Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans pasti setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Hans juga tidak terkecuali di dalam hal ini kerana turut mencari kediaman yang selesa untuk bakal keluarga. Tetapi, cabaran mencari rumah idaman ini bukannya mudah kerana perlu diambil kira daripada pelbagai jenis aspek seperti lokasi, kemudahan yang disediakan dan paling penting kredibiliti pemaju projek perubahan tersebut.


Ramai sedia maklum bahawa pembeli rumah daripada kalangan Bumiputera juga menemui kesukaran untuk mencari projek perumahan yang bersesuaian dengan baget mereka. Namun, dengan adanya KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX yang merupakan kempen hartanah eksklusif yang direka khusus untuk menawarkan pembeli Bumiputera pilihan susun atur rumah bertanah dan hartanah komersial ini dilihat cukup membantu.

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix ialah kempen untuk mempromosikan senarai susun rumah kediaman dan hartanah komersial, menawarkan pembeli Bumiputera pelbagai pilihan dengan nilai dan harga yang berbeza-beza. Ia menyerlahkan kemudahan mencari hartanah lokasi utama pada harga yang lebih baik, memastikan pembeli boleh mendapatkan kediaman atau pelaburan komersial ideal mereka tanpa mencari jauh disamping menikmati tawaran dan insentif yang eksklusif. 


Hans juga melihat objektif Kempen Hartanah Bumiputera Matrix ini cukup murni dimana ianya bertujuan untuk:

1. Meningkatkan kesedaran tentang pemilihan rumah bertanah dan hartanah komersial secara eksklusif untuk pembeli Bumiputera. 

2. Permudahkan pilihan dengan menyediakan rangkaian hartanah yang pelbagai, memudahkan pembeli mencari rumah atau pelaburan komersial yang ideal. 

3. Untuk meningkatkan jualan unit yang dipilih daripada kalangan pembeli Bumiputera. 


Jadi, antara projek perumahan menarik yang ditawarkan melalui Kempen Hartanah Bumiputera Matrix ini adalah seperti gambar dibawah:

LIMA PROJEK DI BAWAH KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX 
Bayu Sutera (4B1) - Melora

I) Didatangkan dengan ciri-ciri rumah pintar
II) Jaminan enklaf
III) Backyard yang lebih privasi untuk unit rumah tertentu
Bayu Sutera (3A) - Izara

I) Saiz lot 20 x 70, 2315kps
II) Didatangkan dengan ciri-ciri rumah pintar
III) Berdekatan denga taman tasik privasi 3 ekar
IV) Jaminan enklaf

Bayu Sutera (4A3) - Elonia III

I) Rekabentuk diperluas sepenuhnya
II) Didatangkan dengan ciri-ciri rumah pintar
III) Kehidupan yang dipertingkatkan

Eka Heights 8A & 8B- Ferra & Ferra II

I) Didatangkan dengan ciri-ciri rumah pintar
II)Berdekatan dengan MAgeka Park yang berkeluasan 15.5 ekar
III) Keahlian rumah kelab

Irama Biz

I) Communal point untuk hampir 10,000 penduduk
II) Focal point ke KLIA
III) Getaway kepada Malaysia Vision Valley 

Lokasi kediaman terpilih yang ditawarkan melalui Kempen Hartanah Bumiputera Matrix ini juga memendekkan jarak perjalanan pemilik rumah untuk ke KLIA serta bandar-bandar utama yang berdekatan selain memberi peluang untuk bakal pembeli menikmati pelbagai fasiliti yang disediakan. 


KELEBIHAN DAN TAWARAN MENARIK KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX UNTUK PARA PEMBELI

1. PENJIMATAN HEBAT SEHINGGA RM150,000

Penjimatan yang ketara kerana pembeli boleh menjimatkan kos pembelian sehingga RM150,000 untuk hartanah terpilih. Penjimatan tersebut terdiri daripada:

I. Penjimatan daripada kos keahlian club house. 

II. Penjimatan daripada perkhidmatan internet jalur lebar percuma. 

III. Penjimatan daripada yuran guaman, MOT dan MOC. 

IV. Penjimatan daripada peralatan sistem rumah pintar. 

2. BAYARAN BULANAN SERENDAH RM2,083

Ansuran bulanan rendah bermula dari serendah RM2,083* sebulan menjadikan pemilikan rumah lebih mampu milik.


3. PEMBIAYAAN PENUH SEHINGGA 100-110 PERATUS 

Pilihan pembiayaan penuh kerana pembiaya menyediakan pembiayaan sehingga 100% - 110% bagi meminimumkan kos kemasukan untuk pembeli. 

4. KADAR FAEDAH YANG RENDAH (3.8% - 3.9%)

Kadar faedah rendah ditawarkan oleh bank tertentu untuk pinjaman rumah. Sebagai contoh, bank seperti Ambank, Bank Islam dan Hong Leong Bank mungkin menawarkan kadar faedah serendah 3.8% bergantung pada profil kewangan pelanggan. Bank lain juga mungkin menyediakan kadar yang kompetitif. 


5. INSENTIF EKSKLUSIF PERCUMA

Menariknya kerana terdapat tawaran insentif eksklusif percuma yang pastinya memberi lebih Penjimatan kepada bakal pembeli seperti:

I. Perkhidmatan jalur lebar percuma. 

II. Rumah yang dilengkapi sistem rumah pintar (Smart Home System). 

Semua hartanah kediaman dalam projek yang mengambil bahagian dilengkapi dengan Sistem Rumah Pintar yang direka untuk meningkatkan kemudahan, keselamatan dan kecekapan tenaga. Sistem ini membolehkan pemilik rumah mengawal pelbagai ciri rumah mereka seperti pencahayaan, kamera keselamatan, kunci pintu dan penyaman udara melalui aplikasi mudah alih atau peranti lain yang bersambung.

III. Keahlian kelab d’Tempat Country secara percuma. 

Pembeli akan mendapat keahlian percuma selama 5 penggal di d'Tempat Country Club, rumah kelab terbesar di Seremban. Keahlian eksklusif ini memberikan akses kepada pelbagai kemudahan premium, termasuk kolam renang bersaiz Olimpik, gimnasium, gelanggang badminton dan banyak lagi. Ia menawarkan manfaat gaya hidup yang hebat untuk pemilik rumah, meningkatkan pengalaman hidup para pembeli. 


6. MILIKI RUMAH DENGAN HANYA RM300

Tawaran yuran tempahan khas RM300 untuk pembeli yang mengemukakan semua dokumen pinjaman yang diperlukan semasa membuat tempahan. Jika permohonan pinjaman pembeli ditolak, yuran tempahan akan dikembalikan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, jika dokumen pinjaman belum siap semasa membuat tempahan, bayaran tempahan ialah RM1000. 


Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai KEMPEN HARTANAH BUMI MATRIX dan senarai projek perumahan yang ditawarkan, anda boleh layari laman web iaitu http://hartanahbumimatrix.com/2

3 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Rawlins suka betul la floor plan moden, ruang yang luas dan kemudahan yang lengkap

    ردحذف
  2. mmg kempen yg berbaloi utk bumiputera grab!! dah mmg perfect kan lokasi dia semua...

    ردحذف
  3. mmg kempen yg berbaloi utk bumiputera grab!! dah mmg perfect kan lokasi dia semua...

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم