Pengalaman Hans Sebagai Seorang Blogger

Hans Hanis merupakan seorang blogger yang memulakan laman sesawang hanshanis.com ini pada tahun 2012. Bermula sebagai sebuah medium untuk sekadar memberi komen kepada blog orang lain sebelum mula berkembang mengikut arus pemikiran si pemiliknya dari tahun ke tahun sehingga bukan sekadar dibaca oleh pelbagai lapisan umur tetapi turut membantu ramai orang di luar sana yang menjalankan pelbagai perniagaan sama ada kecil mahu pun besar.


Permulaan Awal Blog
Hans memulakan blog HansHanis.com ini dengan perkongsian kisah-kisah kehidupan sendiri, pengalaman zaman lampau serta berkongsi pandangan tentang isu-isu semasa. Blog ini kemudiannya mula menambah topik-topik lain yang menjadi kegemaran ramai seperti kisah lucu, komik yang dihasilkan oleh Hans sendiri serta ulasan-ulasan filem yang ditulis secara amatur. Siapa sangka minat Hans menulis ini mula mendapat perhatian ramai pembaca yang lain serta orang-orang yang terlibat di dalam industri drama dan perfileman untuk mula menghantar email kerana ingin bekerjasama dengan Hans.

Impak Blog Terhadap Kehidupan
Semakin lama Hans mula memperkembangkan penulisan blog ini kepada perkara-perkara yang Hans minati seperti makanan, pelancongan, kerja amal dan pelbagai lagi. Menariknya apabila perkara-perkara ini telah berjaya menemukan Hans dengan ramai individu lain yang bukan sahaja tinggal di Malaysia tetapi juga di Brunei, Indonesia dan pelbagai negara lain. Kelompok kenalan Hans juga bertambah kepada pelbagai lapisan umur dan bangsa yang berjaya melatih Hans untuk mempunyai kemahiran komunikasi yang versatil serta mendapat ilmu percuma apabila berlakunya sesi pertemuan dengan mereka sewaktu di majlis atau sebarang lawatan. Blog juga berjaya melatih Hans untuk bukan sekadar tahu menulis tetapi bijak di dalam mengambil gambar, menyunting video dan sentiasa kreatif untuk menghasilkan artikel-artikel menarik yang seronok untuk dibaca oleh pembaca blog.


Blog Merupakan Medium Pemasaran Yang Relevan Sehingga Kini
Ramai pihak yang bertanya Hans adakah blog masih relevan pada hari ini? Jawapannya ialah Ya! Blog telah terbukti berjaya membantu melebarkan rezeki ramai pihak terutamanya usahawan-usahawan di luar sana yang mendapatkan perkhidmatan menulis blog secara percuma mahu pun berbayar. Hans masih ingat bagaimana penulisan Hans di blog ini berjaya membantu dua rakyat Indonesia yang tinggal di Bandung dan Padang untuk memperkembangkan perniagaan mereka sehingga menjadi pilihan rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana. Hans juga sangat gembira apabila penulisan Hans berkaitan pelancongan menjadi rujukan ramai untuk mereka yang merancang bercuti atau berkunjung ke sesuatu tempat yang dihajatkan. Begitu juga dengan usahawan-usahawan produk makanan yang cukup gembira apabila hasil jualan perniagaan mereka mencanak naik selepas para pelanggan mereka menemui ulasan Hans yang berkongsi tentang produk makanan mereka di blog ini.

Blog Mampu Menyampaikan Pandangan Anda Secara Positif
Hans dapat menyampaikan sesuatu pandangan di dalam blog dengan cara yang ilmiah tanpa dipengaruhi oleh emosi yang melampau. Tulisan merupakan gambaran sikap si pemiliknya dan bagaimana kuasa sesebuah tulisan itu lebih mampu difahami dan dicerna dengan lebih oleh si pembacanya wajar dilihat dengan teliti. Setiap ulasan yang ditulis semestinya harus jujur serta cuba menyentuh sisi baik yang boleh dikembangkan agar penulisan kita sentiasa membawa aura positif ke dalam kehidupan.


Blog Menjana Pendapatan Sampingan
Blog sememangnya diakui mampu menjana pendapatan sampingan tetapi ianya turut bergantung kepada jenis blog tersebut. Pendapatan ini juga bukan sekadar di dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dari sudut amal jariah kerana penulisan Hans mampu membantu ramai pihak di luar sana sama ada secara sedar atau tidak. Hans menjadikan blog sebagai satu alternatif bantuan buat mereka yang ingin mencari sesuatu yang menarik tentang makanan, tempat pelancongan, filem, produk serta gaya kehidupan yang ingin mereka ketahui. Pada masa yang sama, pihak-pihak yang ingin mendapat perhatian para pembaca pula telah bekerjasama dengan Hans di dalam mempromosikan barang mereka. Jadi, pendapatan sampingan dapat dijana disini dan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Kepuasan Menjadi Seorang Blogger
Memilih menjadi seorang blogger merupakan satu keputusan yang tepat buat Hans kerana hobi Hans menulis berjaya dikembangkan sehinggakan ianya memberikan pelbagai faedah dan kelebihan di dalam hidup Hans sehingga kini. Kepuasan ini datang apabila Hans melihat blog Hans masih menjadi pilihan ribuan pembaca yang berkunjung pada setiap hari. Kepuasan ini juga tercetus apabila melihat ramai insan yang berubah hidupnya melalui penulisan Hans. Kepuasan ini juga datang apabila banyak perkara yang Hans teringin lakukan dapat direalisasikan melalui peluang yang diperoleh daripada kekuatan blog itu sendiri. Itulah kepuasan yang cukup hebat buat sesiapa yang bergelar blogger.


Hans Hanis suka menulis mengenai makanan, pelancongan, filem, produk dan kerja amal untuk membantu orang lain melalui blog ini. Walaupun sibuk dengan kerjaya lain, Hans sangat gembira apabila berjaya berkongsi sesuatu dengan para pembacanya di blog yang sudah menjangkau usia 13 tahun ini. Para pembaca juga boleh membaca kisah menarik berkenaan blogger serta influencer di negara luar melalui pautan dibawah:




27 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. salam perkenalan hans.Akak baru jer berjinak2 balik dengan dunia blogger ni.Jemput singgah blog akak https://syuderis.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan juga
      baik saya terjah sekarang :)

      Padam
  2. tahniah moga terus sukses sbg blogger

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. hai
      hehehehe
      itulah kan...busy semenjak dua menjak nih

      Padam
  4. Semoga terus sukses sebagai seorang blogger :)

    BalasPadam
  5. Secara jujurnya, best jadi blogger.. tapi dulu tulis sesuka, ikut emosi diri je bila update... Tiga empat tahun ni baru ada perubahan.. Gitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes..seronok sebab macam-macam benda dan peluang boleh dapat :)

      Padam
  6. Memang seronok buat jaringan persahabatan melalui blog. Saling kunjung-mengunjungi di alam maya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...bila dah jumpa depan2 lagi best...hahahaha

      Padam
  7. semoga terus rajin mencetus kan idea2 kat blog yea Hans

    BalasPadam
  8. Terbaik..dengan berblog ni dapat macam-macam kebaikkan dan juga kelebihannya.
    Semoga terus konsisten menulis di blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      kena curi-curi masa juga sekarang :)

      Padam
  9. Terbaik hihihi akak pun gak tulis entri mcm ni ,,, hihihi

    BalasPadam
  10. tahniah hans.. kakmim dh lama tinggalkan dunia blog ni.. xde niat nk dpt pasif income pun saja² je.. tp skrg seronok tgk org dpt pasif income dpd blog... asalkan rajin je kan?

    BalasPadam
  11. hebat Han...kak mieja tumpang bangga.....:)

    BalasPadam
  12. 13 tahun dah Hans jadi blogger .. Memang respect sebab Hans rajin & konsisten bab update blog.. Harap Hans boleh kongsi tip untuk jadi blogger yang berjaya macam Hans 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha biasa-biasa jer
      tapi tu lah..tak sangka dah 13 tahun masih berblog.
      blog pun dah berubah jadi macam-macam fasa dah..haha

      Padam
  13. Tahniahh semoga berjaya dlm dunia blogging

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama