Pengalaman Hans Terima Suntikan Vaksin Sinovac

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan pengalaman Hans menerima suntikan vaksin Sinovac pada 2 Julai 2021 yang lepas bertempat di KLCC Convention Centre.



Alhamdulillah Hans menerima pesanan ringkas (SMS) pada pukul 2 petang yang menyatakan temujanji vaksin yang berlangsung pada pukul 2 petang. Memang Hans macam lipas kudung sediakan barang-barang yang diperlukan dan cepat-cepat hubungi Grab Car untuk menuju ke sana. Antara barang-barang wajib yang anda perlu bawa ke lokasi suntikan vaksin anda ialah:

1) Kad Pengenalan

2) Telefon Yang Mempunyai Data Internet Yang Aktif

3) Pen Yang Mempunyai Dakwat

4) Pelitup Muka

5) Ubat-Ubatan (Jika Perlu) 


Hans tiba di kawasan pertama pada pukul 4 petang setelah pemandu Grab Car kerap terlepas atau tersalah simpang. Hans disambut dengan mesra oleh pegawai atau sukarelawan yang terlibat dimana mereka kerap bertanya adakah Hans datang untuk mengambil vaksin atau sebaliknya. Disini boleh dikatakan majoriti pegawai yang terlibat sangat ramah dan mesra yang mana faktor ini membuatkan Hans berasa tenang dan selesa. Cuma ada seorang pegawai yang mempersoalkan kenapa Hans sampai lambat sedangkan temujanji di My Sejahtera pada pukul 2 petang. Maaf lah kalau Hans tertinggi suara sedikit sebab kalau dah dapat mesej pun pada pukul 2 petang macam mana nak sampai tepat pada pukul 2 petang. Hans bukan ada kuasa adiwira boleh nak datang sepantas kilat. Jadi, terdiam sekejap pegawai tersebut.



Selepas itu, Hans menuju ke kawasan kedua dimana disini setiap individu yang datang akan diasingkan berdasarkan tiga laluan yang berbeza yang sudah ditetapkan. Info ini boleh dilihat pada aplikasi MySejahtera anda. Inilah sebabnya kenapa anda wajib membawa telefon yang mempunyai data internet yang aktif untuk memudahkan urusan ini. Setiap laluan mempunyai pegawai dan sukarelawan yang bertugas untuk memberi dua keping Borang Persetujuan Vaksin Covid-19 kepada anda untuk diisi.



Hans kemudian memasuki kawasan ketiga yang merupakan dewan dimana ianya berfungsi sebagai ruang menunggu. Di kawasan ini, Hans perlu mengisi Borang Persetujuan Vaksin Covid-19 yang mempunyai dua halaman bercetak dimana halaman hadapan di dalam versi Bahasa Melayu dan halaman belakang pula di dalam versi Bahasa Inggeris. Hanya isi satu halaman sahaja pada setiap borang tetapi jangan tandatangan dahulu kerana ianya perlu ditandatangan di hadapan doktor yang berurusan dengan anda nanti. Disini pentingnya untuk anda membawa pen sendiri yang mempunyai dakwat supaya tidak perlu bersusah payah meminjam atau menyentuh pen yang sudah disentuh oleh pengguna sebelumnya.  

 


Proses menunggu berlangsung dengan sangat pantas, teratur dan efisyen. Hans tidak perlu menunggu terlalu lama untuk dibawa ke kawasan keempat dimana Hans bertemu dengan pegawai yang bertugas. Disini mereka akan bertanya tentang maklumat diri kita untuk pengesahan dan sebagainya sebelum meminta kita mengimbas kod di hadapan meja menggunakan aplikasi MySejahtera. Jadi, sekali lagi Hans ingatkan agar anda memastikan telefon anda mempunyai data internet yang aktif. Alhamdulillah proses berjalan dengan sangat lancar dan pantas.



Selepas itu, Hans dibawa ke kawasan kelima pula dimana disini Hans serta seorang lagi individu akan dibawa berjumpa dengan doktor atau pegawai perubatan yang bertugas untuk mengesahkan tentang status kesihatan serta mengenal pasti alahan atau penyakit-penyakit lain yang kita alami. Apa yang anda perlu lakukan cuma menjawab setiap soalan dengan jujur kerana disini mereka ingin memastikan vaksin apa yang bersesuaian dengan tubuh kita. Doktor atau pegawai perubatan yang terlibat akan memberitahu vaksin apa yang anda akan dapat sebentar lagi dan menyatakan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku selepas menerima suntikan vaksin dan apa yang perlu dilakukan apabila gejala-gejala yang diberitahu berlaku.



Kemudian Hans tiba di kawasan keenam yang merupakan tempat untuk pemberian vaksin. Tidak lama menunggu giliran dan akhirnya tiba giliran Hans untuk menerima suntikan. Doktor yang bertugas akan menunjukkan jarum yang berisi vaksin yang anda terima. Seperti Hans yang menerima vaksin Sinovac, doktor terbabit memberitahu jenis vaksin dan menunjukkan berapa jumlah ML yang ada di dalam jarum sebelum menyapu ubat kebas di kawasan yang akan disuntik. Hans memang langsung tidak merasa sebarang kesakitan sewaktu dicucuk dan waktu anda dicucuk terasa sangat singkat. Baru nak bernafas tiba-tiba dah siap semuanya! Memang terbaik lah doktor yang bertugas. Pastikan anda tidak memakai baju yang ketat supaya mudah untuk menyelak baju di bahagian lengan. Mudahkan urusan doktor dan petugas yang terlibat!



Hans seterusnya dibawa ke kawasan ketujuh yang merupakan ruang untuk anda duduk dan merehatkan badan anda selama 30 minit. Tujuannya untuk memastikan tubuh anda bebas daripada sebarang gejala yang berbahaya sebelum anda menerima pas buku suntikan kali kedua anda. Nombor anda akan dipanggil dan pegawai yang terlibat akan menerangkan serba sedikit tentang temujanji akan datang.



Kawasan kelapan yang merupakan kawasan terakhir yang anda perlu pergi ialah Photo Booth atau tempat bergambar. Tidak wajib tetapi apa salahnya bergambar untuk jadikan kenangan yang terindah. Ada rakyat negara lain yang cemburu dengan rakyat Malaysia kerana kita boleh bergambar selepas mengambil vaksin. Jadi, pilihlah kawasan bergambar yang kena dengan citarasa anda dan bergambar lah dengan selesa disitu.


Alhamdulillah kerana segala urusan berjalan lancar. Berkaitan dengan kesan sampingan yang dialami pula, setiap individu mempunyai gejala yang berbeza. Hans sendiri merasai beberapa gejala ringan seperti:

1) Mengalami keadaan kebas di seluruh tangan kiri yang merupakan tempat suntikan vaksin Sinovac tetapi ianya berkurangan sedikit demi sedikit sebelum kembali pulih seperti biasa.

2) Badan berpeluh walaupun berada di tempat yang sejuk tetapi ianya hanya seketika.

3) Terasa lapar sehinggakan berselera untuk makan macam-macam makanan selepas itu. Serius memang rasa lapar. Hahaha!

4) Terasa dahaga dan memang kerap minum air pada hari Hans disuntik.


Selera Makan KFC :)

Alhamdulillah kerana setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Jika anda mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti demam dan sebagainya boleh mengambil paracetamol atau panadol. Anda juga boleh terus ke klinik atau hospital terdekat untuk membuat pemeriksaan jika ada kesan sampingan lain. Jadi, jangan takut untuk divaksin kerana secara tidak langsung anda membantu menyelamatkan orang-orang di sekeliling anda dan mewujudkan imuniti sihat selepas ini. Pastikan anda jangan mensia-siakan panggilan vaksin yang anda terima kerana ramai diluar sana yang mengharapkan mereka diberi vaksin secepat mungkin tetapi tidak berpeluang menerimanya lebih awal seperti anda. Selamat bervaksin! 


10 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Alhamdulillah bangun tido harinih , Rasa okay... Dah X lapo gile mcm semlm. Huhhhu

    ردحذف
  2. Alhamdulillah dh selesai divaksin kak baru ambik dose 1

    ردحذف
    الردود
    1. sama lah...Hans baru dos pertama
      dos kedua 23 julai nanti

      حذف
  3. Terima kasih atas perkongsian yang terperinci tentang pengalaman Hans semasa divaksin. PH hairan kenapa Hans tak terima notis lebih awal. Kesian Hans terpaksa bergegas ke sana. Anyway syukurlah proses pemberian vaksin berjalan lancar dan Hans tak mengalami gejala yang teruk. PH pun dah dapat vaksin dos pertama dan gejala yang PH alami ialah sakit pada tapak suntikan, lapar (hah..hah...), dahaga, sakit otot dan terasa letih. Semoga lebih ramai lagi rakyat Malaysia mendapat suntikan vaksin!

    ردحذف
    الردود
    1. itulah tak tahu kenapa lambat dapat notis tetapi syukur sangat sebab dah dapat vaksin :)

      حذف
  4. alhamdulilah, tahniah, akak aboh,nenek dah selesai dos kedua, tggu ma n mil dos ke dua pulak ni bulan ni gak.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم