Setelah kejayaan mencipta nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai Kutipan Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas Menerusi Platform Penstriman Langsung, usahawan selebriti Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman kini melebarkan lagi sayap empayar beg tangan keluarannya dengan kerjasama serta gandingan bersama Sally Whoo yang juga pernah dinobatkan sebagai Tiktokers Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH).
Bakal menampilkan 6 koleksi bag eksklusif antaranya Samma Medium, Rica, Roca, Mamma, Stela & Stely, jualan koleksi beg ini akan berlansung sepanjang bulan Oktober hingga Disember tahun 2025 ini dengan harga bagi setiap koleksi sekitar RM75 hingga RM85 sahaja.
Pelancaran yang berlangsung di Citrine Ballroom, One World Hotel pada 15 Oktober tanda manifestasi serius Dato’ Aliff Syukri dalam memastikan koleksi beg keluarannya terus kekal relevan di pasaran dengan pemintaan yang tinggi disamping kualiti beg yang premium dengan harga yang mampu dimiliku oleh semua peringkat usia.
Para peminat fesyen dan pengikut setia Dato’ Sri Aliff Syukri serta Sally Whoo pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki koleksi AS x Sally ini. Gabungan cita rasa elegan Dato’ Aliff Syukri bersama sentuhan trendy dan berani dari Sally Whoo menjadikan setiap rekaan beg tampil eksklusif, moden dan penuh keperibadian.
Lebih menarik, koleksi AS x Sally bukan sekadar aksesori gaya, tetapi simbol keyakinan dan keanggunan wanita masa kini. Setiap rekaan dihasilkan dengan teliti menggunakan material berkualiti tinggi bagi memastikan ketahanan dan keselesaan pengguna, seiring dengan slogan beg AS yang terkenal dengan slogan “Designed From The Heart” & “Sentiasa Bersamamu”
Koleksi ini bakal dijual secara rasmi melalui rangkaian agen dan stokis sah di seluruh Malaysia, selain turut ditawarkan menerusi platform penstriman langsung rasmi AS seperti TikTok Shop dan Shopee Live pada tarikh yang akan diumumkan tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk mendapatkan hadiah misteri bernilai tinggi bagi pembeli terawal serta pelbagai promosi menarik sempena pelancaran jualan di platform penstriman langsung TikTok Shop & Shopee Live.
Orang ramai disarankan untuk mula mengikuti akaun rasmi media sosial Dato’ Sri Aliff Syukri dan Sally Whoo bagi mendapatkan pengumuman terkini tentang tarikh jualan, warna dan rekaan eksklusif yang akan dilancarkan secara berperingkat.
Nama-nama 6 jenis beg yang diperagakan ketika acara berlangsung:
Samma Medium
(Ada dua material glossy dan denim)
Rica
(Material PU leather)
Roca
(Ada dua material glossy dan matte)
Mamma
(Ada dua size S & M material PU leather)
Stela
(Ada dua size S & M material PU leather corak kulit buaya)
Stely
(Material glossy)
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com