Bufet Ramadan 2022 : Sajian Nostalgia Kampungku Di Menara Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di Menara Kuala Lumpur yang mengadakan bufet Ramadan bertemakan Sajian Nostalgia Kampungku dan menawarkan pelbagai hidangan tradisi Melayu yang cukup lazat.

SAJIAN NOSTALGIA KAMPUNGKU
BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR 2022

Alamat:
No 222,
Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
4 April 2022 - 24 April 2022

Waktu:
6.00 P.M - 9.30 P.M

Harga Hari Biasa (Isnin-Jumaat):
RM125 (Dewasa)
RM70 (Kanak-Kanak 5 Tahun - 12 Tahun & Warga Emas 60Tahun Dan Ke Atas)

Harga Hari Minggu (Sabtu, Ahad & Cuti Umum):
RM180 (Dewasa)
RM90 (Kanak-Kanak 5 Tahun - 12 Tahun & Warga Emas 60Tahun Dan Ke Atas)

 Bayaran Percuma Untuk:
Kemasukkan adalah percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah
(Sehingga 4 orang sahaja)

Early Bird Promo:
Diskaun 20% (Sehingga 25 Mac 2022)

Untuk Tempahan:
+60320205499

Laman Sesawang:
www.menarakl.com.my

Facebook:
@officialmenarakl

Instagram:
@menarakl

Twitter:
@menara_kl

Tiktok:
@menarakl



Majlis pelancaran Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022 yang bertemakan Sajian Nostalgia Kampungku ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Menteri Wilayan Persekutuan.


Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala ini membawa konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ kerana bersesuaian dengan juadah yang disediakan kepada para tetamu iaitu sajian daripada pelbagai negeri di Malaysia.

Nasi Beriani Johor
Opor Daging Pahang
Sambal Tempe
Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan
Sambal Sotong

Antara menu istimewa yang disediakan adalah Nasi Beriani Johor, Opor Daging Pahang, Ikan Masak Gulai Pantai Timur, Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan dan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan. Secara jujurnya, Hans boleh katakan menu Opor Daging Pahang yang dihidangkan disini sangat sedap dan membuatkan Hans rasa begitu teruja. Jarang sekali Hans menjumpai opor daging yang kena dengan citarasa Hans tetapi Menara Kuala Lumpur berjaya menambat hati Hans untuk hidangan ini. Begitu juga dengan Sambal Tempe disini yang betul-betul 'kick' kalau orang kampung Hans cakap. Kiranya memang padu dan surrr lah! Hehehe!

Kambing Bakar Bergolek
Stesen Mee
Stesen Laksa

Betul bagai dikata! Bila dah makan pelbagai hidangan disini pastinya akan membuatkan sesiapa sahaja mengimbau kembali nostalgia masakan kampung halaman. Selain seronok menikmati pelbagai juadah disini, anda turut berpeluang merasai berbuka puasa pada ketinggian 288 meter sambil melihat panorama Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam. Lebih menarik kerana suasana berbuka anda menjadi sangat indah apabila dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’.

Aneka Ulam-Ulaman
Stesen Pasta
Stesen ABC

Berita baik buat anda semua. Kini terdapat promosi hebat daripada Menara Kuala Lumpur yang menawarkan harga promosi ke SKY DECK bagi setiap pembelian pada hari yang sama, iaitu dengan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Tiket tambahan ke tarikan terbaharu iaitu TOWER WALK 100 pula adalah pada harga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.


Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur yang bertemakan Sajian Nostalgia Kampungku pada bulan Ramadan 2022 ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana anda bakal menikmati pelbagai hidangan yang cukup menyelerakan sambil memperoleh diskaun 20 peratus yang pastinya menjimatkan wang ada. Selamat menjamu selera.

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama