Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometris

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans telah menghadiri majlis perasmian peluncuran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometris yang diadakan di TJ Danaraj Auditorium, Akademi Perubatan Malaysia, Presint 8, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 17 Jun 2025.


Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Optometris Malaysia (Association of Malaysian Optometrist AMO) dengan kerjasama Majlis Optik Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tetamu kehormat yang merasmikan peluncuran garis panduan ini adalah Yang Berhormat Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad.


GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN MATA PRIMER BAGI PROFESION OPTOMETRIS

1. Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer bagi Profesion Optometris Garis panduan ini menyediakan panduan lengkap bagi optometris untuk menjalankan pemeriksaan, diagnosis, dan pengurusan kesihatan mata dalam konteks penjagaan mata primer. Objektif utamanya adalah untuk menyediakan pemeriksaan komprehensif bagi mengesan anomali penglihatan dan penyakit mata, seterusnya merujuk pesakit kepada pakar oftalmologi apabila perlu. Ia juga menekankan kepatuhan kepada etika profesional serta keperluan peningkatan kualiti melalui CPD tahunan.


2. Modul Latihan Penjagaan Kesihatan Mata Dipertingkat (Enhanced Eye Health Care) Bagi Optometris Modul ini bertujuan meningkatkan kemahiran optometris dalam penjagaan kesihatan mata, terutamanya dalam pengesanan awal dan pengurusan penyakit mata kronik seperti diabetik retinopati dan glaukoma. Latihan ini membantu optometris menangani kecemasan mata dan kes-kes penyakit kronik dengan lebih baik, serta memastikan rujukan yang tepat kepada pakar oftalmologi.


3. Credentialing dan Privileging Optometris Swasta Proses credentialing dan privileging memastikan bahawa optometris swasta layak menjalankan prosedur klinikal dengan selamat dan berkesan. Ini melibatkan pengesahan kelayakan profesional serta pemantauan kompetensi melalui buku log dan latihan tambahan. Optometris mesti memenuhi syarat credentialing dan pembaharuan setiap tiga tahun, yang merangkumi pengurusan kes diabetik retinopati dan glaukoma serta pengumpulan mata CPD.


Untuk makluman semua, garis panduan ini merupakan panduan lengkap bagi optometris untuk menjalankan pemeriksaan, diagnosis, dan pengurusan kesihatan mata dalam konteks penjagaan mata primer.


Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran optometris dalam penjagaan kesihatan mata seperti pengesanan awal dan pengurusan penyakit mata kronik. Antara penyakit mata yang kerap kali terjadi di Malaysia ialah diabetik retinopati dan glaukoma.


Jadi, lebih mudah untuk anda semua buat pemeriksaan mata di kedai cermin mata yang mempunyai optometrist bertauliah tanpa perlu bersesak-sesak ke hospital atau klinik selepas ini.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم