BCF Umum Ummi Nazeera Sebagai Duta Pada Pelancaran Bawal Souk Dovella

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir pada Majlis BCF Lead Award 2022 yang berlangsung dengan cukup meriah di Glamhall Damansara yang bertujuan untuk meraikan para leader, stokis dan ejen yang telah berjaya mencapai jualan tertinggi sepanjang tahun 2022 Yang lepas.

Majlis ini turut mengumumkan Ummi Nazeera sebagai duta rasmi jenama ByCheFiza (BCF) selama satu tahun bermula Januari 2023. Cukup menarik apabila Ummi sendiri telah berkongsi pengalaman beliau yang telah jatuh cinta kali pertama saat pertama kali mencuba tudung sarung BCF yang bukan sahaja mudah digayakan dengan pelbagai cara tetapi juga kerana produk ini cukup berkualiti dan mementingkan ketelitian corak tudung setiap keluarannya. 


Selain itu, pihak BCF turut melancarkan koleksi hijab terbaru mereka iaitu Bawal Souk Dovella sempena Kempen Raya Jahitan Kasih. Memang diakui koleksi kali ini lebih menawan, mudah di pakai, senang digayakan dan cukup selesa dipakai seharian. 

Untuk maklumat semua, ByCheFiza diasaskan oleh Che Nurul Hafizah binti Che Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Puan Chefiza  dan suaminya, Muhammad Fitri Abdul Razak selaku pengasas bersama. Syarikat ini ditubuhkan pada 14 Jun 2019 yang berpusat di Kelantan. 

BCF pada awal penubuhannnya bermula dengan hanya 10 orang pekerja. Namun, BCF kini telah mempunyai kilang pengeluaran sendiri dan memiliki lebih 60 orang pekerja. Memiliki 17 cawangan dan hampir 11,000 ejen di seluruh negara, kini BCF telah mempunyai 17 ‘SKU’ produk dari tudung, stokin, sarung lengan, sarung leher wanita dan juga anak tudung. 

Majlis BCF LEAD AWARD 2022 merupakan penganjuran kali ketiga dimana terdapat 3 objektif utama yang ingin dicapai melalui iaitu memberikan penghargaan kepada ahli keluarga BCF yang telah mencapai jualan yang sangat luar biasa, memperkenalkan kempen pemasaran terbaru dari BCF iaitu “Go to Market Strategy” dan melancarkan produk terbaru keluaran BCF. 

Menyasarkan hasil jualan sebanyak RM32 juta bagi tahun 2023, pihak BCF akan terus komited melakukan pembangunan dan penyelidikan terhadap fabrik yang digunakan. ULTRA SENMECH merupakan teknologi terkini produk BCF yang memberikan keselesaan serta berteknologi buat para pemakainya. 

Jadi, buat anda semua yang mencari produk tudung dan busana muslimah, dapatkan produk By CheFiza Malaysia (BCF) dengan sekarang. 

#ByCheFiza #ByCheFizaMalaysia #BCF #Shawl #Scarf  #Tudung  #Telekung  #Fesyen  #Muslimah


1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Cantik warna tudung yang Ummi Nazeerah gayakan. Dekat nak raya ni, memang boleh cubalah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama