Pengambilalihan X- Beauty & Aesthetic oleh Kumpulan Sans Therapeutics Berhad

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk pengetahuan semua, Kumpulan Sans Therapeutics Berhad secara rasmi mengumumkan pengambilalihan X-Beauty & Aesthetic, pada majlis menandatangani perjanjian di Hotel Sheraton, di sini, hari ini.


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sans Therapeutics Berhad, Dr Tan San Chin, turut mengumumkan penambahan perkhidmatan Sans Aesthetic Wellness, yang memfokuskan kepada estetika dan "keindahan kesejahteraan".


Beliau berkata selepas pengambilalihan itu, X-Beauty & Aesthetic secara rasmi akan dinamakan semula sebagai Sans Aesthetic Wellness dan turut mengambil alih enam cawangan yang terletak di Kota Damansara, Sri Petaling, Cheras, Puchong dan Nusa Bestari, Skudai.


Berikutan itu, pelanggan sedia ada yang mendapatkan rawatan di cawangan Uptown Damansara dipindahkan ke cawangan Kota Damansara.

Kepada semua bekas ahli X-Beauty & Aesthetica, Dr Tan San Chin berjanji Sans Aesthetic Wellness akan meneruskan perkhidmatan seperti sebelumnya kepada pelanggan.


Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dari segi sosial, Dr Tan San Chin berkata, pihak pengurusan akan terus mengekalkan integriti dan tanggungjawab agar menjadi penanda aras dalam industri rawatan kecantikan serta terus mengutamakan keselesaan pelanggan.

Dr Tan San Chin berharap pelanggan terus memberi kepercayaan kepada syarikat dalam urusan penyelesaian peralihan ini dan sentiasa memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.


Kata beliau, kepada mereka yang masih menjalani rawatan berterusan dengan X-Beauty & Aesthetic, beliau menggalakkan mereka mendaftar di cawangan terbabit dengan membawa resit asal bagi mendapatkan rundingan secara personal.

Dr Tan San Chin berkata, syarikat berusaha untuk mempromosikan konsep kecantikan dan kesejahteraan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai keperluan kedua-dua aspek itu .

“Sementara itu, kami juga mencari rakan kongsi perniagaan menerusi sistem francais untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan ini di mana kami merancang untuk membuka lima lagi cawangan kedai.

“Syarikat juga merancang untuk mengadakan penyenaraian awam dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif X-Beauty & Aesthetic, Datuk Jess, iaitu wakil dalam perjanjian peralihan itu, berkata, syarikat sedang melakukan penstrukturan semula organisasi selepas berhadapan dengan wabak Covic-19, dua tahun lalu.


Pada kesempatan ini, Sans Aesthetic Wellness turut melancarkan Lab Series, iaitu set baharu produk penjagaan kulit sehenti. Siri Lab ini diperbuat daripada bahan semula jadi yang dibangunkan oleh pasukan yang mempunyai lebih 30 tahun kepakaran dalam menghasilkan produk penjagaan kulit menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D). Produk terbaru di pasaran ini adalah penyelesaian terbaik untuk merawat kulit yang bermasalah agar sihat semula. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sosial seperti dibawah:

Facebook:

Instagram:

Customer Hotline:
0148088800

Daftar Untuk Tebus Tawaran Menarik:

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama