Ogawa Master Drive AI 2.0 : Kerjasama Hebat Antara Ogawa Dan Universiti Malaya Dalam Penyelidikan Meningkatkan Peredaran Darah Dan Tidur Yang Berkualiti Melalui Kerusi Urut

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berpeluang untuk menghadiri satu sidang media yang dianjurkan oleh OGAWA serta Universiti Malaya di dalam membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka berkenaan dengan teknologi hebat kerusi urut Ogawa Master Drive A.I 2.0 di dalam membantu meningkatkan peredaran darah yang secara tidak langsung menjadikan waktu tidur manusia lebih berkualiti serta menaik taraf kesejahteraan hidup pengguna model kerusi urut ini.


Dibangunkan dengan 5,184 kombinasi urutan untuk memberikan alternatif penyelesaian kesihatan yang pelbagai sememangnya membuat Hans berasa cukup kagum dengan teknologi 4D yang terdapat pada model kerusi urut Ogawa Master Drive AI 2.0 ini. Menampilkan Artificial Intelligence (AI) yang canggih termasuk pengecaman wajah, Penjejak Kesihatan dan Scanner™ serta Penganalisis Automatik Bertenaga AI yang menggunakan algoritma untuk mengumpulkan dan mengurus data untuk menyesuaikan kerusi urut ni dengan senarai penyelesaian disyorkan yang diprogramkan tepat pada sasaran yang bermasalah. Jadi, setiap kali anda menggunakan kerusi urut ini maka anda akan merasai pengalaman yang berbeza di dalam setiap urutan kerana model ini memproses terlebih dahulununtuk melihat bahagian badan serta otot anda yang perlu diberi perhatian dalam sesi urutan.


Hans sendiri telah merasa sendiri bagaimana teknologi terkini kerusi urut Ogawa Master Drive AI 2.0 ini mengurut keseluruhan badan Hans. Memang urutan yang diberikan betul-betul cekap dan berkesan di dalam meningkatkan peredaran darah dan Hans sendiri berasa sangat selesa dan membantu Hans untuk mudah tidur dengan nyenyak. Memang model kerusi urut daripada Ogawa kali ini betul-betul terbaik.


Pada majlis berkenaan juga, OGAWA dan Universiti Malaya telah berkongsi hasil penyelidikan bersama antara mereka yang bertajuk ‘Investigating the Effects of OGAWA Master Drive AI Automated Massage on Blood Circulation and Sleep Quality’ bersama dengan para media yang hadir. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia iaitu Datuk Lim Mee Ling telah berkongsi kesan kumulatif dari kehilangan tidur yang berkualiti dan gangguan tidur telah menyebabkan peningkatan risiko hipertensi, diabetes, obesiti, kemurungan, serangan jantung dan strok. Selain itu, menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan dan gangguan kecemasan juga turut meningkat daripada 12% pada tahun 2011 kepada 29% pada tahun 2017


Tidak ketinggalan ialah Dr. Saad Mekhilef, CEng (UK), SMIEEE (USA), FIET (UK), Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya yang turut berkongsi berita baik dengan menyatakan bahawa Universiti Malaya sememangnya berminat untuk menjadi sebahagian daripada penyelidikan bukan hanya untuk menyumbang pengetahuan mereka kepada kajian penting ini bahkan juga berguna untuk kajian pada masa hadapan yang secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kesejahteraan negara secara keseluruhan dan berpotensi meningkatkan jangka hayat rakyat Malaysia.


Kajian yang telah lakukan melalui sekumpulan individu yang berpeluang menggunakan produk OGAWA Master Drive AI 2.0 membuktikan bahawa 100% peserta menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam peredaran darah: 81.32% dengan menggunakan program OGAWA Master Drive AI 2.0 M6 Deep Tissue dan 43.48% melalui Program Peredaran Darah, sementara 100% peserta mencatat peningkatan kualiti tidur, dan hingga 88.73% mengalami peningkatan dalam efisiensi tidur melalui program Sweet Dream.


Hans pasti rakyat Malaysia sememangnya mengenali jenama kerusi urut OGAWA yang mula dikenali sejak tahun 1996 lagi dengan visi jangka panjang mereka "Leading the Technology of Wellness" dimana OGAWA sentiasa mengorak langkah awal menyertai dan melabur dalam pelbagai penyelidikan dan pembangunan untuk sentiasa menghasilkan produk inovatif yang dapat memberikan manfaat kesihatan kepada ramai orang di seluruh dunia.


Sempena dengan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa yang bakal tiba tidak lama lagi, OGAWA turut menjalankan satu promosi khas dimana mereka menawarkan Pelan Pembayaran Mudah 0% sehingga tempoh 68 bulan untuk produk terpilih. Jadi, silalah rebut peluang keemasan ini dengan segera. Boleh gembirakan ibu bapa di rumah serta diri anda sendiri dengan model kerusi urut OGAWA yang memang tidak dapat disangkal lagi dari sudut kualiti dan keistimewaannya. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran hebat ini, anda boleh layari laman sesawang OGAWA Malaysia iaitu https://www.ogawaworld.net/.


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم