Pizza Hut Malaysia Lancar Kerak Piza Nipis The Crakin' Thin Crust Pizza

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Pizza Hut telah mengumumkan gubahan inovatif baharu terhadap kerak piza jenis nipis yang digemari kebanyakan golongan muda terkini iaitu Crackin’ Thin Crust baharu menampilkan kerak senipis 0.5 cm rangup dan garing, dengan limpahan keju yang memikat selera serta jaminan kerangupannya.


Sudah tentu ramai daripada kalangan pembaca blog ini tertanya-tanya bagaimana sebenarnya "Crackin’ Thin Crust" berbeza berbanding dengan piza kerak nipis yang lain bukan? Jangan risau kerana Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia ada menjelaskan perbezaan penting ini dalam kenyataannya dimana kerak nipis terbaharu ini terhasil menggunakan "teknologi 4K" yang bermaksud "4KRAKKK" iaitu gabungan kerak piza 0.5 cm ultra-nipis dengan bahagian tepian piza yang ditaburi keju cheddar lazat, mencipta kerangupan hebat dalam setiap gigitan.


Inovasi hebat ini turut disertakan dengan jaminan kerangupan dimana anda dapat menikmati keenakan keju mozzarella di bahagian tengah piza dan juga ditambah dengan kegaringan keju cheddar di bahagian hujungnya yang memberikan anda tekstur yang lazat iaitu lembut, cair dan rangup kesemuanya dalam satu gigitan. Kini anda boleh menikmati rasa enak yang berganda dengan nisbah topping, keju dan kerak yang sempurna. Menarik bunyinya kan?


Selaras dengan pelancaran kerak baharu ini, Pizza Hut juga turut menjemput anda semua  untuk bersama-sama menyertai cabaran 'The Crunch Challenge' yang diadakan melalui platform media sosial. Pelanggan hanya perlu merakam video mereka sedang menikmati piza Crackin’ Thin Crust dan memaparkannya di Instagram Story dengan hashtag #CrunchChallenge dan #PizzaHutMalaysia dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti Iphone 14 dan banyak lagi!


Jadi, selamat mencuba pizza “Crackin ’ Thin Crust” baharu yang lazat hari ini dengan memesannya melalui Aplikasi Pizza Hut. Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.pizzahut.com.my atau rangkaian Pizza Hut berdekatan dengan tempat tinggal anda. 

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama