WTCKL Menyantuni Anak-Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Cahaya Kasih

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).


Seperti semua sudah sedia maklum, bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang membawa seribu makna bagi setiap umat Islam. Keindahan bulan ini terpancar melalui keghairahan masyarakat yang berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan dan santunan terhadap golongan kurang berkemampuan di kalangan kita.


Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) turut merebut peluang meraikan kedatangan bulan yang mulia dengan menyantuni 30 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih. Pertubuhan kebajikan ini merupakan pusat jagaan bagi anak yatim, anak asnaf, fakir miskin dan keluarga yang kurang berkemampuan.


Di samping menghimpun rasa syukur, WTCKL berbesar hati untuk membuka ruang kepada anak-anak yatim dan berkongsi pengalaman merasai pelbagai juadah enak di Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar. Tampil lebih bermakna, majlis ini turut disertai oleh barisan artis tanah air seperti Asmidar, Sixth Sense, Nasz Sally, Kumpulan Inteam, Mei Fen, Farah Ahmad, Faez Malek, Izmir Fareez dan lain-lain lagi.


Selain menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada fakir miskin dan gelandangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pihak WTCKL juga bekerjasama secara konsisten dengan beberapa buah rumah kebajikan lain dengan menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan bantuan wang tunai ke beberapa buah rumah penjagaan orang tua dan rumah anak yatim.


Instagram: 
@worldtradecentrekualalumpur
@riversidewtckl

Facebook: 
@WorldTradeCentreKualaLumpur

Twitter: 
@wtcklofficial

LinkedIn: 
World Trade Centre Kuala Lumpur

Laman web rasmi: 

1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Assalamualaikum,
    Selamat Berpuasa,
    Alhamdulillah, bulan puasa memang bulan mengumpul Dana Akhirat, teruskan. Aamiin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama