Rasa2 By Pakcik : Wajib Cuba Kacang Pool Dan Kek Limau Purut

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans sebenarnya memang sudah lama berhasrat untuk datang dan menikmati sendiri menu-menu yang dikhabarkan sangat lazat yang terdapat di sebuah kafe hipster pertama yang wujud di Jalan Kebun bertemakan rustic urban jungle iaitu Kafe Rasa2 By Pakcik. Namun disebabkan kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP) serta kesibukan bekerja membuatkan impian tersebut tertangguh hampir setahun lamanya. Alhamdulillah akhirnya tiba juga Hans di kafe yang serba serbi indah dengan dekorasi menakjubkan ini pada malam yang cukup menenangkan.


Mengenali pemilik kafe Rasa2 By Pakcik yang dikenali sebagai Pakcik Salleh, anda yang pertama kali datang kesini pasti terhibur dan puas hati dengan gelagat dan layanan beliau menyambut kedatangan anda ke kafe beliau yang sememangnya sangat sedap mata memandang. Sesiapa yang kaki swafoto atau OOTD mesti tak senang duduk bila berada di sini kerana rasa teruja untuk bergambar di semua sudut pastinya membara. Luar cantik! Dalam cantik! Memang kreatif! Patutlah ramai kawan Hans yang sudah datang kesini memuji melangit dekorasi kafe ini.

RASA2 BY PAKCIK

Alamat:
3690, Jalan Haji Taib,
Kampung Jalan Kebun,
40460 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi:
3.00 Petang -10.00 Malam
Isnin (Tutup) 

Google Maps:

Facebook: 

Whatsapps:


Anda boleh memilih untuk menjamu selera di bahagian luar Kafe Rasa2 By Pakcik atau di bahagian dalam. Bahagian luar kafe bukan sahaja dihiasi dengan pelbagai perhiasan sama ada antik, klasik atau vintage tetapi turut dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang menyejukkan mata. Memang seronok kalau menjamu selera di luar dalam suasana sebegini.


Bahagian dalam Kafe Rasa2 By Pakcik pula akan menemukan anda dengan kaunter pembayaran dimana kawasan ini sahaja bakal membuatkan anda rambang mata dengan pelbagai jenis kek dan kopi yang dijual disini. Jadi. jika anda peminat kek dan kopi maka jangan lepaskan peluang untuk mencuba kek dan kopi disini yer.


Cuma keutamaan Hans pada kunjungan pertama ini ialah untuk mencuba dua menu yang memang buatkan Hans terliuar hanya dengan mendengar namanya sahaja. Tambah pula bila sudah ada di depan mata. Memang tak tahan! Sebenarnya Kafe Rasa2 By Pakcik ini bukan sahaja masyhur disebabkan menu-menu western yang didatangkan dengan persembahan yang menarik, kuantiti yang banyak dan juga harga yang murah. Tetapi, kafe ini juga terkenal dengan menu-menu asli daripada Batu Pahat, Johor seperti laksa johor dan kacang pool. 


Hans sebagai peminat hidangan Kacang Pool sememangnya sudah lama menanam cita-cita untuk mencuba menu ini di Kafe Rasa2 By Pakcik ini. Seperti yang anda dapat lihat di dalam gambar, kuantiti makanannya banyak. Rasanya pula memang sedap sangat! Harga pula sangat murah. Memang Hans fokus makan tanpa pandang kiri atau kanan masa tu. Sedar-sedar licin mangkuk kacang pool tu! Hahaha!  


Ada satu lagi keunikan di Kafe Rasa2 By Pakcik ini yang sukar untuk diperoleh di kafe atau kedai makan yang lain. Anda wajib cuba Kek Limau Purut yang ada dijual disini. Kek Limau Purut ini selalunya cepat kehabisan bekalan kerana ramai pelanggan disini sukakan rasa kek ini yang unik. Alhamdullilah waktu Hans datang kesini dan Kek Limau Purut masih ada stok. Serius sengat sangat! Rasa kek limau purut ini unik dan sangat klasik ibarat rasa tradisional yang telah menjalani proses fusion. Nikmat! Selain itu, jangan lupa untuk mencuba minuman seperti kopi dan frappe yang dijual disini yang juga sangat sedap dan dijual dengan saiz bekas yang besar tetapi dengan harga yang jauh lebih murah daripada tempat-tempat lain. 


Hans memang wajibkan anda semua untuk datang sendiri ke Kafe Rasa2 By Pakcik dan rasai sendiri makanan dan minuman yang sedap disini sambil menjamu mata dengan pemandangan yang cukup mengasyikkan. Hans yakin anda pasti senyum lebar saat menjamu selera disini bersama keluarga serta mereka yang tersayang. Jadi, selamat mencuba dan menjamu selera!


16 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Alamak....tengok gambar ni pagi-pagi terus rasa nak makan kat sini....ntah bila la bleh sampai ni...

    BalasPadam
  2. owh dekat je ni...why tak hajak....hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah dekat tu jangan lupa pergi cuba
      sedap tau
      harga pun murah

      Padam
  3. Lama x makan kacang pool. Boleh try nanti.

    BalasPadam
  4. Smpi skg kcg pool tu xpnh kita try. Kek limau tu menarik yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena try..sedap makan.
      kek limau tu unik
      rasa nostalgia betul bila masuk dalam mulut

      Padam
  5. Mmg teringin nak g kafe Pakcik... Aduhhh tapi jauh betul lahaiii... Insya-Allah one fine day.. Nak lepak kopi loteng dia tuuuu

    BalasPadam
  6. Dah lama tak makan kacang pool bolehlah singgah kedai ni kalau dekat area situ.

    BalasPadam
  7. Kek limau purut unik betul

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama