Duit Syiling Peringatan 50 Tahun UKM

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kepada peminat numismatik seperti Hans semestinya gembira apabila Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Universiti Kebangsaan Malaysia ke-50 (UKM50). Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh Pro-Canselor Universi Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar pada 21 Ogos 2020 di UKM. 


SPESIFIKASI DUIT SYILING PERINGATAN


1) Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)

Duit syiling ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.1 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual pada harga RM253 sekeping. Sebanyak 1,000 keping ditempa.


2) Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (pruf)

Duit syiling dalam kemasan kilat ini diperbuat menggunakan tembaga dan beberapa logam lain dan berat setiap keping ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM60.50 sekeping. Sebanyak 1,000 keping ditempa.


3) Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling dalam kemasan tanpa kilat ini diperbuat terutamanya menggunakan tembaga dan berat setiap keping ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM13.20 sekeping. Jumlah tempaan adalah sebanyak 25,000 keping, termasuk 10,000 keping dalam bungkusan eksklusif yang dikeluarkan khas untuk dijual kepada pelajar dan alumni UKM. 


INFO HARGA DAN BUTIRAN SETIAP JENIS DUIT SYILING

Duit Syiling Peringatan 50 tahun UKM Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM253 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan 50 tahun UKM Emas Nordic (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (Pruf)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000 
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM60.50 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan 50 tahunUKM Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 15,000 & 10,000 (harga 10,000 keping tertakluk kepada UKM)
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST)



REKA BENTUK BAHAGIAN HADAPAN DAN BELAKANG DUIT SYILING

Bahagian Hadapan


Perkataan “SAMBUTAN JUBLI EMAS” dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling peringatan ini. Bahagian tengah memaparkan bangunan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), iaitu mercu tanda UKM yang menandakan titik permulaan (pendaftaran) dan pengakhiran (konvokesyen) kehidupan pelajar di UKM. Mercu tanda tersebut diapit oleh reka bentuk geometri yang membentuk bahagian luar DECTAR bagi melambangkan pencapaian penting dan pemodenan UKM sepanjang 50 tahun penubuhannya. Misi UKM untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dilambangkan melalui reka bentuk songket yang bermotifkan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya. Reka bentuk ini digunakan sebagai latar belakang bagi perkataan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Jawi. Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-50 UKM (1970-2020) tertera sebagai imej pendam (latent image) yang boleh bertukar-tukar di bahagian bawah duit syiling.

Bahagian Belakang

Nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling. Logo rasmi sambutan jubli emas UKM jelas terpapar pada bahagian atas glob (globe) bagi melambangkan pengembaraan dan pencapaian ulung UKM yang telah mencapai taraf antara universiti terbaik dunia. Nilai muka dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

JUALAN DUIT SYILING PERINGATAN

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan dimana setiap pembeli hanya boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf), satu syiling duit emas Nordic (pruf) dan maksimum lima duit syiling emas Nordic (B.U). Sekiranya jumlah tempahan berlebihan, cabutan akan dilaksanakan melalui undian untuk menentukan tempahan yang berjaya. Maklumat lanjut tentang tempahan, pembayaran dan penghantaran akan diumumkan kepada orang ramai pada 25 September 2020.

P/S : Tak Sabar Hans Nak Beli Syiling Ini! Harap-Harap Nama Hans Tersenarai Antara Yang Dapat Kesemua Koleksi Syiling Peringatan Sambutan Ulang Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia ke-50 (UKM50) Ini. Doakan Untuk Hans! Amin!

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama