang serius kalau tersalah makan ni

    ردحذف
  4. Pengetahuan baru untuk tahu usia telur.

    ردحذف
  5. saya juga peminat telur..

    cuma tajuk artikel ini ada unsur-unsur lucu sedikit..

    saya pun check 'telur'..alhamdulilah masih sihat walfiat lagi hahaha

    ردحذف
  6. Terima kasih atas perkongsian.takut pulak nak makan telo

    ردحذف
  7. Sejak-sejak kes puding buih tu, jadi ngeri nak makan telur...Sis siap cakap kat Suami, lepas ni beli telur gred bagus jer, mahal pun takpe, janji nampak terang due datenya...kadang telur papan tu, takde tulis due datenya huhuhu

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu
      lepas beli pastikan cuci dulu
      ramai juga Hans tengok jenis beli telur lepas tu terus masuk dalam peti ais
      Hans beli telur biasa ker or gred mahal ker..memang Hans cuci jer semua

      حذف
  8. info yg sgt berguna. thanks a lot. semoga x tertipu lagi..

    ردحذف
    الردود
    1. In Sha Allah
      kena lebih berhati-hati kan
      ini baru nak tahu telur rosak
      belum lagi pasal telur palsu
      hahaha

      حذف
  9. thanks for the share...semalam kowt kalau xsilap dgr berita pasal punca keracunan puding buih adalah telur expired...xsure sgt la...tpi rietta agak risau juga la...kita xsure peniaga makanan kalau terlepas pandang....

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      Hans sendiri dulu pernah join pihak kesihatan ambush kedai makan
      Ya Allah! Bukan saja kotor, telur diorang siap berulat
      pertama kali kut Hans tengok telur berulat
      ngeri gila
      hahaha

      حذف
  10. Bukan takat telur palsu, telur xpired lah..hrmmm...saya pernah tya kedai yg jual telur, kan dorg ada jual telur dlm mangkuk,tu telur yg retak dorang pecahkan siap2 pastu jual kpd org yg buat kuih2 ni, bayangkan telur tu ada najis semua, ya Allah kotornya..

    ردحذف
    الردود
    1. wah
      Ini baru pertama kali Hans dengar
      mungkin sebab Hans bukan buat business kuih jadi tak tahu pula ada orang jual telur macam tu yer?
      Kalau Hans lebih sanggup beli dan pecahkan sendiri
      Satu sebab nak basuh telur dulu
      kedua nak kena check telur tu ada darah ke tak
      takut lah
      hahaha

      حذف
    2. Ada Hans,ada kedai yg jual telur siap pecah. Harga murah sikit la biasanya. Pernah terbaca dulu dekat blog siapa entah. Mmg tak terjamin la kalau tak basuh dulu.

      حذف
    3. ishhh
      tak lalu pula bila terbayang
      hahaha

      حذف
  11. الردود
    1. betul tu kak
      penting sangat untuk kebahagiaan dan kesihatan
      hehe

      حذف
  12. Info yang bagus.
    Masa PKP ni tak tau kenapa telur beli kat Kota Kinabalu ni macam tak berapa fresh rasa walhal selalu kerap masak dari sebelum PKP.

    ردحذف
    الردود
    1. uishhh
      jangan telur tiruan sudah
      bahaya dunia sekarang nih kan
      tak telur expired, ada pula telur tiruan

      حذف
  13. Info yg bagus,kebetulan semalam nak masak kuih telur 2² busuk. Sedih betul. Dah lah telur mahai. Ada baki telur lg nnt nk cuba buat mcm atas ni

    ردحذف
  14. thanks for the sharing! Kena sentiasa alert bahan2 masakan semua.. bukan telur je. Expired date jangan lupa tengok.

    ردحذف
  15. Info yang bagus.. Akak selalu buat camtu bila periksa kualiti telur..

    ردحذف
    الردود
    1. owh
      saya pun baru tahu
      selalu saya cuci dan goncang2 jer nak dgr bunyi ke tak

      حذف
  16. Good info. Selalu ramai orang tak alert pasal ni, bila kes baru ni yg viral ramai keracunan telur baru orang alert.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم