BOH Pure Green Tea Kini Berwajah Baru Bersama Duta Azira Shafinaz

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan untuk hadir ke majlis pelancaran Wellness in a Cup with BOH Pure Green Tea yang turut menyaksikan kehadiran duta terbaharu BOH Pure Green Tea iaitu artis terkenal Azira Shafinaz. Majlis yang berlangsung dengan cukup meriah dan serba hijau itu diadakan di Aurium The Garden Mall.


Apa yang menarik perhatian Hans pada majlis ini ialah wajah baharu pek BOH Pure Green Tea yang nampak segar dan moden dari segi rupa, warna serta elemen rekaan terbaru. 


Lebih mengagumkan apabila Hans mengetahui bahawa produk ini dibungkus dengan bahan sumber yang mampan – Forest Stewardship Council (FSC). Memang terbaik!


Kehadiran Azira Shafinaz bukan sekadar diperkenalkan sebagai duta baharu sahaja tetapi beliau turut berkongsi tentang gaya hidup sihatnya setiap hari serta amalan meminum BOH Pure Green Tea yang menjadi kegemarannya setiap hari.


Pada majlis yang sama, Azira turut terlibat di dalam sesi demonstrasi penyediaan minuman Passion of Bunga Raya yang menggunakan BOH Pure Green Tea sebagai salah satu bahannya. Hans sendiri telah mencuba minuman tersebut dan rasanya memang lazat.


Buat anda yang gemarkan minuman teh hijau, Hans memang sarankan anda untuk mencuba BOH Pure Green Tea yang menawarkan rasa teh hijau sebenar. Tidak terasa pahit atau kelat, BOH Pure Green Tea dihasilkan dengan 100% teh hijau dan sangat sesuai buat mereka mementingkan kesihatan dan kesegaran tubuh.


Selesai majlis, Hans serta rakan media yang lain diraikan oleh BOH Malaysia dengan dibawa menonton filem Meg 2: The Trench di Aurum Theatre The Garden Mall secara percuma. Memang rasa gembira sangat kerana dapat menghabiskan masa menonton filem sambil menikmati BOH Pure Green Tea di dalam pawagam yang mewah sebegini.


Buat para pembaca sekali, jangan lupa nantikan kemunculan BOH Pure Green Tea Truck yang akan melawat kawasan terpilih sepanjang bulan Ogos ini untuk berkongsi dengan anda semua rasa teh hijau yang sebenar. Anda boleh dapatkan makluman lanjut dengan melayari laman sosial Instagram dan Facebook BOH Malaysia sekarang.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama