US Pizza Malaysia : Menu Baru Musang King Pizza Dan Cheese Boat Pizza

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di antara pembaca setia dekat blog ini merupakan peminat kepada keju, durian dan telur masin? Kalau anda minat ketiga-tiga makanan tersebut makan Hans sarankan anda untuk mencuba menu-menu terbaru yang cukup menarik daripada US Pizza Malaysia.

Kalau anda nak tahu, US Pizza Malaysia kini sedang menawarkan 3 pilihan menu yang cukup menarik dimana anda wajib cuba makan paling tidak sekali iaitu:

1) Musang King Pizza

2) Salted Egg Pizza

3) Adjaruli Kachapuri Cheese Boat Pizza

Sebagai seorang peminat durian, Hans sememangnya berasa sangat berpuas hati saat menikmati Musang King Pizza yang dijual di US Pizza Malaysia ini. Bukan pizza durian biasa mahu pun olok-olok kerana mereka menggunakan pes durian Musang King yang sebenar. Lebih membuat Hans terkejut kerana kombinasi antara durian dan keju sememangnya sangat menjadi sehingga memberikan satu rasa mewah yang sukar untuk Hans ungkapkan dengan kata-kata. Memang wajib cuba!
Hans juga turut berpeluang menikmati sendiri menu baru US Pizza Malaysia iaitu Adjaruli Kachapuri Cheese Boat Pizza yang sememangnya kaya dengan keju yang cukup menyelerakan. Apa yang membuatkan Hans berasa sangat teruja ialah Hans dapat melihat sendiri pekerja mereka menyediakan Cheese Boat Pizza ini dihadapan mata Hans sendiri dengan cara yang cukup unik dimana telur dan keju digaul, digulung dan diangkat sehingga sebati. Rasa kejunya memang cukup padu! Tidak lengkap jika anda makan di mana-mana cawangan US Pizza Malaysia tanpa memesan menu-menu sampingan seperti Mushroom Soup, Garlic Twist dan Milkshake mereka yang sememangnya sungguh menggiurkan anak tekak. Hans betul-betul sangat berpuas hati!
Satu berita baik buat para pembaca blog Hans yang menggemari pizza dimana anda semua boleh mendapatkan Personal Pizza secara percuma. Tidak susah pun! Anda hanya perlu memesan pizza dalam talian (Online) dan jangan lupa untuk gunakan Kod Promo : 666
Jadi, selamat mencuba menu-menu baharu daripada US Pizza Malaysia ini secepat mungkin kerana Hans yakin anda akan sangat berpuas hati dengan kelazatan setiap hidangan. Anda juga boleh melihat ulasan Hans tentang menu terbaru US Pizza Malaysia ini melalui perkongsian dibawah:
REVIEW HANS (YOUTUBE): 

58 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Sedapnya 😋 moga US Pizza buka cawangan kat Perlis

    ردحذف
    الردود
    1. dekat Alor Setar dah ada...
      boleh pergi dekat ABC dekat-dekat kawasan mergong

      حذف
  2. Alamaakkk.. bukan menu beshe-beshe ni... Favorite flavor semua ni

    ردحذف
    الردود
    1. tahu tak apa
      order jer semua
      sebab semua sedap-sedap belaka :)

      حذف
  3. dah makan kat ABC tapi menu yg lain..nnti boleh cuba menu yg nii

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      ada dekat ABC kan
      sekarang orang Alor Setar senang cari dah makanan-makanan baru macam US Pizza nih
      hehehe

      حذف
  4. Durian pizza macam best! Nak coba nanti.

    ردحذف
  5. الردود
    1. hehehe
      tak silap ada juga company lain buat
      tapi pizza durian musang king US Pizza nih serius sedap
      puas hati makan!

      حذف
  6. tak boleh imagine pizza durian...

    ردحذف
    الردود
    1. ahahaha
      tak payah imagine
      tengok gambar pizza tu
      itulah rupanya
      yang penting sedappp!!!
      hehehe

      حذف
  7. Topping dia mmg tak kedekut langsung.. sedapnya tengok

    ردحذف
    الردود
    1. itu yang seronok makan dekat US Pizza tu
      topping dia memang meriah dan melimpah
      puas gila makan tambah waktu panas-panas!

      حذف
  8. Oh yumsss the musang king pizza macam sedap sangat nanti sis nak cuba juga

    ردحذف
  9. Fuyooo musang king pizza. US Pizza ni presentatuion dia menyelerakan tau.

    ردحذف
    الردود
    1. itulah
      cantik presentation diorang
      tapi yang penting rasa dia memang padu
      kenyang dan puas hati!

      حذف
  10. Pizza durian? 1st time dengar. Tapi semua pizza nampak sedap.

    ردحذف
    الردود
    1. yeahhhh
      semua sedap
      cuba lah
      confirm repeat makan lagi nanti

      حذف
  11. Yang lain rasa tempting nk mkn. Tp yg durian tu mcm takut pulak. Takut xkena tekak. Huhu

    ردحذف
    الردود
    1. heheheh
      belum cuba belum tau
      sedap owh Pizza Durian Musang King nih

      حذف
  12. الردود
    1. entry ini baik lah
      memperkenalkan makanan yang sedap :)

      حذف
  13. Waalaikumussalam Hans. Sedapnya semua pizza tu. Tak tau nak terkam mana satu dulu!
    Musang king tu dah tentu sedap sangat, yang boat pizza tu mengancam betul!

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe
      Musang King tu memang sedap
      Boat Pizza lak kena makan panas-panas. sedap betul cheese dalam tu.

      حذف
  14. Fuhhh sedapnya pizza2 ni. Haishh takleh jdi ni. nak kena terjah jugak lepas ni

    ردحذف
    الردود
    1. sila terjah
      rugi kalau tak cuba makan sebelum stok durian habis
      hahaha

      حذف
  15. Melimpah2 topping tu. Kecur...

    ردحذف
    الردود
    1. memang kecur air liur tengok
      Hans yang dah makan nih pun bila tengok balik terus rasa nak makan lagi
      sedap!

      حذف
  16. الردود
    1. memang sedap
      wajib cuba
      pasti nak lagi
      puas hati owhhh keju diorang letak..melimpah banjir

      حذف
  17. Serius arrr pizzaaa ni. Tengok gambar je pun dah selera. Ishk teringin laa pulak. 😆

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      sila terjah US Pizza sekarang
      xpun order jer online pakai GRAB

      حذف
  18. Pizza Durian Musang King? Ohhh ada jugak eaaa . Apa rasa laa ya bila durian dalam pizza. Tak pernah rasa lagi setakat ni. Kena ke idok ngan tekak kita bila pizza gabung durian ni Hans.

    ردحذف
    الردود
    1. memang kena rasa dia
      dah cuba confirm repeat order
      sedap owhhh

      حذف
  19. menggoda nya pizza musang king tu hans oi

    ردحذف
    الردود
    1. hahahah
      tahu tak apa
      hans pun nak repeat makan lagi
      sedap

      حذف
  20. Tue dia aihhh..kecur air liur.. musang king pizza nampak menyelerakan, tapi cheese boat pizza tue lagi menyerlah selera akak..ahaksss...

    ردحذف
  21. sila buka di Johor. Ada tempat best kalau nak bukak. hahaha dekat eco Palladium ke, spring lab ke. boleh ootd sekali. nak Cuba yang cheese boat tu. menyelerakan sungguh

    ردحذف
  22. wah nampak sangat sedap....jap nak google mna ada US Pizza area cni...

    ردحذف
    الردود
    1. duduk tang mana tu?
      kalau dekat KL Selangor nih confirm senang jumpa

      حذف
  23. Pizza musang king tu nampak sedap arr tapi berhuhu la kita sebab takde Kelantan 😂😂😂

    ردحذف
  24. Hansssssss.. Sedap nya semua.. Jauhnya nak cari sekarang..

    ردحذف
    الردود
    1. owhhh jauh ker?
      lahhh rugi lah kalau tak cuba
      sedap ohhhhh

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم