Berbuka Puasa Di Restoran MEET & DINE Dengan Kelainan Set Talam Berkonsepkan Daging Dan Makanan Laut

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan bulan Ramadan untuk tahun 2024 semakin dekat jadi seperti biasa Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan lokasi pilihan berbuka puasa yang anda boleh cuba pada bulan Ramadan tahun ini. Antara tempat yang Hans syorkan untuk anda semua cuba ialah RESTORAN MEET & DINE DINE yang menampilkan Kelainan pada tahun ini dengan memperkenalkan set talam “Ramadan Feast of Meat and Sea"

RESTORAN MEET & DINE

Alamat:

Budiman Business Park, 

Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur. 


Tarikh:
13 Mac 2024 - 7 April 2024

Harga Set Talam Daging:
RM299
(Harga Asal)

RM220
(Early Bird Sehingga 10 Mac 2024)

Harga Set Talam Makanan Laut:
RM288 
(Harga Asal)

RM198 
(Early Bird Sehingga 10 Mac 2024)

*Untuk tempahan selepas 10 Mac 2024, anda boleh guna PROMO CODE : @Hanshanis untuk dapatkan DISKAUN 30%

Tempahan:
0173359422

Instagram:
@meetanddine
 
Berbeza dengan tempat lain yang lebih selesa menawarkan hidangan bufet, Set Talam Ramadan Feast daripada Restoran Meet & Dine ini memberi pilihan kepada orang ramai untuk berbuka puasa dengan hidangan daging atau makanan laut atau kedua-duanya sekali dengan harga yang berpatutan. 

Setiap set talam adalah sesuai untuk hidangan  empat hingga enam orang makan. Hans sendiri berkesempatan untuk mencuba dua jenis Set Talam ini yang memang cukup lazat dan mempunyai kuantiti yang sangat banyak. Setiap set talam terdiri daripada:


1) Set Talam Daging (Western Style) 
- Daging Panggang
- Kambing Panggang
- Sayap Ayam
- Itik Panggang
- Pasta Aglio Olio
- Kentang Putar
- Kentang Goreng Curly

Sos Untuk Set Talam Daging:
- Tangy Sauce
- House Dressing
- Orange Sauce
- Rosemary Sauce
- Brown Sauce


2) Set Makanan Laut (Thai Style)
- Ikan Siakap Masak Thai
- Udang Panggang Berlidi
- Sotong Goreng Tepung
- Hormok
- Vietname Roll Udang
- Nasi Daun Talang
- Nasi Goreng Pedas Ala Thai
- Kerabu Somtam Berserta Kuah Lemak

Sos Untuk Set Makanan Laut:
- Thai Sweet Sos
- Vietnamese Dipping 
- Nam Jin Sos
- Kuah Lemak Cili Api
- Sweet Sour Sos


Untuk makluman semua, setiap set talam juga dihidangkan bersama hidangan kurma, kuih muih tradisional seperti buah melaka, kasui, ketayap, bubur kacang durian dan juga air sirap bandung selasih. Lebih menarik kerana air sirap bandung selasih boleh diisi ulang sepuas-puasnya. 


Barisan chef yang terlibat di dalam penyediaan set talam ini diketuai oleh Chef Bo Ibrahim yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kulinari dan perhotelan. Beliau telah berkhidmat di hotel-hotel bertaraf 5 bintang di dalam dan luar negara antaranya di UK, Norway, Maldives, Brunei dan di beberapa rangkain Hard Rock Café dalam dan luar negara. Jadi, sebab itu anda wajib cuba sendiri kedua-dua set talam ini yang cukup lazat! 


Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di RESTORAN MEET & DINE pada bulan Ramadan 2024 ini, silalah membuat tempahan dengan segera. Apa yang pasti, anda bakal menikmati hidangan set talam yang sedap ini bersama orang yang tersayang dengan harga yang sangat berpatutan. Selamat mencuba dan menjamu selera disini!

1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Waaa meriah nya makanan .. Insyallah kalau ada peluang ke sana boleh try juadah berbuka di restoran ini :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama