Pabila Terkenang Mereka...........

Malam tadi seronok pula aku dengan seorang member nih bercerita pasal apa benda pun aku tak pasti. Tiba – tiba macam mana entah boleh melalut pula pasal cerita haiwan pun aku tak tahulah.
Bila kita orang bercerita pasal benda – benda nih baru aku sedar rupanya aku mempunyai sejarah silam yang sangat kejam jugalah dengan haiwan – haiwan yang tak berdosa tu. Dalam waktu yang sama juga aku rasa aku pun mempunyai kasih sayang yang agak mendalam jugalah terhadap haiwan(lain kalilah cerita pasal nih..haha).
Dari segi kekejaman nih, apa yang aku ingat haiwan yang pernah menjadi mangsa kekejaman aku agak banyak jugalah. Antaranya.....
1) Semut = memang tak dinafikanlah semut antara yang banyak terkorban pada tangan aku yang ‘baik’ lagi ‘suci’ nih. Antara kekejaman yang pernah aku buat ialah memutuskan kepala beliau dengan kuku ibu jariku. Aku pun pernah berbuat baik juga dengan beliau. Aku memberi beliau makan iaitu nyamuk yang pening lalat selepas disembur racun serangga. Apabila beliau dan rakan – rakan seangkatan keluar beramai – ramai untuk mengangkat nyamuk itu dengan pantaslah aku akan menyembur mereka dengan racun Shieldtox. Maka, ramailah yang tumbang di depan aku. Lubang sarang mereka juga selalu menjadi mangsa kejahatan aku. Aku gunakan gam untuk menutup lubang mereka. Haih, kesian diorang!! 2) Pepatung = waktu aku sekolah rendah dulu haiwan nih memang fobia bila melihat aku. Aku sangat suka menangkap diorang nih waktu diorang bersuka ria berkejar-kejaran dekat padang yang mempunyai rumput atau bunga. Bila aku tangkap jer dua ekor pepatung nih aku akan kasi diorang berlawan. Caranya, aku pegang sayap diorang dan aku dekatkan kepala diorang. Maka, berlawanlah diorang sehingga salah satu kepala diorang putus. Juara pertandingan tadi aku akan hadiahkan pada ikan aku dalam akuarium untuk dimakan. Kasihannya beliau!! 3) Serangga Ranting Kayu = aku tak tahu sebenarnya apa nama haiwan nih tapi bentuk beliau seakan – akan ranting kayu yang sangat kurus dan berwarna coklat sedikit. Aku sangat suka mematahkan mulut beliau dan jika mulut beliau dipatahkan sudah pastilah nyawa beliau melayang. Tetapi, yang paling kejam sekali ialah menggunting kepala beliau dengan gunting sewaktu berada dalam surau. Keadaan beliau mati sangat menggerikan. Sejak dari itu aku jarang membunuh binatang nih. Insaf sedikitlah. 4) Udang Sungai = udang yang kecil – kecil yang dalam sungai tu. Aku rasa aku agak kejam apabila aku mengeringkan dia di dalam bahagian freezer peti ais tu. Aku kira sampai 100 macam tu...lepas tu aku buka peti ais dan ambil udang tu balik. Udang tu dah macam keras membeku jer. Aku lepas dalam air. Tetiba beliau hidup kembali. Lepas tu aku bagi beliau kepada ikanku atau ayam mak lang aku untuk dimakan. Kejam juga aku pada haiwan – haiwan nih rupanya. Lepas berborak tu tetiba rasa insaf sedikit. Tapi itu semua sejarah bebudak dulu. Sekarang nih dah baik sikitlah pada haiwan – haiwan nih. Lepas nih aku cerita pasal kebaikan aku pada haiwan – haiwan lain plak yer..hehehe
P/S : Mesti haiwan – haiwan nih ingat aku nih malaikat maut diorang. Adess!!!

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aiyoo kejam nye.lol
    yapi klu lipas takpe...

    BalasPadam
  2. ish..
    kesianlah.

    semut tu ak jentik je kot..
    tade la sampai putus2 kan kepale.

    T__T

    BalasPadam
  3. er.
    ank kejam noh muda2 dolu.
    dh twa, br nk insap.aiyO~
    aku pna bunoh binatang gk.
    sipot babi.lalalala..

    BalasPadam
  4. wakaka.. kater benci lipas durjana.. asal x berlaku kejam kt die gak? ko takut ek???? ;p

    BalasPadam
  5. Namkhir : hahaha..sokong..kalau lipas okay..

    Aimy Yasmin : memang kesian...

    Pikato Ezora : sah ang letak garam dekat siput babi tu kan???

    Nur Fadhilah : lipas tu spray jer...tak lah kejam sangat...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama