Mengapa Malaysia Tidak Perlu Ada Superhero???

Maaf lari tema pula kali ni. Menjawab permintaan member baik bloggers ku si Moshi yang nak aku tulis entry nih dan aku telah menyahut seruan beliau itu. Apa – apapun kemaafan ku pohon dari kalian semua sebab entry nih bakal membazirkan masa hidup kalian apabila membacanya kerana aku telah merepek 1000% dalam entry nih.

Mengapa Malaysia Tidak Perlu Ada Superhero

1) Aku terfikir bila aku melihat semua filem superhero pasti tempat tinggal yang di diami oleh superhero itu akan muncul musuh – musuh yang menakutkan yang mahu memusnahkan keamanan tempat itu. Contohnya :-

Cicakman = Professor Klon dan Rrama
Spiderman = Dr. Octopus
Batman = Joker & Two Face

Jadi, ini menunjukkan bahawa superhero akan membawakan ancaman pada keamanan yang sedang kita kecapi sekarang di bumi Malaysia.

2) Superhero akan membawa pengaruh yang tidak baik kepada moral masyarakat Malaysia. Contohnya adalah Superman. Dengan seluar dalamnya di pakai diluar dan mampu dipertontonkan kepada khalayak ramai pastinya ini memberi impak yang kurang baik kepada moral masyarakat kita dan mungkin akan ada rusuhan di kalangan rakyat supaya beliau dihapuskan atau diusir dari Malaysia kerana menyentuh sensitiviti rakyat berkenaan cara pemakaian beliau.

3) Akan berlaku pencemaran di kawasan bandar – bandar. Lihat saja kepada spiderman. Mahu pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan melepaskan sawang pada tangannya. Cuba bayangkan setiap hari dia melepaskan sawangnya ke bangunan – bangunan semata – mata untuk membantu orang. Ini pasti mencemarkan keindahan bumi Malaysia dan kedatangan pelancong juga semakin menurun akibat hal ini. Kerajaan Malaysia juga terpaksa memperuntukkan jumlah wang yang banyak semata – mata untuk membersihkan sawang – sawang yang dihasilkan spiderman. Masa yang diambil juga terlalu lama untuk membersihkan sawang – sawang beliau.

4) Menunjukkan bahawa pihak berkuasa Malaysia langsung tidak berkuasa dan tidak berguna. Jika munculnya superhero maka pihak berkuasa akan bersenang lenang dan secara tidak langsung mereka akan dikatakan makan gaji buta. Dan mungkin pihak kerajaan akan mengurangkan bilangan polis dan mengharapkan bantuan dari superhero sahaja. Ini secara tidak langsung meningkatkan kadar pengangguran rakyat tempatan.

5) Kemampuan superhero terbatas. Mereka hanya menumpukan pada sesuatu Bandar sahaja. Ini mungkin menyebabkan ada rakyat dari Bandar yang lain yang merasa iri hati lalu perpaduan yang dipupuk sejak dahulu kala bakal runtuh hanya kerana superhero dikatakan pilih kasih dan tidak adil kepada mereka.

Jadi inilah antara sebab – sebab mengapa superhero tidak perlu ada dekat Malaysia tanah tumpah darah kita yang tercinta nih.

P/S : Superhero Membawa Banyak Keburukan Dari Kebaikan. Betul Tak?

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. superhero membawa beban kerana persekitaran tidak sesuai dengan mereka..sekiranya majoriti makhluk di bumi seperti mereka maka mereka bukan lagi superhero dan petempatan juga mungkin lain dari yang lain..hehee..sama2lah kita merapu...sekali sekala release tension dan out of box.

    BalasPadam
  2. tp klu xda superhero pown,ada ja org jht.
    cth: ank!

    BalasPadam
  3. Cikgu Wiween : Han Chee Tai lagi ensem what?haha

    Ajeem : sekali sekala merepek memang best

    Mama Panggil Aku Alia : haha

    Pikato Ezora : aku baik la..gila kejam wat fitnah..saman hang..see me in court..haha

    BalasPadam
  4. 1 lg tambahan..
    superhero akn mengakibatkan 1 bandar musnah, rakyat idup dlm ketakutan.. contoh dpt dilihat dlm citer 'powerpuff girls'.. bile adik bradik ni gado sesama mrk tuk menunjukkan kehebatan masing2, abis 1 townsville..

    huhu, aku pernah jd peminat ppg rupenye, cane ley ingt pun tatau..

    BalasPadam
  5. nur fadhilah : bagus2...anda bersetuju akhirnya dgn aku wahai oma..haha

    BalasPadam
  6. jika ada superhero..
    pasti ramai orang di malaysia ini yang murtad. superhero ini akan mewujudkan agama baru dan kerajaan baru. seperti kerajaan langit. tunjuk kuasa sikit. mesti ramai orang terikut.

    pasti banyak aprti parti politik berebutkan superhero untuk ini dengan diberikan rasuah yang banyak dan superhero ini menjadi kaya dan mampu menjalankan perniagaan

    mesti surat khabar kosmo! hari hari klua criter pasal superhero ini dengan tajuk "superhero Malaysia pakai tangkal kuasa tok batin malau" ataupon "superhero malaysia menyelamatkan pelajar sekolah dirogol"

    haha

    BalasPadam
  7. Akukopikausiapa : wah,hebat juga ekk ko meraban...aku ingat aku jer macam ni...haha..leh jadi geng nih

    BalasPadam
  8. sebagai penutup kata.superhero tidak cerdik walau dimana mereka wujud. so la-la.

    BalasPadam
  9. hans : adalah superhero cerdik...tomatoman..haha

    BalasPadam
  10. Dunia ini perlukan superhero tetapi tidak perlu orang pelik. Mengapa orang-orang pelik dikaitkan dengan superhero?. Semenjak dahulu lagi, orang suka mengambarkan wujudnya orang pelik yang menjadi hero, tetapi hakikatnya semua orang pelik yang wujud di depan mata bukan superhero.

    Superhero telah disalah cerita oleh pencerita-pencerita hingga orang waras zaman ict menganggap superhero adalah orang pelik, sedangkan tidak pernah ada orang pelik yang jadi superhero. Superhero telah disembunyikan begitu rupa, sehingga mereka mengambarkan superhero bertopeng kerana tersembunyi.

    Dunia tidak memerlukan orang pelik untuk jadi superhero, tetapi dunia memerlukan superhero yang berani dan tetap berani walaupun orang jahat benci.

    Anggaplah saya juga sedang dilanda ilusi.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama