Selasa, 17 Jun 2008

Toy's Staff

Pengalaman Kerja Pertama

Selalunya bila tiba sahaja cuti semester, aku asyik berkata aku nak cari kerja. Tapi bila sampai saja rumah, niat asal bertukar seratus peratus. Keputusannya , duduk di rumah sambil menambah berat badan. Haha! Tetapi, cuti semester kali aku malas nak memikir nak kerja atau tak. Aku dah kata kalau aku cakap nak cari kerja aku takkan cari. Jadi, lebih baik aku buat tak tahu jer. Entah apa sebabnya, tetiba aku bagitahu member aku kalau nak kerja ajak aku sekali. 2-3 hari lepas tu tiba-tiba member aku call cakap esok dia nak cari kerja. Aku pun mengiyakan sajalah.

Keesokan harinya, aku dengan member aku pun naiklah motor pegi ke sebuah shopping complex nih. Banyak betul pasaraya nih tampal vacancy dekat dinding. Aku dengan member aku pun mulalah mencari office pasaraya nih. Akhirnya dah jumpa. Dekat tingkat 4. Tapi bila dah jumpa tiba-tiba mula rasa takut. Mulalah dua-dua bertolak suruh pergi dulu. Tak boleh jadi nih. So, aku dengan member aku nih naik tingkat 5 kejap. Kami berbincang apa alas an nak bagi. Sebab kami nak kerja sebulan jer. Kalau kami bagitahu Tauke tu kami nak keje sebulan jer confirm dia tak ambil kami kerja. Bincang punya bincang so kami beranikan diri pergi masuk ofis dia. Haih, penat aku dengan member aku bincang rupa-rupanya tauke tu off day. Haha! So, kami cadang esok datang balik.

Keesokan harinya, kami berdua datang. Nasib tauke tu ada. Kami pun masuk pejabat dia. Kami cakap kami nak minta kerja.Dia tanya kami ni tak nak sambung belajar ker. Member aku dengan pantasnya bercakap dah habis dah belajar. Lepas tu dia tanya betul nih kami tak mahu sambung belajar lagi. Kami berdua pun mengangguk serentak. Haha! Kemudian Tauke nih tanya lagi, “ U mau kerja apa?” Member aku cakap nak jadi cashier sebab dia ada pengalaman sebelum nih. Beria-ialah tauke nih tanya dia pasal cashier. Aku ingat dia dapatlah jadi cashier alih-alih dia kata dia ambil perempuan jer jadi cashier. Padahal dia soal member aku sampai 10 minit lamanya. Lepas tu, dia tanya aku pula," U ada pengalaman kerja?" Aku pun cakap lah aku tak ada pengalaman. Aku tengok muka dia. Aku rasa macam dia tak mahu bagi aku kerja jer. Aku dah macam putus asa tapi tiba-tiba dia tanya,” U mau keja apa?” Aku pun cakap aku nak jadi promoter tapi dia kata jawatan tu dah full. Dia kata ada storeboy jer. So, kami berdua pun terima jer lah walaupun tahu kerja tu memang memenatkan. Aku mula kerja esok. Member aku mula awal bulan. Aku mula memikirkan macam manalah aku esok. Kerja sorang-sorang dengan sapa pun aku tak kenal dekat situ.

Esoknya, aku pun datanglah kerja. Tauke Cina nih kerek sikit. Menyampah jugalah aku tapi sabar jer lah. Dia ajar aku cara nak finger print, bagi kad pekerja dengan terang dekat aku syarat2 kerja. Haih, aku dengar jer lah. Yang bestnya aku bukan kerja bahagian store. Dia tukarkan aku ker bahagian Toy’s & stationery. Punyalah seronok aku. Dia tau kut aku nih penyayang pada kanak-kanak. Itu sebab dia bagi aku bahagian tu. Lagipun aku nih memang suka main mainan budak-budak nih. Haha! Aku diperkenalkan dengan supervisor aku, Ah Sun. Seorang cina. Baik orangnya. Dia ajar aku macam-macam walaupun dia dah nak berhenti dah kerja dekat situ. Lepas tu dia perkenalkan aku dekat teman kerja aku, Hani. Dia pun pening sebab nama Hani dengan aku dekat-dekat sama. Lepas tu dia kenalkan aku dekat staff-staff situ. Seronok sebab dapat ramai member baru. Tapi, macam biasalah bila diorang tanya nama aku mulalah kecoh. Aku bagitahu jer nama aku Hanis diorang tak percaya. Siap senyum-senyum lagi. Adess! Sabar jer lah!!

Bestnya aku kerja sini sebab aku dapat member-member India dan Cina. Dan aku bergaul dengan pelbagai umur dari yang muda daripada aku sampai yang tua-tua. Seronok! Dan aku dapat belajar kesusahan yang diorang nih alami sebab rata-rata gaji diorang setakat RM500 lebih jer. Dengan harga minyak yang naik punyalah banyak hari tu aku sangat simpati dengan diorang. Berbalik pada bahagian yang aku kerja iaitu Toy’s atau permainan, aku nih bab skru nih lemah sikit. Maklumlah, waktu dulu masa subjek Kemahiran Hidup @ KHB bab-bab skru ke bertukang ker aku suruh member aku tolong. Haha3. So, agak risau jugalah sebab mainan nih ada yang kena buka skru la apalah untuk letak battery.

Hari kedua tu aku agak bengang jugalah. Ada customer nih. Makcik mana entah. Dia beli kereta control. Lepas tu aku kenalah buka keta tu. Tengok-tengok banyak pula dia pasang skru. Aku pun mula gelabah. Mana skru driver yang betul nih. Aku dah risau dah. Makcik tu pun dah rimas. Lama tunggu gamaknya. Nasib Kak Yati, satu bahagian dengan aku tolong. Makcik tu cakap dekat suami dia,”rimas tengok budak nih buat kerja”. Haih, sabar jer lah aku. Malam tu aku apa lagi. Aku try satu-satu mainan. Semua aku buka dengan pasang battery. Dan akhirnya bab-bab skru nih aku dah pakar. Tak ada masalah dah. Hehe3!

Bila Kak Yati atau Hani rehat, aku kena jaga bahagian stationery sama. Aku tak pakar bab-bab balut hadiah nih tapi nasib ramai yang reti balut hadiah. Yang selalu tolong aku bab nih ialah Gayatri dengan Syah. Trimas korang! Cuma yang aku risau bila customer beli souvenir, penat aku nak mencari kotaknya. Aku nih lemah gila bab mencari kotak nih. So, kadang-kadang aku rembat jer mana-mana kotak kalau tak jumpa. Bila aku bagitahu kak yati.. dia kata ada kotak tu. Siap dia tunjuk lagi. Haha3.



Kak Yati nih sporting dengan aku. Aku sangat bersyukur dapat teman kerja macam dia. Kira kalau customer tak ada tu memang best dapat sembang-sembang dengan dia. Susah aku nak dengar dia merungut. Lepas nih mesti rindu nak kerja dengan orang macam dia.


Paling aku seronok keje bahagian Toy’s nih ialah aku dapat main permainan yang dulu aku nangis-nangis nak beli tapi mak ayah aku tak pernah beli. Antaranya permainan Jolly Penguin dengan Fishing Game. Jolly Penguin ni yang ada penguin naik tangga turun tangga tu. Fishing Game plak mainan yang kita kena pancing ikan tu. Mulut ikan ternganga-nganga sambil bunyi muzik. Hahaha3. Lepas tu aku dapat main kereta control dengan helicopter. Macam-macamlah. Seronok!


Perkara yang paling best masa kerja nih bila sampai stok baru. Berdebar-debar hati buka kotak nak tgok ada mainan apa dalam tu. Ada piano lah, senapang lah, robot la, doll la...haha3..


Tugas yang agak penat..kadang-kadang tension tapi best ialah check stock setiap barang-barang mainan tu. Haha3. Penat aku menyalin. Kadang-kadang benda sama tapi code plak lain. Kira dekat situ akulah yang habis gila awal bab check stock nih. Tapi aku tak lah bangga sebab aku buat kerja nih enjoy..cari pengalaman..lagipun bila buat kerja rasa cepat jer masa berlalu…


Aku juga kadang-kadang jadi gila akibat kerja dekat sini. Selalunya masa aku menjadi gila mula menjelma sewaktu pukul 8 malam sampai 9.40 malam sebab selalunya bila masa nih di hari-hari tertentu customer tak ada atau sangat sikit. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku pun apa lagi pulas musix box la. Buka mainan dengan main kereta control lah. ahaha!!


Customer yang paling susah untuk ditangani dan membuatkan kepala aku pening hingga nak meletup bila ada warga indonesia datang nak beli mainan. Penat betul aku explain. Tapi, yang bagusnya diorang nih diorang beli barang mainan tu. Kira tak sia-sialah aku explain sampai pening kepala. Paling aku ingat pasal satu keluarga barangkali. 2 lelaki 2 perempuan. Loghatnya macam Kelantan Siam ada..macam Indon pun ada..Aku tak pasti. Hari tu ada stock mainan baru sampai. Helicopter terbang! Harga asal RM130.00 tapi hari tu ada offer. Harga mainan nih kadi RM99 jer. Dia suruh aku test mainan nih. Penat jugalah charger battery mainan nih. Lepas tu aku setakat test lah sayap mainan nih berfungsi ker tak. Tapi mamat nih nak test main. Aku cakaplah susah sikit sebab benda nih kena main kawasan lapang. Tapi dia buat bodoh main juga. Aku, Hani dengan supervisor Wan tengok jer lah. Last-last mainan tu naik sikit. Lepas seronok dia main, dia cakap simpan dulu. Aku cakap tak boleh jadi nih. Dia main punya best pastu tak mahu beli pula. Aku pun menggunakan kepakaran public speaking Masscom aku dan akhirnya dia beli. Haha! Jangan memain dengan aku! Puas hati sebab dapat memujuk dia beli walau tak dapat upah pun.

Bila rehat petang sangat best…sebab dapat makan nasi lemak dengan nasi lemak ayam dekat kedai tepi jalan tu. Nasi lemak 50 sen dengan nasi ayam rm1.00 tu sedap gila lah. Aku nih kaki makan..paling banyak aku makan 4 bungkus. Nasi tu tak banyak mana pun tapi sedap. Kena pulak dengan teh ais. Fuh, nikmat! Hehe3. Sekarang nih tengah fikir alasan apa nak tulis dalam surat nak bagi dekat tauke cina yang kerek tu sebab cuti semester dah nak habis.Kuliah dah nak mula. Apa-apapun aku pasti sangat rindukan kenangan manis sewaktu kerja nih sebab disini aku belajar susahnya nak dapatkan duit, penatnya apabila kerja, dapat mengetahui kesusahan orang-orang bawahan nih dan macam-macam lagilah.


Banyak lagi sebenarnya pengalaman-pengalaman kerja dekat sini seperti jumpa bapa buta yang ada 4 orang anak, jumpa pekerja kedai makan yang busuk, jumpa customer yang suruh aku buka punya banyak mainan tapi tak beli satu pun. Macam-macam lagilah tapi biarlah ia menjadi kenangan kepada diri aku sahaja.



Kepada Kak Yati, Hani, Gayatri, Akak2 Bahagian Electrical, Esha Mary, Kak Ina, Kak Ina melatah, Lin, Farah, Asma, Ijad, Syah, Aru, Syam, My Dear, Palong dan lain-lain…..semoga korang gembira kerja..aku sangat merindui korang…moga jumpa lagi….sekian!!

13 ulasan:

  1. pjg gilaaaa.. aku bc sekerat je. lg sekerat nnt aku sambung lepas makan. hehehe

    BalasPadam
  2. Slm.. aku dh bace pengalaman2 keje ko.. weh aku time kecik pon x dpt men penguin ngan ikan tuh.. mak aku x bli.. huhu! siyes bengang owh dpt customer yg soh bukak mainan mcm2 pastu x bli.. pape pon cerite ko menarik la gak.. truskan usehe anda menulis.. semoge berjaye.. -choc_mafia-

    BalasPadam
  3. hehe.. kerja kerja kerja!

    customer2 yang mcm sengal and byk kerenah mmg dh normal kalo ko keje.

    sabar je la, dah dpt gaji blanje aku!

    BalasPadam
  4. "Perkara yang paling best masa kerja nih bila sampai stok baru. Berdebar-debar hati buka kotak nak tgok ada mainan apa dalam tu. Ada piano lah, senapang lah, robot la, doll la...haha3.."

    EM,dialog yg paling sy suka..nak tnya skit..dlm byk2 mainan tu sbnrnya awk tertarik ngn DOLL kn..heheheh ngaku je la..jujur lebih baik..

    BalasPadam
  5. waaaaaaaaaaaaaaaa...
    keje lah..
    matang sket kalo da bekeje..
    dunia jadik lagi luassssssss..

    keje dapat duit...
    huhuhuhu..

    BalasPadam
  6. "Dia tau kut aku nih penyayang pada kanak-kanak."
    hoho, aku meragui kenyataan ayat ko nih.. asal dlm cite ko xsebut 1 pun sal kanak2 y ko layan?

    wahaha, aku beruntung dpt merasa men penguin n pancing2 tu.. walopun bkn aku nyer, tp kire abang akak aku punye tu, aku punye gak la.. tu la, family ramai2 nih mmg bes..

    BalasPadam
  7. kepada aliya azmi->baca sampai habis

    kepada itachileen->>trimas

    kepada e-zul->gaji sikit..xdapat belanja

    kepada anuar ali->aku xlayan doll ma...

    kepada flurry adams->aku dah dapat gaji setengah bulan.sonok walau sikit

    kepada fadet a.k.a oma->kalau citer bertambah panjang..tapi ramai budak2 senyum dekat aku..kecik2 dah pandai ngurat aku dah...haha3

    BalasPadam
  8. Finally..
    pnjg gak ko nulis..
    aq pon pnh kje cm ko, tp kt kdai jam r..
    bkak2 bteri, rpair2. huahua.
    takot wOo. kang wosak aq jgak kne gnti. heheh~

    BalasPadam
  9. anonymous i2 aq..
    haha

    BalasPadam
  10. Dia main punya best pastu tak mahu beli pula. Aku pun menggunakan kepakaran public speaking Masscom aku dan akhirnya dia beli. Haha! Jangan memain dengan aku! Puas hati sebab dapat memujuk dia beli walau tak dapat upah pun.




    HAHAHAHHAHA. tergelak besar ok!!!

    BalasPadam
  11. gayatri? name baru nih! buley gune! hahah erm.. best gak cite ko! rase nak gelak byk kali tp tkut terkencing! huhu

    BalasPadam
  12. aku suka nama esha mary...
    sedap..
    nama barathi pun ada....
    selalu shot sebab dia cashier yang paling lemah
    haha3

    BalasPadam
  13. emm cite yg mnarik ni..
    pengalaman bkerja mmg best..
    pnjg tol ko nye cite ni..
    ley la blnje ak nnt..haha
    eh ko bg alasan pe nk brhnti kt
    bos ko?ak nk jgk tau..hehe

    ~batrish~

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com