5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di KLCC

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Apabila menyebut tentang Kuala Lumpur, Hans pasti kebanyakkan daripada kita memang tidak asing lagi dengan sebuah mercu tanda yang cukup ikonik bukan sahaja buat rakyat Malaysia tetapi juga kepada pelancong di seluruh dunia yang berkunjung ke Malaysia. Mercu tanda tersebut ialah Kuala Lumpur City Centre atau lebih dikenali sebagai KLCC. Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan sekiranya berada di KLCC. Untuk kali ini, Hans ingin berkongsi dengan anda semua 5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di KLCC.


1. MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Pernah dikenali sebagai menara tertinggi di dunia dan masih memegang rekod sebagai menara berkembar paling tinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas atau KL Petronas Twin Tower sememangnya merupakan lokasi yang wajib anda lawati apabila berada di KLCC. Menara berkembar yang telah siap dibina pada tahun 1996 dengan keluasan sekitar 17 hektar ini menawarkan anda peluang untuk bersiar-siar di bawah bangunan menara berkembar ini yang mempunyai lorong bersiar-siar dan berjogging, kolam air pancut dan juga taman permainan kanak-kanak. Anda juga turut boleh bergambar kenangan serta merakam video pada hampir keseluruhan kawasan kerana segalanya menarik dan kelihatan cantik dipandang.


2. AQUARIA KLCC

Lokasi seterusnya ini merupakan antara kawasan kegemaran Hans apabila berkunjung ke KLCC iaitu Aquaria KLCC. Sebagai seorang peminat hidupan laut, anda wajib melawat Aquaria KLCC yang mempamerkan lebih daripada 5000 jenis spesis haiwan akuatik dan hidupan laut yang menarik dan menakjubkan. Lebih seronok jika datang ke sini bersama keluarga atau anak kecil kerana kita pasti akan gembira melihat hidupan laut yang bergerak di sekeliling kita seperti ikan jerung, ikan pari gergasi, penyu, kuda laut, sotong kurita dan pelbagai lagi hidupan laut yang cukup menakjubkan terutamanya sewaktu melalui satu kawasan terowong bawah air sepanjang 90 meter yang terdapat di dalam kawasan ini. Bukan setakat melihat ikan sahaja, kalau ada di kalangan pembaca yang tengah bercinta itu dan tiba-tiba terfikir nak buat kejutan melamar pasangan, anda juga boleh melakukannya di Aquaria KLCC kerana terdapat pakej yang disediakan untuk aktiviti kejutan ini. Menarik kan?

3. PETROSAINS

Selain itu, KLCC juga turut menawarkan satu tempat menarik buat anda yang sukakan perkara berkaitan sains iaitu Petrosains. Walaupun Petrosains amat dikenali di kalangan pelajar sekolah kerana lawatan sambil belajar sering diadakan disini tetapi sebenarnya ia juga menjadi lokasi menarik yang boleh anda kunjungi kerana terdapat pelbagai penemuan sains yang bakal membuatkan anda leka sewaktu berada di dalamnya serta boleh mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan di dalam untuk pembelajaran seperti dinosour, kereta lumba formula 1, simulator helikopter dan banyak lagi.


4. SURIA KLCC MALL


KLCC juga merupakan salah satu lokasi membeli-belah yang terkenal di Kuala Lumpur dimana anda boleh membeli pelbagai jenis barang berjenama luar negara dan antarabangsa di Suria KLCC Mall. Sebut sahaja barang berjenama apa yang anda cari sama ada pakaian, barang sukan, beg tangan, jam, kasut dan sebagainya maka pasti anda akan berpuas hati apabila dapat menemuinya disini dan berbelanja sebagai hadiah untuk diri anda. Sesekali hadiahkan diri anda dengan barang yang mahal apa salahnya kan?


5. KLCC LAKE SYMPHONY (ESPLANADE)


Kawasan KLCC bukan sahaja kelihatan menarik dan gah pada waktu siang sahaja tetapi cukup indah pada waktu malam. Anda boleh melawat kawasan KLCC Lake Symphony yang terletak berhadapan dengan Suria KLCC Mall pada waktu malam untuk bergambar dan merakan video suasana keindahan suasana cahaya lampu serta air pancut yang cukup menarik bermula pada pukul 7 malam sehingga 10 malam. Hans pasti anda akan terpesona melihat limpahan cahaya lampu yang menghiasi dan menerangi kawasan ini sepanjang malam. Jadi, inilah 5 perkara menarik yang anda boleh lakukan di KLCC dimana Hans yakin setiap perkara yang Hans kongsikan ini sangat berbaloi buat anda semua untuk dicuba. Selamat Melawat KLCC!



9 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. CANTIKNYA KLCC PANDANG DARI JAUH SAJA XPERNAH SAMPAIPUN

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe
      harap-harap ada rezeki sampai
      cantik tambah-tambah waktu malam

      حذف
  2. dah lama tak jenjalan ambil gambar klcc waktu malam

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe
      nanti datang waktu malam..sila bergambar depan klcc

      حذف
  3. Masa keje kat BB dulu hari-hari pergi KLCC. Aquaria je belum masuk lagi.

    ردحذف
  4. dalam dua tahun ni baru 2 kali jejak ke KLCC... sedey. Salam singgah. Lama tak blogwalking. :)

    ردحذف
  5. terima kasih sharing. saya selalu datang klcc pergi Esplanade Lake Symphony sahaja. tempat lain tak pergi pun.

    ردحذف
  6. Tempat lepak lepas balik keje dulu-dulu.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم