Rabu, 24 November 2021

5 Sebab Anda Wajib Beli 50 Jenis Pes Masakan Aida's Kitchen Daripada Dapur Kak Aisya

Rabu, November 24, 2021 4

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang tidak sabar ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan produk-produk Pes Masakan Aida's Kitchen daripada Dapur Kak Aisya yang berjaya membuatkan Hans berasa cukup berpuas hati dengan kelazatan makanan yang terhasil setelah menggunakan Pes Masakan Aida's Kitchen ini. Untuk makluman semua, terdapat lebih daripada 50 Jenis Pes Masakan Aida's Kitchen yang boleh anda dapatkan dan cuba di dapur rumah anda. Banyak kan?



Hans berpeluang untuk menggunakan Pes Masak Merah serta Pes Kari Ayam Dan Daging Mamak di dalam masakan sewaktu menyediakan hidangan tengahari Hans pada bulan Nobember ini. Hans pada mulanya agak skeptikal juga kerana risau takut hidangan Hans menjadi terlampau manis atau masin berdasarkan pengalaman menggunakan pes-pes yang dibeli di pasaraya sebelum ini. Tetapi, Alhamdulillah Hans memang terkejut kerana Pes Masakan Aida's Kitchen ini berjaya membuatkan rasa makanan yang Hans masak seimbang. Tidak perlu tambah garam atau gula lagi. Setiap rasanya adalah seimbang bergantung kepada pes masakan yang digunakan.


Hans Guna Pes Kari Ayam & Daging Mamak

Fuhhhh!! Memang Padu Pergi Dia Wehhhh!!

Hans Gunakan Pes Masak Merah! Meriah Peha Ayam Dalam Kuali Kan? Hehehe!

Serius Sedap Gila Bak Hanggg!!! Layan Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Tau!

Secara jujurnya, Hans akui rasa hidangan menggunakan Pes Masakan Aida's Kitchen sangat menarik. Hans gunakan Pes Masak Merah untuk menyediakan menu Ayam Masak Merah dan hasilnya memang mengagumkan. Rasa seperti makan makanan yang disediakan oleh kaum ibu di rumah. Selain itu, Hans menggunakan juga Pes Kari Ayam Dan Daging untuk menyediakan hidangan kari daging kesukaan Hans. Fuhhh!! Memang terangkat beb! Hans cuma tambah ubi kentang sahaja dan hasilnya memang menambah nasi lah selalu. Hahaha! 



Jadi, dibawah Hans senaraikan 5 Sebab Anda Wajib Beli Pes Masakan Aida's Kitchen ini iaitu:

1) Sangat memudahkan urusan anda di dapur. Tidak perlu bersusah payah nak sediakan bahan-bahan kisar. Tidak perlu berpenat lelah nak tumbuk bahan-bahan masakan dalam lesung bantu. Tidak perlu melakukan kerja renyah nak cuci blender! Semuanya dah siap sedia di dalam setiap pek pes ini. Anda cuma perlu buka dan masak sahaja. Mudah kan?

2) Paling menarik ialah masakan anda boleh siap secepat 15 minit. Maklumlah sebab dah langkau banyak langkah-langkah awal proses pra memasak atau dengan perkataan yang lebih tepat ialah penyediaan bahan-bahan masakan. Tambah-tambah kadang-kadang anak nak makan hidangan lain. Si suami nak makan benda lain. Si isteri pun ada makanan lain yang dia teringin nak makan. Jadi, dengan 15 minit memang macam-macam masakan boleh dimasak. Memang tak penat lah lepas nih bila berada di dapur sebab tidak perlu berdiri lama-lama. Hehehe!

3) Setiap pek pes ini menawarkan saiz hidangan antara 5 hingga 8 orang. Jadi, memang sesuai sangat untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Buat keluarga yang kecil mahu pun bujang juga ada kelebihan. Boleh masak untuk makan tengahari dan malam sekaligus. Untuk mereka yang bujang pula kalau bijak boleh simpan dalam bekas kecil dan buat stok makanan untuk hari esok dan lusa di dalam peti sejuk beku. Jimat belanja!  

4) Harganya pun bagi Hans sangat berpatutan. Bayangkan kalau nak beli bahan masakan seperti bawang, cili dan sebagainya pun mengambil kos yang agak banyak juga. Jadi, untuk satu pek pes yang boleh digunakan untuk menyediakan masakan untuk kuantiti yang besar adalah sangat berbaloi bagi Hans.

5) Paling penting rasa makanan memang lazat apabila menggunakan pes ini. Rasa manis, masin mahu pun masam adalah seimbang. Kadang kala ada pes yang kita beli diluar terlampau manis atau masam tetapi tidak untuk Pes Masakan Aida's Kitchen. Hans dah guna kedua-dua pes dan alhamdulillah kedua-dua hidangan yang dimasak menepati citarasa Hans. Alhamdulillah!


Hans juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Kak Aisya dan pasukannya kerana usaha mereka untuk membawa Pes Masakan Aida's Kitchen pasaran luar negara seperti Dubai dan United Kingdom wajar disokong. Memang bukan calang-calang usaha mereka ini dan Hans yakin jika mereka menembusi pasaran disana pasti nama pes masakan ini akan disebut-sebut dan menjadi pilihan warga Malaysia mahu pun warga tempatan yang berada di sana. 


Jadi, Hans memang tak rasa risau langsung untuk war-warkan kehebatan Pes Masakan Aida's Kitchen yang terbukti telah berjaya menjadikan makanan yang dimasak bertambah lazat dan memberi pengalaman makan yang menakjubkan. Buat anda yang teringin untuk mencuba, Hans kongsikan info laman sosial dibawah untuk memudahkan anda semua menghubungi pihak mereka bagi urusan pembelian:

   

❤️PRODUK:
Pes Masakan Aida's Kitchen

🛣️ALAMAT:
Keramat, Kuala Lumpur.

HARGA 1 PEK:
RM18.00

PROMOSI NOVEMBER 2021:
RM15.00 Untuk 1 Pek

🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞Pembelian Di Shopee:

Instagram:

Facebook:

#AidaKitchenKL #AidaKitchengCookingPaste #DapurKakAisya #PesMasakanSegera


Selasa, 16 November 2021

Cegah Segera Penyakit Kanser Dengan Bantuan New Normal Same Cancer

Selasa, November 16, 2021 1
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk kali ini Hans sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua tentang New Normal Same Cancer yang merupakan satu laman sesawang yang sangat bagus buat rakyat Malaysia terutamanya buat mereka yang sangat cakna dengan perihal penyakit kanser untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan seperti:

1) Ujian saringan kanser secara percuma untuk sesetengah jenis kanser.

2) Talian hotline yang beroperasi 24 jam setiap hari yang akan dijawab oleh pakar-pakar untuk membantu menjawab persoalan anda berkaitan masalah kanser.

3) Baucar-baucar diskaun dari 40% hingga 60% yang boleh dimuat turun untuk kegunaan anda.

Majlis Perasmian New Normal Same Cancer

Untuk makluman semua, sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara kita yang tercinta hampir 2 tahun ini telah menyebabkan pengidap kanser mengalami kesukaran untuk pergi ke hospital kerana kebanyakan hospital memberi tumpuan kepada para pesakit Covid-19 yang telah membanjiri keseluruhan hospital di seluruh negeri di Malaysia. Disebabkan masalah ini juga menyebabkan pesakit gagal untuk melakukan pemeriksaan kesihatan atau 'check up' yang menyebabkan sebahagiannya mengalami peningkatan tahap kanser yang tidak sepatutnya berlaku. Selain itu, para pesakit kanser juga sukar mendapatkan rawatan disebabkan masalah Covid-19 serta masalah kewangan yang melanda sebahagian besar mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

Perkongsian Menarik Berkaitan Penyakit Kanser

Lebih menyedihkan apabila pihak kesihatan mendapat terdapat masalah terbaru yang cukup menakutkan apabila kebanyakan orang awam yang datang untuk membuat saringan awal tetapi sebenarnya sudah terlewat apabila kebanyakan mereka mengidap penyakit kanser yang sudah melepasi tahap 3 dan tahap 4 dimana ianya sangat sukar dirawat.

Jadi, Hans sangat tertarik dengan usahasama antara pihak AstraZeneca Malaysia yang berganding bahu dengan hospital-hospital swasta di seluruh Malaysia dengan menyediakan satu inisiatif bagi membantu orang awam untuk melakukan saringan awal agar dapat di diagnosis dengan lebih cepat untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai tanda-tanda atau gejala kanser awal agar mudah dirawat dengan segera.

Sesi Soal Jawab Berkaitan Penyakit Kanser

Hans sangat tertarik dengan ucapan Dr Sanjeev Panchal yang merupakan Presiden AstraZeneca Malaysia sebentar tadi yang ingin membuka mata rakyat Malaysia untuk kembali peka terhadap masalah kanser disamping ingin menghilangkan persepsi ketakutan orang awam yang takut untuk berkunjung ke hospital gara-gara virus Covid-19. Menurut beliau, kajian menunjukkan bahawa 1 orang daripada setiap 4 orang di Malaysia mengidap penyakit kanser dan ini bukannya satu perkara yang boleh dibuat remeh. Jadi, perlunya rakyat Malaysia tidak mengira lapisan umur untuk melakukan saringan awal bagi mengelakkan mereka mengidap kanser pada tahap kritikal iaitu tahap 3 dan tahap 4.

Majlis Turut Diserikan Dengan Kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali

Hans juga turut terkejut apabila mendapat tahu info yang pada Hans sangat bagus dimana ianya dikongsikan oleh Dr Anand Sachitanandan yang merupakan Co-founder dan President of Lung Cancer Network Malaysia (LCNM). Menurut beliau, kanser paru-paru merupakan kanser yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia dan peratusan untuk pesakit kembali pulih dan selamat adalah sangat rendah. Jadi, beliau sangat menyarankan agar rakyat Malaysia melakukan saringan awal agar mereka yang mengidap kanser pada tahap 1 dan tahap 2 dapat dibantu kerana peluang untuk pesakit kanser yang berada di tahap ini untuk sembuh adalah sangat cerah.

Perkongsian Menarik Daripada Cik Selvarani Yang Merupakan Cancer Survivor

Hans juga dengan sukacitanya ini berkongsikan beberapa info menarik disini untuk rujukan para pembaca iaitu:

1) Pesakit yang menghidap kanser tahap 1 dan tahap 2 tidak mempunyai atau menunjukkan sebarang tanda atau gejala kanser. Jadi, keperluan untuk kita semua pergi ke hospital dan membuat saringan awal untuk memastikan kita bebas daripada kanser adalah sangat wajar.

2) Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang merokok juga sangat digalakkan untuk membuat saringan walaupun tidak merokok kerana peratusan mereka yang tidak merokok tetapi menghidap kanser paru-paru adalah setinggi 25 peratus.

3) Kajian menunjukkan 3 daripada 4 orang wanita tidak melakukan ujian mamogram. Selain itu, kajian juga menunjukkan 60 peratus wanita berusia 20 tahun ke atas tidak melakukan saringan untuk mengesan kanser payudara sama ada di klinik, hospital atau pun di rumah. Jadi, kaum wanita sekalian diseru untuk melakukan pemeriksaan sama ada di hospital atau kendiri agar penyakit kanser dapat dielakkan atau dirawat.

4) Kajian juga turut menunjukkan kaum lelaki ramai mengalami masalah kanser prostat dan punca utama kematian akibat kanser ini gagal dikurangkan kerana kaum lelaki malu untuk membuat pemeriksaan atau bercakap dengan doktor berkenaan hal ini. Jadi, kaum lelaki juga diseru agar melakukan saringan bagi mengelakkan penyakit kanser ini menghantui hidup anda.

5) Amalan pemakanan dan gaya hidup sihat juga kurang diamalkan rakyat Malaysia dimana kajian terbaru menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disyorkan serta tidak aktif bersenam. Lebih membimbangkan apabila dikatakan 1 daripada 2 orang di Malaysia mengalami masalah obesiti.

Layari Laman Sesawang New Normal Same Cancer

Jadi, Hans sendiri menyeru agar para pembaca sekalian tidak kira lelaki mahu pun wanita untuk segera membuat pemeriksaan dan saringan awal untuk penyakit kanser ini supaya jika ditakdirkan kita mempunyai masalah kanser maka kita ada peluang untuk merawatnya lebih awal sebelum menjadi barah yang tidak diubati. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang New Normal Same Cancer dibawah: 

Laman Sesawang:

#newnormalsamecancer #cancerstrikesbeforecovidends #earlydetection