5 Sebab Anda Wajib Beli Mentai Daripada Mentai Ou

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang menu-menu yang menarik dan lazat daripada Mentai Ou yang menawarkan hidangan Jepun yang cukup unik iaitu Mentai. Buat para pembaca sekali yang mungkin pertama kali mendengar nama hidangan ini, perkataan Mentai ini asalnya ialah 'Mentaiko' yang membawa maksud telur ikan yang diperap dengan rempah ratus untuk mencapai rasa yang sedikit pedas. Antara bahan-bahan yang digunakan seperti sos cili, minyak ikan, telur ikan, mayonis dan beberapa bahan istimewa lain. Namun, perubahan latar membuatkan makanan bernama Mentai ini berevolusi kepada pelbagai jenis mengikut selera masyarakat dunia kini.

Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Hans menikmati hidangan Mentai yang dijual oleh pihak Mentai Ou ini dimana Hans merasakan kelazatan menu-menu yang dijual oleh pihak mereka ini perlu diwar-warkan dan diberitahu kepada semua pembaca blog Hans serta peminat hidangan Mentai ini untuk anda semua cuba. Serius anda akan rasa sangat berbaloi untuk beli dan rasainya sendiri bersama ahli keluarga atau rakan-rakan anda. Terdapat 7 jenis Mentai serta 6 jenis Cookie Bars yang dijual oleh Mentai Ou iaitu:

7 JENIS MENTAI

1) Samon Mentai Ou (Salmon)

2) Gyudon Mentai Ou (Daging)

3) ChiKatsu Mentai Ou (Ayam)

4) Chuka Mentai Ou (Baby Size Octopus)

5) Sakusaku Mentai Ou (Kulit Ikan Salmon)

6) Gyoza Mentai Ou (Dumpling Ayam)

7) Kurimu Pasta (Creamy Pasta)


6 JENIS COOKI BARS

1) Fun Mix Cookie Bars

2) Nuts Cookie Bars

3) Caramello Cookie Bars

4) Choc Chip Cookie Bars

5) Cream Cheese Cookie Bars

6) Peanut Butter Cookie Bars

Hans sebenarnya sangat berpuas hati dengan cara penyediaan, pembungkusan dan penghantaran yang dilakukan oleh Mentai Ou. Penyediaan yang teliti di dalam menghasilkan Mentai. Walaupun ini merupakan kali kedua Hans membeli dan menikmati makanan yang dijual mereka namun kualitinya tetap dijaga dan rasa juga kekal lazat seperti mana sewaktu pengalaman pertama Hans menikmati menu yang dipanggil Mentai ini.


Jadi, Hans kongsikan 5 sebab yang membuatkan Hans jatuh cinta dengan menu-menu Mentai Daripada Mentai Ou dan Kenapa Anda Wajib Beli Mentai Daripada Mentai Ou ini iaitu:

1. Rasa Mentai yang dihasilkan dan dijual oleh Mentai Ou memang sedap, lazat dan buat Hans jatuh cinta dengan menu Jepun ini. Setiap suapan cukup mengasyikkan dan membuatkan kerinduan Hans kepada hidangan Jepun terubat setelah menikmati hidangan ini. 

2. Kuantiti makanan yang memang banyak. Berbaloi dengan harga yang dijual dimana kalau anda makan satu bekas Mentai ini dan In Sha Allah boleh kenyang dalam jangka waktu yang sangat lama. Serius puas hati! 

3. Produk Mentai yang dijual menggunakan bahan-bahan yang cukup berkualiti dan segar. Hans sendiri cukup menyukai Samon Mentai Ou dan Chuka Mentai Ou dimana rasa isi ikan Salmon serta Baby Octopus yang cukup segar dan kenyal betul-betul membangkitkan selera Hans untuk menjamah hidangan Mentai ini dengan cukup bersemangat.

4. Pilihan produk Mentai yang pelbagai dimana setiap mentai mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. Senang cakap memang tak jemu atau muak kalau nak makan selalu!

5. Pembungkusan yang cukup kemas dan menarik. Paling penting cara pembungkusan ini membantu anda untuk memanaskan Mentai dengan mudah di dalam ketuhar mahu pun air fryer sewaktu anda ingin menjamahnya secara panas-panas.


Serius anda semua yang sedang membaca sekarang wajib beli dan rasai sendiri keenakan produk-produk Mentai daripada Mentai Ou. Hans yakin anda pasti tidak akan akan menyesal kerana setiap produk Mentai mereka sedap-sedap belaka dan mempunyai rasa yang cukup unik. 


Dibawah Hans kongsikan info dan laman sosial sebagai rujukan anda untuk memudahkan urusan tempahan dan pembelian. Selamat menjamu selera!


❤️SYARIKAT:
Mentai OU

🛣️LOKASI:
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

PRODUK:
Mentai & Cookie Bars

WAKTU OPERASI & PENGHANTARAN:
Slot Tengahari (12pm-2pm)
Slot Petang (5pm-7pm)
.
🛵PENGHANTARAN:
Lalamove

PROMOSI:
Jarak 15KM: Beli 5 Dan Ke Atas (Penghantaran Percuma)
Jarak Lebih 15KM: Beli 5 Dan Ke Atas (Diskaun 50% Kos Penghantaran)
.
📞WHATSAPPS:

Instagram:

Facebook:


98 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Menarik nehhh.. Lama gila tak makan mentai... Nak cari yg kena dgn selera susah ooo... Byk skrg mentai dah jd mcm taste Melayu... Hilang keunikan Jepun tuuu... Nnt nak order la!

    ردحذف
    الردود
    1. tak sure lak aku rasa Melayu ke tidak sebab ini 1st time Mentai ku makan..
      tapi aku rasa kejepunan dalam Mentai nih...heheeh
      so far untuk aku sedap :)
      cuba lah nanti mana tahu kena dengan selera

      حذف
  2. Bukan setakat rasa tgk gambar pun dah terliur

    ردحذف
    الردود
    1. boleh order lah nanti
      Mentai sedap
      Cookie Bars pun sedap

      حذف
  3. First time dengar nama mentai hehehe nampak sedap lak tu telur ikan ker hurmmm boleh hantar sini sebungkus...

    ردحذف
    الردود
    1. apa lagi Duta...order cepat!
      murah jer!
      portion dia okay! kenyang makan! sedar-sedar tertidur kekenyangan :)

      حذف
  4. Hari tu baru try mentai rice..sedap rupanya..ni kalau dekat dah order dah nj

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      mula-mula Hans nak makan pun macam cuak...bila dah makan panas-panas sedap pula!
      itu order kali kedua nih :)

      حذف
  5. Omggg dapnya mentai ni mmg fav sy ble g japanese resto tp kecikk haaa ni puas hatiii !!!

    ردحذف
  6. Omggg dapnya mentai ni mmg fav sy ble g japanese resto tp kecikk haaa ni puas hatiii !!!

    ردحذف
  7. Semua nampak sedap la Hans. Harga pon berbaloi la dengan makanan .. blh try jugak la nanti ..

    ردحذف
  8. First time tahu pasal Mentai ni. Banyak pilihan ye. Nanti ada kesempatan bolehlah cuba. Teringin nak try Chuka Menta tu . Yumms

    ردحذف
  9. Nampak sedap ni. Boleh cuba nanti.

    ردحذف
  10. Cookies bar dia sgt on . Sedapnya tgk

    ردحذف
  11. Sedapnya!! Tak pernah lagi makan..boleh la cuba benda baru. Sini ada mentai shushi je.

    -anakdenesor-

    ردحذف
  12. Aduhai...mouth watering ni...akak nyer fav...dh la kat seremban xde ha...

    ردحذف
    الردود
    1. hah...nanti datang sini kena gi beli
      puas hati makan nanti

      حذف
  13. alah3… ingatkan mentai tu apa laa.. sis tak pernah makan lagi… teringin pulak nak try

    ردحذف
  14. Tak pernah rasa mentai. tapi nampak menyelerakan sgt ni. terus autolapar bila tengok.

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      nanti cuba
      so far dua kali Hans makan memang puas hati!

      حذف
  15. Kena try ni..tgk gmbr dah sedap ni..

    ردحذف
  16. Wow, menarik betul menu yang disediakan.. nanti boleh la cuba menu² nie...

    ردحذف
  17. Wow, menarik betul menu yang disediakan.. nanti boleh la cuba menu² nie...

    ردحذف
  18. nasiblah i jauh, kalau tak memang nak beli jugak ni 😭😭

    ردحذف
  19. Waaaaaaa nampak menarik fan sedap... tak penah cuba lagi ni..

    ردحذف
  20. Baru taw menu niii. Nampak sedappp tu. Kalau dekat boleh cuba rasa..

    ردحذف
    الردود
    1. nanti ada peluang rasa cuba lah beli
      sedap owhhh
      puas hati makan

      حذف
  21. wahh teringin cuba yang salmon. nampak sedap betul!

    ردحذف
    الردود
    1. sedap tau Salmon
      rasa betul isi ikan salmon tu masa makan
      nikmat!

      حذف
  22. Tak pernah try.. tapi nampak menarik tu...

    ردحذف
  23. Semua nampak sedap. Tak pernah try lg. Nampak menarik tp available area selangor jelah

    ردحذف
    الردود
    1. Selangor dan KL
      kawasan lain tak pasti pula.
      cuba try tanya diorang nanti.

      حذف
  24. Its time bie dengar pasal mentai ni. Tq for sharing 👍

    ردحذف
  25. Cookies bar tu nampak sedap betul. Nanti nak try hehehhe

    ردحذف
  26. Tak reti sangat makan makanan macam nie tapi cookies tu nampak sangat yummeh 😍😍😍

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe..cuba lah try makan Mentai tu.
      dalam dia nasi juga.
      cookies tu memang sedap!

      حذف
  27. First time tahu pasal Mentai ni. Macam sedap je rupa dia haha

    ردحذف
    الردود
    1. bukan rupa jer sedap.
      rasa dia pun lazat
      try lah order nanti.

      حذف
  28. Sedapnyaaa tengok..tapi tu lah jauh

    ردحذف
  29. Tak pernah makan mentai, teringin plak nak rasa.

    ردحذف
    الردود
    1. cuba lah rasa
      confirm berebut dengan anak-anak nanti :)

      حذف
  30. memang sedap ni....

    jemput singgah sini https://saripkay.com/

    ردحذف
  31. Menarik. Tak pernah makan makanan Jepun yang macam ni.

    ردحذف
  32. menarik nya. nampak sgt sedap!!!
    kalau dekat2 sini ada jual, sure aida oder dah, hans.

    ردحذف
  33. Salam perkenalan.Setakat ni akak pernah try empire sushi dengan sushi aeon jer😂.nak try yang ni jauh beno pulak kat selangor.

    ردحذف
  34. Sejujurnya ai bukan peminat telur ikan, tapi kalu dah tgk mcm sedap, confirm kena cuba

    ردحذف
    الردود
    1. lapisan atas tu guna telur ikan..tapi tak rasa telur ikan pun...rasa dia unik yang sedap :)

      حذف
  35. Ni klau aku wife buat kan tak taulah kalau dia nak buatkan..nak pergi tak boleh rentas negeri...

    filem10minit.blogspot.com
    Filem Seram Pendek

    ردحذف
  36. Sedap pulak tengok mentai tu. Nampak menarik

    ردحذف
  37. sedappnyaaa yummy boleh orderrr ni 👍👍🌈

    ردحذف
  38. Ishhhh buat kita lapar jer hahaha, jap nak check their menu.

    ردحذف
    الردود
    1. macam-macam menu dia ada
      order jer mana yang U rasa nak cuba
      confirm puas hati

      حذف
  39. nampak sedap....xpernah try lagi....benda alah nama mentai ni pun bru pertama kali dgr...jap nak gugel....hehehe...

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      google lah
      lepas tu sila order dan rasainya sendiri

      حذف
  40. nampak sedap ni... busyra tak pernah cuba lg.

    ردحذف
  41. Dekat jugak dengan area rumah
    Boleh order nanti

    ردحذف
  42. Nampak sedap semuanya! Boleh try ni... Tak pernah cuba lagi before this!

    ردحذف
  43. Wow laparnya nampak mentai tu. Saya memang peminat makanan Jepun!

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      wajib cuba kalau memang minat makanan jepun
      sedap sangat

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم