Majlis Anugerah Graduasi (MAG) 2021 Sekolah Menengah Setiabudi

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah menghadiri Majlis Anugerah Graduasi (MAG) 2021 Sekolah Menengah Setiabudi. Bila Hans lihat para pelajar yang hebat memakai jubah konvo dan terus buat Hans terkenang kembali zaman belajar yang penuh suka duka. Tiba-tiba Hans terasa macam nak sambung belajar pula. Hehehe!


Untuk makluman para pembaca, Sekolah Menengah Setiabudi ialah sebuah sekolah di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menawarkan kurikulum KSSM di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima dan ditubuhkan pada tahun 2005.


Pada hari Jumaat bersamaan 1 April 2022 yang lepas, Sekolah Menengah Setiabudi telah menganjurkan Majlis Anugerah Graduasi (MAG) Tahun 2021 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 Kohort 2021 yang diadakan secara bersemuka di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur bermula jam 7.30 malam. Memang meriah betul majlis tersebut dengan kehadiran lebih 100 orang pelajar yang ditemani oleh ibu bapa masing-masing.


Majlis Anugerah Graduasi ini sebenarnya adalah majlis tahunan bagi Sekolah Menengah Setiabudi yang bertujuan meraikan para pelajar Tingkatan 5 yang baru menamatkan peperiksaan SPM mereka serta memberi anugerah istimewa kepada pelajar-pelajar SPM yang telah mencapai pencapaian yang membanggakan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.


Dengan tema "Azam Dipahat, Kejayaan Dinobat", Majlis Anugerah Graduasi (MAG) kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad dan melibatkan seramai 99 pelajar Tingkatan 5 yang terdiri daripada pelajar-pelajar Aliran Sains Tulen, Perakaunan dan Perniagaan.


Majlis ini secara tidak langsung memberi suntikan semangat dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar dan secara tidak langsung menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan progresif.


Tahniah buat semua pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Setiabudi. Semoga kalian semua akan terus berjaya selepas ini di menara gading dan mengharumkan nama negara dan keluarga di mata dunia.

3 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tahniah pada semua yang bergraduat

    ردحذف
  2. meriah majlisnya selamat bergraduasi

    ردحذف
  3. wahhh meriahnya majlis untuk pelajar spm. Ni yang spm tertangguh lama tu ek? Tahniah untuk semua pelajar :)

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم