Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal menjadi tumpuan pemain industri dan peminat-peminat dalam bidang automotif dengan penganjuran kali keduanya yang akan berlangsung pada 30 Oktober hingga 2 November ini di Perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MATEC 2025 membuktikan komitmen MARA dalam menyokong dan memperkukuh usahawan bumiputera dalam memacu industri automotif yang mampan dengan membuka peluang besar di sepanjang rantaian nilai industri untuk meneroka teknologi baharu, memahami piawaian industri terkini, dan membina kerjasama strategik.
MATEC 2025 mengetengahkan empat (4) komponen meliputi pameran (B2C), Business Matching (B2B), Diagnose Hub, Experiential Wheel. Sebanyak 180 reruai pameran bakal disusun rapi mengikut segmen iaitu pengeluar kenderaan (OEM), vendor serta alat ganti kenderaan dan aksesori, Program Khas Automotif MARA, pameran dari rakan strategik dan agensi yang menyokong industri automotif.
MATEC tahun ini menampilkan tema "Chorge The Hype" yang menggabungkan elemen teknologi automotif terkini, gaya hidup permotoran, modifikasi kreatif dan penglibatan Gen-Z dalam satu acara. Gabungan ini bakal menghidupkan suasana penuh tenaga, gaya dan keterujaan seperti 'mengecas' budaya automotif dengan semangat baharu.
Malahan, dalam segmen experiantial wheel pengunjung bakal teruja memandu uji dan merasai sendiri kehebatan teknologi pelbagai jenama kereta dan motor elektrik, menikmati pelbagai tawaran dan aktiviti menarik seperti promosi dan diskaun hebat daripada pempamer, termasuk potongan harga servis, aksesori, dan barangan automotif.
Selain itu, pengunjung juga boleh turut serta dalam aktiviti-aktiviti permainan yang interaktif dan cabutan bertuah seperti "EV Smart Quiz", "Push Bike Challenge", dan. "Wheel of Fortune" dengan hadiah bernilai tinggi termasuk motosikal dan barangar eksklusif MATEC.
Penganjuran MATEC kali ini turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai rakan industri dan agensi strategik termasuk PETRONAS, EON, Daihatsu, Little Joe, Bateriku, CelcomDigi, Mannol, PMH, serta institusi kewangan dan agensi kerajaan berkaitan seperti PUNB, MARii dan SME Corp.
MATEC 2024 memperoleh pencapaian yang memberangsangkan dengan berjaya mencatat transaksi jualan bernilai RM16.6 juta, selain melaksanakan lebih 330 sesi padanan perniagaan yang memberi impak positif terhadap jaringan industri automotif bumiputera serta menarik 26,550 pengunjung,
Susulan kejayaan tersebut, Dr. Asyraf yakin MATEC 2025 mampu memperoleh transaksi jualan melebihi RM50 juta dengan penambahan lebih 70 reruai pameran berbanding tahun lepas dengan sasaran bilangan pengunjung sebanyak 50 ribu sepanjang tiga (3) hari penganjurannya.
Floor88 antara selebriti yang bakal memeriahkan MATEC 2025
Untuk rekod, melebihi 5,000 usahawan automotif bumiputera telah dibangunkan oleh MARA melalui inisiatif latihan, kemudahan pembiayaan, fasiliti perniagaan dan bimbingan strategik yang disediakan. MARA juga memainkan peranan dalam menyokong industri High Growth High Value (HGHV) dengan membangunkan usahawan EV seperti GGR Motor yang merupakan pengeluar utama motor EV negara. Selain itu, MARA telah melatih guna tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri automotif negara melalui institusi pendidikan TVET MARA.
MATEC 2025 bersedia untuk memainkan peranan penting dalam industri automotif Malaysia dengan meningkatkan penglibatan usahawan bumiputera dalam industri, mempromosikan pertumbuhan industri, menyokong inisiatif kelestarian dan memupuk pembangunan bakat seterusnya.
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com