COMING SOON!!!!


Isnin lepas aku dengan 4 orang lagi classmate aku iaitu Deja Rozalez, Yati Luciana, Mama Yokies dan Geena Moralez menghadapi fasa kebosanan yang sangat membosankan lalu sebelum masing – masing cuba melakukan commit suicide maka kami semua pun mengambil keputusan untuk menghabiskan duit mak ayah masing – masing untuk menggembirakan diri masing – masing.

Kami bertolak dengan kereta sewa yang paling bagus dan selalu diservis dekat Uitm nih. Apa – apapun, kami pergi melantak dulu dekat restoran makanan segera yang agak terkenal dekat bumi Malaysia nih. Lapar beb!!


Lepas tu kami semua sepakat untuk main bowling dulu. Aku sangat riak sebelum permainan bermula dan pada permulaannya bola menuju ke garisan yang sangat cantik dan menggoda = longkang @ parit. CESS!!!


Tapi, selepas aku agak insaf sedikit dan selalu mendoakan bola mereka turut masuk longkang atau tidak strike maka keputusan perlawanan hari itu :-


1st = Deja Rozalez(sentiasa konsisten dan strike)


2nd = Hans SRK(kesilapan menggunakan bola yang tidak sesuai pada 2 permainan yang pertama)


3rd= Yati Luciana(roh Meon lari disaat - saat akhir..hahahaha)


4 = Mama Yokies(pertama kali main tapi menunjukkan permainan yang agak mantap)


5= Geena Moralez(setia pada perjanjian Axis melibatkan Aku,Mama Yokies & Beliau...kahkahkah)


Lepas tu kitaorang pergi tengok wayang. Macam – macam cadangan yang keluar. Aku semestinya mencadangkan filem Tamil(Avain ker apa tajuknya) kepada diorang. Hahaha. Ada yang mencadangkan filem Naak berkisar pasal cerita ular. Ada yang mencadangkan filem Uninvited dan juga filem Malaysia iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam(nih confirm tak raya tahun nih mesti keluar dekat tv raya tahun depan). Akhirnya, kita orang mengambil keputusan untuk melihat filem hantu Thailand @ Siam bertajuk Coming Soon.


Filem in menceritakan pasal sebuah filem hantu di Thailand yang dibikin berdasarkan kisah sebenar(konon-kononnya) di sebuah kawasan kampung di sana dimana ada seorang wanita, Chaba kehilangan 4 orang anak. Beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak-anaknya telah mati dan menculik bebudak kampung berhampiran lalu membutakan mata mereka. Orang kampung mendapat tahu pasal perkara ini lalu mengepung rumah Chaba dan menangkap serta menggantung beliau di dalam rumah beliau sendiri sehingga mati.

Cerita bermula apabila seorang lelaki yang bekerja dekat panggung wayang ditugaskan oleh seorang Taikun cetak rompak untuk membuat salinan palsu dan menyerahkan salinan tersebut kepada beliau sebelum filem ini ditayangkan di Thailand. Misteri mula tercetus apabila orang – orang yang berkait rapat dengan penghasilan filem ini serta yang menonton filem ini hilang satu persatu. Jadi, lelaki tadi pun cubalah menyiasat. Maklumat pertama yang ditemui adalah mayat Chaba yang digantung di rumah beliau tidak ditemui sehingga kini. Adakah roh Chaba mahu membalas dendam?? Nak tahu lebih lanjut korang pergilah tengok sendiri. Hahaha!!!

Filem ini bagi aku memang best dari segi :-

Seram : memang tak dapat dinafikan tambah – tambah kitaorang semua duduk dekat seat yang paling depan berbanding penonton yang lain. Bukti lain -> popcorn aku habis cepat dan Yati Luciana asyik menutup mata jer(kalau tutup mata baik tak payah tengok..haha).

Sinematografi
: agak bagus dan memang kena dengan jalan cerita.

Idea
: aku rasa idea pengarah atau penulis script filem nih agak segar.

Pelakon
: penghayatan watak masing – masing masih bagus.

Logik
: cerita hantu nih(cerita apa-apapun tambah – tambah wonder pet) kalau difikir memang tak logik tapi layan sudah....

Storyline
: tidak melalut dan kadang – kadang sukar dijangka.

Kesimpulannya, tak rugilah menonton filem nih sebab memang seram habislah. Jadi kepada sesiapa semua yang belum menonton filem ini di panggung wayang berhampiran atau dekat vcd cetak rompak bolehlah berbuat demikian jika tidak tahu filem apa yang mahu ditonton.

P/S : Menunggu Filem Harry Potter Terbaru......


8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. idea mve best..tapi crita die bosan la..but the main guy...comel.lol

    BalasPadam
  2. Hye Datuk SRK..
    Lamanya hang hilang..
    pegi maner?

    seronoknyer bebanyak aktiviti..

    turut sama menanti Datuk Shah Rukh Khan berlakon..
    hehe..

    BalasPadam
  3. Namkhir : bosan kah???entah..maybe tgok dkt wayang perasaannya lain...haha

    LotsOfLove-Pearls : hahaha..doakan aku menang Anugerah Bintang Popular nanti...hahah

    BalasPadam
  4. er. sonok nmpk AKHIRNYA ada org "ngaku" ank 2 srk?ahak!
    nwy, aku lama xtgk wyg.
    nak tny, kt panggung cta jangan teguq ada lg dak?
    aku kepingin nk tgk cta 2 tp xda sapa nk tgk gn aku kt kulim ni.
    nk p tgk sorg, phm2 lh aku ni.
    PENAKOT!! huhuhu.

    BalasPadam
  5. best siot hans.. aku kdg2 kalo termenung atau dok sesorg memalam aku mmg trbayang giler la.. mnjerit2 aku dlm wyg. pergh!! best2. tokojut mak. haha

    BalasPadam
  6. Pikato Ezora : ramai kata Jangan Tegur tu tak best..kalau best aku dah pergi tengok..so tunggu raya nih atau raya tahun depan jer lah...sekarang nih aku rasa Jangan Tegur ada lagi tapi filem Melayu paling hangat sekarang Filem Bohsia

    Mamma Mia! : Hahaha...memang seram

    BalasPadam
  7. bos aq bru je pnjamkan dvd cter coming soon 2.. tp aq xbrani tgk! hahah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama