PELANCARAN NAFESA DAN KOLEKSI THE ALHAMBRA MONOGRAM

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, Nafesa dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai jenama yang lahir daripada kasih seorang ibu.


Nama Nafesa diinspirasikan daripada nama ibu pengasas, Naveesof yang melambangkan kelembutan, ketabahan, dan nilai seorang wanita yang begitu berharga. Segalanya bermula di Arafah  dimana ketika berdoa, rintihan jiwa dan ingatan terhadap kasih ibu membawa kepada satu ilham suci. Inspirasi itu terus dilakar di atas kanvas dan hari ini menjadi permulaan baharu di Saudagar Asia.


Menampilkan identiti wanita profesional, yakin dan berwibawa, Nafesa meraikan pesona wanita moden dengan gaya yang anggun dan bercitarasa tinggi. Noor Kumalasari dipilih sebagai Nafesa Première Showcase Muse, mempersembahkan kemewahan dan warisan yang tidak lapuk dek zaman.


Koleksi The Alhambra Monogram diinspirasikan daripada seni bina Istana Alhambra di Granada, simbol kehalusan seni Islam, kemewahan dan kekuatan tamadun. Setiap corak menyampaikan mesej wanita yang anggun, yakin, dan mampu mencipta rezeki melalui kecantikan.


Menggunakan fabrik premium satin, koleksi ini lembut, ringan, tidak jarang, mudah dibentuk dan selesa dipakai. Antara ciri-ciri produk ialah:
  1. Material premium & tidak panas
  2. Cetakan halus & tahan lama
  3. Warna sesuai wanita Asia
  4. Packaging eksklusif sesuai sebagai hadiah
  5. Rekaan timeless, tidak ikut trend semata-mata

Lebih daripada sekadar jenama tudung, Nafesa ialah peluang untuk wanita hari ini yang bukan sekadar pengguna tetapi trendsetter, tulang belakang keluarga dan inspirasi komuniti. Dengan harga jualan RM79 sehelai, produk ini akan mula dipasarkan bermula minggu hadapan. Dapatkan segera sementara stok masih ada!

2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم