Bufet Ramadan 2023 : Citarasa Desa Di Hotel Royal Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan lokasi pilihan berbuka puasa yang anda boleh cuba pada bulan Ramadan tahun ini iaitu Hotel Royal Kuala Lumpur yang menampilkan tema Citarasa Desa.

CITARASA DESA
HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR

Alamat:

Hotel Royal Kuala Lumpur,

Jalan Walter Grenier,

55100 Kuala Lumpur,

Malaysia.


Tarikh:
24 Mac 2023 - 20 April 2023

Harga:
RM88 (Dewasa) 
RM58 (Kanak-Kanak)
RM58 (Warga Emas 60 Tahun Dan Ke Atas)

Telefon:
+60321486888
+60321482855
+60321482813
+60122473105 (Kelly Azman)


Laman Sesawang:



Untuk makluman para pembaca, barisan chef yang bertanggungjawab menyiapkan dan menyediakan juadah-juadah berbuka puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur ini diketuai oleh Chef Eksekutif Mohd Hafif Bin Mohd Saleh yang memilih untuk menggabungkan kesemua hidangan makanan berdasarkan masakan-masakan ibu dari semua rantau kampung. Antara hidangan utama yang anda patut cuba jika berpeluang berbuka puasa di sini ialah:

1) Ayam Percik Kuah Kacang

2) Kambing Masak Kuzi 

3) Daging Masak Lemak

4) Udang Sambal Petai

5) Gulai Ikan Masin & Nangka Muda 

6) Kupang Berlada 

7) Pucuk Manis Masak Lemak Putih & Keledek 

8) Penang Char Kway Teow

Selain itu, Hans turut tertarik dengan hidangan Nasi Briyani yang dihidangkan bersama Daging Masak Hitam Nasi Kandar, Air Asam, Acar Timun serta Papadom yang cukup menyelerakan. Memang anda wajib cuba!


Banyak lagi hidangan-hidangan yang ditawarkan melalui pelbagai stesen yang disediakan seperti:
1) Pembuka Selera
2) Jerok Buah-Buahan
3) Aneka Kerabu
4) Aneka Sambal
5) Aneka Sup
6) Aneka Ikan Bakar
7) Stesen Mee
8) Stesen Goreng-Gorengan
9) Pencuci Mulut
10) Bubur
11) Minuman Sejuk Dan Panas


Serius sangat berbaloi untuk anda berbuka puasa Hotel Royal Kuala Lumpur. Memang susah nak berhenti bila dah makan. Bahaya betul! Hahaha! Menariknya anda dapat berbuka sambil dihiburkan dengan penampilan dua selebriti terkenal iaitu Kelly Azman dan Ani Mayuni sepanjang Ramadan nanti. Lebih menarik kerana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah melalui cabutan bertuah jika berbuka puasa di sini. 


Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur pada bulan Ramadan 2023 ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana anda bakal menikmati pelbagai hidangan dengan orang yang tersayang dengan harga yang berpatutan.


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم