IJN Heart Games Sempena IJN Hari Jantung Sedunia 2025

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Bersempena dengan IJN Hari Jantung Sedunia 2025, kini sedang berlangsung acara IJN Heart Games di The Curve Mall, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sehingga 28 September 2025 yang menawarkan pelbagai pemeriksaan kesihatan serta jantung serendah RM15 untuk pemeriksaan asas.


Selain pemeriksaan asas terdapat juga pakej pakej pemeriksaan jantung dengan tawaran harga diskaun yang amat menarik.


Bertemakan "It's not just a game, it's about your heart IJN mentranformasikan Hari Jantung Sedunia sebagai acara kesedaran awam yang menyeluruh dengan menggabungkan elemen keseronokan dan Pendidikan.


Pelbagai acara serta aktiviti terbuka kepada org ramai seperti squid game, demo CPR, aerobic challenge, Zumba, Quiz Jantung Dan banyak lagi.


Pengunjung juga turut berpeluang membawa balik pelbagai "free gift" daripada rerurai penaja antaranya seperti Nestle, Adabi, Blackmores.


Jadi untuk anda diluar sana jangan lepaskan peluang untuk datang ke IJN Heart Game di The Curve Mall, Mutiara Damansara sehingga Ahad, 28 September ini.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama