About Me



Blog hanshanis.com wujud disebabkan atas semangat ingin berkongsi tentang rasa, pandangan dan minat yang cukup mendalam di dalam bidang penulisan. Pemegang Ijazah Sarjana Muda (HONS) Penyiaran Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Memilih bidang penulisan kreatif sebagai kerjaya sepenuh masa pada ketika ini dan banyak terlibat di dalam menulis skrip dan menerbitkan program-program di saluran televisyen seperti di Astro Oasis dan Astro PrimaPada masa yang sama turut menjadi pembantu kepada PU Riz serta aktif menulis di blog. 

Pada peringkat awal, menulis di blog sekadar suka-suka dan untuk menambah rakan sahaja. Namun, melihatkan kepada banyak perkara yang boleh dimanfaatkan di blog melalui penulisan maka lahirlah pelbagai artikel yang menjurus kepada pelancongan, makanan, filem, numismatik serta projek-projek amal.

Menulis bukan sekadar untuk berkongsi pengalaman, perasaan atau pandangan tetapi tanpa sedar ia memberi bantuan serta impak positif yang cukup besar buat pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu kisah yang dikongsikan.

Memetik kata Imam Al-Ghazali : "Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis". 


About Hans Hanis

9 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com