Chef Faez Mahu Dikenali Di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan menikmati menu-menu dari Asia Barat seperti Nasi Maqlubah dan Crispy Kunafa yang tular di pelbagai media sosial tempatan di Restoran Chef Faez.


Rezeki Hans dapat bertemu dan mendengar pelbagai kisah menarik tentang diri beliau secara berdepan adalah satu pengalaman yang cukup berharga. Anak jati Syria ini yang memiliki dua buah restoran di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur dan Alor Setar ini telah menetap di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu. Mula dikenali ramai setelah manisan Kunafa yang dihasilkannya menjadi kegilaan rakyat Malaysia, Chef Faez berhasrat untuk mengejar cita-cita nya menjadi seorang penyanyi dan penghibur.


Berbakat dalam nyanyian dan lakonan, Chef Faez menyuarakan keinginannya untuk berduet dengan Alif Syukri jika diberi ruang dan peluang sambil mengharapkan agar impian tersebut menjadi nyata dan diterima oleh semua pihak. Saat diajukan kenapa Alif Syukri yang menjadi pilihan utama beliau, Chef Faez menyatakan bahawa ahli perniagaan tersebut merupakan seorang yang bijak dan sentiasa menjadi sebutan dan bualan ramai dalam apa jua yang dilakukannya.


Sebagai lelaki yang masih bujang, Chef Faez yakin impiannya ini mampu dicapai. Merancang untuk menyanyikan lagu dalam dwibahasa iaitu Arab dan Melayu agar dapat menarik perhatian pengikut dan peminatnya yang rata-rata dari Malaysia dan Indonesia, beliau berharap agar langkah yang diambil ini mampu untuk membuatkan dirinya lebih dikenali ramai. Selain mahu terjun ke bidang seni, Chef Faez juga turut merancang untuk membuka lebih banyak cawangan Restoran Chef Faez di seluruh Malaysia serta terlibat di dalam perniagaan produk minyak wangi dan kosmetik pada masa akan datang. Semoga impian chef kacak ini berjaya digapai oleh beliau dalam masa terdekat.

Nama:
Mohammad Faez

Usia:
34 Tahun

Tempat Lahir:
27 Oktober 1988

Asal:
Syria

Media sosial: 





1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama