Ultraman Blazar Tarikan Utama Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes 2023 (Ultra Heroes Tour South East Asia)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di kalangan pembaca blog ini yang meminati Ultraman? Kalau anda minat, Hans sangat teruja untuk berkongsi berita ini untuk para pembaca. Untuk makluman semua, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) yang berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember 2023 di Paradigm Mall, Petaling Jaya


Hans yakin pasti ramai peminat dan pengumpul koleksi di Malaysia berasa gembira dan bertuah kerana Malaysia sekali lagi dipilih sebagai negara pertama di luar Jepun untuk bertemu Ultra hero terbaharu iaitu ULTRAMAN BLAZAR.


Hans sendiri berasa sangat teruja kerana dapat bersemuka dan bergambar dengan patung ‘ULTRAMAN BLAZAR’ bersaiz manusia yang diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’. Jadi, kalau anda berkunjung ke sini maka jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama hero gagah setinggi 2 meter ini yang pasti akan menjadi tumpuan ramai pengunjung sepanjang acara berlangsung.


Semestinya terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda tidak patut lepaskan apabila berkunjung ke acara ini. Seperti biasa, anda akan disajikan dengan satu pertempuran menarik antara Ultraman dan musuh raksasanya. Untuk tahun ini, anda berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat aksi-aksi sinematik yang mengujakan dan melonjakkan paras adrenalin melalui pertarungan hebat antara ULTRAMAN BLAZAR dan VOLCAN. Hans memang terhibur menonton aksi ini di hadapan mata tempoh hari. Memang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bila menyaksikan pertarungan ini.


Persembahan pertama ultra hero kesayangan ramai ini akan berlangsung pada 1 Disember, jam 7 malam. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu 2, 3, 9 dan 10 Disember iaitu pada jam 1 petang, 4 petang dan 7 malam untuk setiap tarikh. Selain itu, jangan ketinggalan untuk menonton tayangan video istimewa yang menampilkan bintang Jepun, Tomoya Warabino yang mendukung watak Gento Hiruma dalam ULTRAMAN BLAZAR.


Buat para pengumpul figura pula, tahun 2023 ini lebih istimewa kerana selain Ultraman, terdapat pelbagai figura anime lain yang turut dipamerkan disini seperti ONE PIECE, DRAGON BALL, NARUTO, SPY x FAMILY, MASHLE, HELL’s PARADISE dan banyak lagi dengan harga yang cukup berpatutan.

Untuk peminat setia anime dan figura, Tamashii Nations turut membawakan 3 barangan eksklusif baharu pada acara kali ini iaitu:

1)‘S.H.Figuarts Ultraman ZERO - Clear Color ver.’

2)‘S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN)’

3)‘FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion - Exclusive Edition’

4)‘S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)’ juga boleh diperolehi di sini.


Buat anda yang berminat untuk datang ke acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) ini, anda jangan risau kerana masuk adalah percuma. Waktu operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas dan buat kanak-kanak serta remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani oleh penjaga.

#UltraHeroesTourSouthEastAsia2023
#UltramanBlazar
#TamashiiNations









1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama