Secret Recipe Buka Cawangan Ke-350 Di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Secret Recipe telah meraikan pembukaan cawangannya yang ke-350 di Malaysia yang terletak di One Utama. Lebih menarik, Majlis yang cukup meriah tersebut turut diserikan dengan kehadiran duta mereka iaitu pelakon terkenal, Mira Filzah.


Pengarah Urusan Secret Recipe, Patrick Sim, menyatakan bahawa Secret Recipe telah berjaya memberi impak positif kepada semua lapisan masyarakat sejak beroperasi pada tahun 1997 lagi.


Pengalaman sebanyak 25 tahun telah membuatkan Secret Recipe berkembang dengan cukup pesat sehingga memiliki cawangan di enam buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Maldives dan Bangladesh. 


Merancang untuk menambah cawangan sebanyak 400 menjelang akhir tahun 2025 nanti, Secret Recipe telah menawarkan keistimewaan buat 350 ahli Secret Recipe baharu pertama yang mendaftar melalui aplikasi Secret Recipe MY dan mengunjungi cawangan terbarunya di One Utama pada 31 Januari 2023 untuk menerima kek cawan edisi terhad. 


Lebih menarik ialah semua pelanggan di outlet Secret Recipe di One Utama akan menerima diskaun 35% untuk pembelian RM60 dan ke atas (tidak termasuk kek penuh atau sempena promosi yang sedang berlangsung) sehingga 6 Februari 2023 ini.


Sebagai bonus, pelanggan di bawah program ganjaran SR akan menerima 3x mata apl untuk pembelian yang dibuat di Secret Recipe, 1 Utama sehingga 6 Februari 2023. Jadi, selamat menikmati pelbagai menu menarik di Secret Recipe! 


Jadi, kepada semua peminat Secret Recipe! Jangan lepaskan peluang untuk merebut peluang keemasan ini. Bukan setakat dapat menikmati hidangan yang lazat tetapi memperoleh ganjaran yang cukup berbaloi. Selamat menjamu selera!














2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Dapat harga lebih murah ke kalau guna apps ? Lama tak pergi secret recipe.

    ردحذف
  2. Wah! Banyak betul cawangan SR rupanya! Tapi memang sedaplah kalau makan di SR.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم