Mudah Memasak Dengan Sambal Tumis Serbaguna Dan Daging Asam Bella Meals

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang mudahnya memasak dimasa kini dengan menggunakan produk Sambal Tumis Serbaguna dan Daging Asam daripada Bella Meals. Menariknya buat pertama kali di dalam hidup Hans memasak Sambal Sotong Petai menggunakan Sambal Tumis Serbaguna ini. Alhamdulillah hasilnya menjadi, lazat dan mendapat pujian rakan-rakan yang menikmatinya.



Kalau Hans yang setahun sekali masuk dapur pun berjaya memasak dan menyediakan sambal sotong petai dengan jayanya menggunakan produk Sambal Tumis Serbaguna ini, Hans yakin anda juga pasti mampu memasak dengan lebih sedap menggunakan produk daripada Bella Meals yang berkualiti ini. Paling penting produk-produk yang dijual oleh Bella Meals ini adalah halal.



Sekarang memang mudah nak memasak. Pilih sahaja nak memasak sambal sotong, sambal udang, sambal ikan bilis mahu pun sambal telur, semuanya mudah dengan adanya Sambal Tumis Serbaguna ini. 



Cara nak memasak sambal sotong petai menggunakan sambal tumis serbaguna ini pun sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah dibawah:

1) Panaskan sambal tumis serbaguna ini di atas kuali sehingga sambal tumis pecah minyak.

2) Masukkan sotong, udang, telur atau ikan bilis ke dalam kualiti. Masak dalam 3 hingga 5 minit.

3) Kemudian masukkan biji petai ke dalam masakan. Kacau sehingga sebati. Masak dalam 3 hingga 5 minit lagi.

4) Sedia untuk dihidang di atas meja.



Mudah kan? Jadi, disini Hans kongsikan ulasan jujur Hans untuk produk Sambal Tumis Serbaguna daripada Bella Meals ini:
1) Rasa sambal memang sedap. Hans sangat berpuas hati sebab sambalnya memang pekat dan tiada campuran air. 
2) Pek bungkusan yang kecil sangat membantu Hans untuk menyimpan sambal tumis ini di dalam peti sejuk. Sangat jimat ruang!
3) Sambal Tumis Serbaguna ini diakui memang tahan lama. Jadi, anda tidak perlu risau jika bukannya seorang yang kerap ke dapur untuk memasak.
4) Harga produk ini sangat berpatutan dengan kualiti dan kuantiti sambal tumisnya.


Selain itu, Hans juga tertarik dengan produk Daging Asam yang dijual oleh Bella Meals ini. Secara jujurnya, ini adalah pertama kali Hans mendengar tentang menu Daging Asam dan sememangnya Hans teruja untuk menikmati menu unik ini. 


Cara penyediaan Daging Asam ini juga sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah dibawah:

1) Nyahbeku (defrost) Daging Asam terlebih dahulu.

2) Panaskan daging asam di atas kuali dengan api yang sederhana.

3) Masak daging asam dalam 5 hingga 8 minit bergantung kepada citarasa tekstur daging anda.

4) Boleh juga dimasak bersama cendawan atau sayur hijau jika anda suka.

5) Sedia untuk dihidang di atas meja.



Sangat mudah menyediakan menu lazat ini kerana Daging Asam tersebut sememangnya sudah disiapkan dengan perapannya seperti bawang, cili, asam dan sebagainya. Jadi, anda hanya perlu panaskan sahaja. Hans kongsikan ulasan jujur untuk produk Daging Asam daripada Bella Meals ini:
1) Buat sesiapa yang sukakan rasa yang masam-masam seperti tomyam pasti akan menyukai hidangan Daging Asam yang menarik ini. Tips Hans ialah anda mesti makan daging asam ini bersama nasi putih yang sedang panas. Memang surrr!
2) Sangat mudah untuk dimasak dan disediakan kerana daging asam ini sudah lengkap dengan semua bahan dan rempah ratusnya.
3) Produk daging asam ini sangat mudah disimpan, di nyah beku dan dimasak kerana saiz bungkusannya yang kecil dan berkualiti tinggi.
4) Kuantiti isi daging di dalam setiap paket memang berbaloi dengan harga jualannya.



Serius anda semua yang sedang membaca sekarang wajib beli dan rasai sendiri keenakan Sambal Tumis Serbaguna dan Daging Asam daripada Bella Meals. Hans yakin anda pasti tidak akan akan menyesal kerana setiap produk mereka memang mudah digunakan dan menawarkan rasa yang tidak mengecewakan. 



Dibawah Hans kongsikan info dan laman sosial sebagai rujukan anda untuk memudahkan urusan tempahan dan pembelian. Selamat menjamu selera!


❤️SYARIKAT:
Bella Meals

PRODUK & HARGA:
Sambal Tumis Serbaguna (RM8.50)
Daging Asam (RM14) 
.
🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞WHATSAPPS:

Instagram:

Facebook:



18 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. senang nak masak kalau gini …pantas!!

    BalasPadam
  2. sedap tu boleh mkn segera c8ma masak nasi ja kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. daging asam tu memang masak terus jer
      then makan dengan nasi
      hehehe

      Padam
  3. Wah memasak menjadi mudah la sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah sangat
      sebab tu kalau sekarang ada yang malas masak lagi tak tahu lah nak kata apa
      hehehe

      Padam
  4. Wajib simpan ni... Kadang dtg malas nak blend cili nak masak bg elok.

    BalasPadam
  5. Wow nampak sedap and cara nak masak pun senang, boleh lah try.

    BalasPadam
  6. Senang dan mudah. Memang sangat praktikal

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      praktikal betul sebab mudah
      tak perlu blender dah
      hehehe

      Padam
  7. wah senangnye... sngat praktikal ni.. mudah juga bawa kemana²...

    BalasPadam
  8. Lepas ni boleh rasa air tangan Hans masak bila nak jemput ker rumah ni dekat jer kan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      setahun sekali je aku masak Maha
      hahahaha

      Padam
  9. Senang kerja masak bila ada ready made pes sambal. Jadi rajin memasak pun ye jugak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama