Festival Raya ikonik, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR), kembali pada tahun 2026 dengan membawa kemeriahan yang lebih besar bersempena penganjurannya untuk tahun kelima. Acara yang telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysian Book of Records sebagai Expo Festival Raya terbesar di Malaysia pada tahun 2024 ini merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management.
Untuk julung kalinya pada tahun ini, ABxFGR akan memulakan jelajah festival raya mereka di tiga buah lokasi utama, bermula di lokasi antarabangsa pertama iaitu di BRIDEX Convention Centre, Brunei pada 27 Februari 2026 hingga 1 Mac 2026, diikuti PICCA, Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan di sebelah utara Malaysia pada 6 Mac 2026 hingga 8 Mac 2026 dan acara kemuncak di MITEC, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2026 hingga 16 Mac 2026.
Kemuncak penganjuran ABxFGR 2026 akan berlangsung seperti tahun-tahun sebelum ini, selama 66 jam tanpa henti bermula jam 12.00 tengah hari pada 13 Mac 2026 sehingga jam 6.00 pagi pada 16 Mac 2026 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Sepanjang 4 tahun penganjuran, ABxFGR telah mencatatkan pelbagai pencapaian luar biasa dan berikut merupakan rangkuman kejayaan yang telah direkodkan sejak tahun 2022:
- RM61.5 juta hasil jualan
- 2,432 tapak reruai
- 7.96 juta jumlah pengunjung
- 334 vendor F&B
- Lebih 400 Selebriti
- 125 rakan penaja
- Lebih daripada 3,500 usahawan dan 700 jenama tempatan
Pihak penganjur turut memperkenalkan barisan rakan penaja di mana ABxFGR akan dimaniskan oleh Kunafa Aiwahhh, diikuti SPayLater sebagai Kaedah Pembayaran BNPL Rasmi, Bank Rakyat sebagai Bank Rasmi, Power Root sebagai Minuman Eksklusif, Cik B Salmon Skin sebagai Rangupan Rasmi, Sugar Bomb sebagai Wangian Rasmi, REV Media Group sebagai Media Rasmi dan Ombak Exclusive selaku Percetakan Rasmi bagi acara ini. ABxFGR 2026 ini juga diserikan dengan rakan penaja yang lain seperti Beauboss, Siti Khadijah, Varisha Collection, Keyes Bakehouse, Seri Bako, Opai Fragrance, HABIB, Cheetah dan Pure Lab.
Pihak penganjur membawakan kelainan tahun ini dengan menawarkan pilihan kaedah Buy Now, Pay Later daripada SPayLater. Kaedah pembayaran menggunakan SPayLater tidak lagi asing dalam kalangan pengguna sekarang dan pihak penganjur yakin kerjasama dengan SPayLater dapat memberi pengalaman membeli-belah tanpa batasan di ABxFGR 2026.
Seterusnya, tarikan utama yang bakal diketengahkan termasuk aktiviti sampingan di Brunei, Grab The Gold. Tidak kurang juga di Kuala Lumpur ABxFGR bawakan Cengkaman Lebaran atau Human Claw Machine, dan pengunjung di Penang berpeluang merasai pengalaman mengujakan, Money Chamber. Tidak ketinggalan juga Jualan Happy Hour serta persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal di Malaysia sepanjang tempoh penganjuran. Festival ini juga bakal menampilkan barisan selebriti serta usahawan ternama bagi memeriahkan suasana sepanjang acara berlangsung.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), pihak penganjur ABxFGR 2026 juga akan menyampaikan bantuan bagi golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan persatuan ibu-ibu tunggal sama seperti tahun lepas dan berharap agar inisiatif ini dapat menjadi sebuah tradisi untuk tahun-tahun akan datang sebagai tanda memperingati mereka yang memerlukan.
Pihak penganjur berharap penganjuran ABxFGR 2026 dapat terus menjadi platform utama bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan usahawan tempatan, di samping menawarkan pengalaman membeli–belah persiapan raya yang lengkap kepada para pengunjung. Orang ramai dijemput untuk mengikuti akaun media sosial rasmi ABxFGR bagi mendapatkan maklumat terkini serta perkembangan terbaharu berkaitan penganjuran acara ini.
Absolut Bazaar
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com