Bufet Ramadan 2022 : Berbuka Puasa Berkonsep Taman Di I'Dahlia Corner

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di I'Dahlia Corner yang berkonsepkan dalam taman yang terletak di Persiaran Stonor yang berada dalam kawasan kejiranan KLCC.

BUFET RAMADAN 
I'DAHLIA CORNER

Alamat:
No 5,
Persiaran Stonor,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
5 April 2022 - 29 April 2022

Waktu:
6.30 P.M - 10.00 P.M

Harga:
RM59 (Dewasa)
RM29 (Kanak-Kanak 12 Tahun Ke Bawah & Warga Emas)

Untuk Tempahan:
0123526397 / 0122585162

Facebook:
I'dahlia corner

Instagram:


Untuk makluman para pembaca, Restoran I'Dahlia Corner ini dimiliki oleh Puan Dahliati Binti Aliruddin dan suaminya Muhammad Idham Bin Ismail dimana restoran ini mula bertapak di kawasan Persiaran Stonor sejak 7 tahun dahulu secara kecil-kecilan dan amat dikenali oleh ramai orang dengan keenakan Sup Tulang Meletop mereka. Hans sebenarnya tertanya-tanya juga apa sebenarnya rahsia mereka sehingga mampu bertahan selama itu di kawasan segi tiga emas yang elit sebegini. Bila dah cuba makanan dekat sini baru lah Hans tahu apa rahsia utama mereka. Makanan dekat sini sedappppppppppp!


Menariknya terdapat lebih 50 juadah ala kampung yang disediakan setiap hari di I'Dahlia Corner seperti Nasi Lemak Stonor, Nasi Ayam Johor, Paru Goreng Berempah, Rendang Minang, Sup Tulang Meletop, Asam Pedas Ikan Pari, Sambal Tempe, Ayam Goreng Berempah dan banyak lagi. Memang meriah betul meja makan dekat sini!


Serius makanan dekat sini memang padu-padu belaka. Asal masuk mulut jer semuanya rasa sedap. Makanan paling berhantu dekat sini semestinya Sup Meletop. Sekali rasa pasti tak boleh berhenti. Ya Allah! Sedap sungguh! Isi daging punya lah lembut. Rasa sup pun memang meletup! Anda kalau datang ke sini tetapi tak cuba Sup Meletop memang rugi besar! Ini antara menu wajib makan tau dekat I'Dahlia Corner ini.

Aneka Lauk Pauk Yang Lazat
Sambal Paru
Paru
Siput Sedut Masak Lemak

Selain itu, lauk pauk yang disediakan di I'Dahlia Corner ini memang sedap-sedap belaka. Mana tak rambang mata Hans bila tengok pelbagai pilihan yang ada. Cuba ayam rasa sedap! Cuba sambal sotong rasa sedap! Cuba paru rasa sedap! Memang semua Hans makan tadi dengan gembiranya. Hans yakin pasti mata anda tertarik dengan hidangan Siput Sedut Masak Lemak tu kan? Ramai betul kawan Hans tadi serbu menu ini dan bermula sesi sedut menyedut dengan gembiranya. Semua puji sedap!


Hans pula tertarik dengan nasi lemak daun pisang yang dibalut dengan cukup unik. Menarik betul bila nampak kewujudan telur rebus di tengah bungkusan nasi lemak tu. Makan pula dengan paru, sambal sotong dan ayam goreng berempah. Perggggghhhh! Memang umphhh!


Selain itu, kuih muih dekat sini pun sedap sangat. Mana tak sedapnya kalau kuih pun mereka buat sendiri. Hans cukup suka dengan rasa kuih kaswi, apam dan pisang goreng dekat sini. Berulang kali makan sampai kenyang perut. Hehehehe!


Serius berbaloi sangat kalau anda berbuka puasa dekat sini. Bukan sahaja harga bufet Ramadan nya murah tetapi majoriti makanan disini sangat sedap. Rasa makanan dekat sini macam mak-mak kita masak di rumah dengan penuh kasih sayang. Memang puas hati sangat! Apa yang buat Hans berasa lebih gembira sebab selain makan, Hans juga dapat menikmati suasana santai dan dihiburkan dengan persembahan buskers di sini. Nak solat pun tak susah kerana kemudahan surau turut disediakan bagi memudahkan pelanggan menunaikan solat. Memang terbaik!


Jadi, jangan lupa untuk menempah bufet ramadan di I'Dahlia Corner sekarang. Pasti puas hati! Selamat berbuka dan menjamu selera di sini pada bulan Ramadan nanti.

#buffetramadan2022  #buffetramadankl  #buffetbukapuasa2022  #idahliacorner  #idahliameletop  #idahliastonor

19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tempat yang saya pasti pergi if dekat sebab saya memang suka masakan kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap masakan kampung dekat sini.
      tapi Hans paling suka Sup Meletop diorang.
      patutlah Sup Meletop dia famous. Sedap gilerr!

      Padam
  2. meriah sungguh juadahnya
    Harga pun okay terutama untuk warga emas seperti wak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. berbaloi wak
      harga murah
      makanan macam2 ada
      sedap pula tu

      Padam
  3. banyak menu kampung, siput sudut tu sedapnya

    BalasPadam
  4. wow terbaik semua menu sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap-sedap menu dia
      paling layan Sup Meletop tu

      Padam
  5. Nampak banyak lauk. Meriah ni berbuka

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang penting juadah dekat sini sedap-sedap tau
      memang tak rugi lah makan sini
      harga pun murah

      Padam
  6. Amboii nasi lemak mcm tu… legend tu. Comey2 je makan

    BalasPadam
  7. Menu dia sedap² n harga pun not bad sangat berpatutan...wajib try ni

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. murah sangat
      dah makanan sedap-sedap
      puas hati

      Padam
  9. adakah kita perlu repeat ke sini masa Ramadan nnt?

    BalasPadam
  10. I like their dishes also and the place pun relax jer.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama