Jelajah Ultra Heroes Asia Tenggara Kini Di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di kalangan pembaca blog ini yang meminati Ultraman? Kalau anda minat, Hans sangat teruja untuk berkongsi berita ini untuk para pembaca. Untuk makluman semua, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) bermula dari 10 hingga 27 November 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya.


Acara ini dibawakan oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. Dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan, Jelajah Figura ULTRAMAN (ULTRAMAN Figure Tour) pasti akan menambat imaginasi para peminat ULTRAMAN seperti Hans yang kebanyakannya membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun ini.


Jadi, apabila anda hadir ke acara ini maka anda akan menjadi antara yang terawa menemui ULTRAMAN DECKER iaitu sebuah lagi siri popular Ultraman terbaharu yang kini sedang hangat ditayangkan di Jepun.


Hans memang teruja betul apabila sampai disini apabila dapat melihat sendiri PATUNG ULTRAMAN DECKER bersaiz manusia setinggi 2 meter dan telah diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’ yang merupakan rangkaian figura utama jenama Tamashii Nations. Alang-alang dah sampai sini memang rugi kalau tak bergambar dengan Patung Ultraman Decker ini. Bukan senang nak jumpa. 


Selain itu, anda juga wajib membawa anak-anak untuk menyaksikan Persembahan Langsung Ultraman yang memaparkan ULTRAMAN DECKER dan ULTRAMAN TRIGGER serta pertembungan penuh aksi mereka bersama raksasa SATANDELOS di hadapan mata anda sendiri. Serius memang sangat menyeronokkan sampai membuatkan Hans teringat kembali kenangan menonton siri Ultraman sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Persembahan ini akan berlangsung pada pukul 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam setiap Sabtu (12, 19 dan 26 November) serta Ahad (12, 20 dan 27 November)


Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton video istimewa yang memaparkan bintang dari Jepun, Hiroki Matsumoto, yang memainkan watak Kanata Asumi di ULTRAMAN DECKER dan Raiga Terasaka yang berlakon sebagai Kengo Manaka di ULTRAMAN TRIGGER. Anda juga pasti terpegun dengan diorama menarik dengan babak-babak realistik daripada siri ULTRAMAN yang disediakan di acara tersebut.


Jelajah Malaysia ini menjanjikan barisan figura koleksi ULTRAMAN yang baru, akan datang dan eksklusif daripada S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations. Para peminat lama dan baru boleh menambah koleksi figura mereka di sudut jualan istimewa ULTRAMAN dan mendapat hadiah terhad TAMASHII Nations bagi setiap pembelian.


Jelajah ULTRAMAN yang dimulakan di Thailand sebelum tiba di Malaysia ini dijangka menarik kehadiran 180,000 pengunjung dari segenap usia di Asia Tenggara. Sama ada dewasa, kanak-kanak, peminat mahupun pengumpul, Hans yakin setiap pengunjung pasti akan tertarik dan rambat mata melihat karakter-karakter ULTRAMAN daripada siri pertama sehinggi kini.


Selain itu, Bandai Namco Asia merasa sukacita untuk mempersembahkan produk terbaharu mereka iaitu S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER kepada ramai peminat di rantau ini yang telah mengikuti perkembangan ULTRAMAN sejak dahulu lagi. Mereka akan terus membangunkan dan mengembangkan produk ULTRAMAN untuk memastikan ianya dapat menarik minat peminat dan menambat imaginasi mereka.


Untuk anda yang berminat untuk datang ke acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) ini, anda jangan risau kerana masuk adalah percuma. Waktu operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas dan buat kanak-kanak serta remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani oleh penjaga. Untuk maklumat terkini berkenaan Jelajah Asia Tenggara ULTRAMAN dan Figuarts ini, anda boleh layari laman sesawang di bawah:

Facebook:

Laman Sesawang:


2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم